@ Guna Akal Bukan Hati

Monday, December 14, 2009

Amaran: Entri ini ditulis secara umum dan tidak dituju kepada sesiapa, sekadar terlintas di hati untuk menulis.


Bila ada orang bercakap mengenai diri anda secara negatif aka mengutuk atau melazer? Adakah anda akan kecil hati? Em takdelah, mana ada. Cess sungguh tipu bukan. Mestilah kita akan kecil hati silap-silap menangis bila teringat apa yang dikatanya.Mestilah kita tidak suka kan? Ada beberapa view di sini:

Kita kena cakap apa yang kita rasa (Pihak yang berkata-kata)
Ya betul. Tapi sebaiknya tapis la dulu ayat-ayat yang akan keluar. Fikirkan dari pelbagai perspektif. Adakah apa yang kan kita kata itu akan mengguris hati orang lain? Walaupun kita mungkin sekadar nak luahkan pendapat dan berlaku jujur namun tak semua benda sesuai diperkatakan secara umum. Cuba letak kita di tempat pihak tersebut dan fikirkan sesuai ke nak luahkan. Tapi ramai yang cakap dulu baru fikir itu yang banyak kes sera.


Buat Tak Tahu Jelah APa Yang Orang Kata (Pihak Ketiga Yang Nak Memujuk Hati Kita)
Ini ayat standard yang akan kita gunakan bila ada orang yang terdekat dengan kita meluahkan apa yang dia rasa. Tapi bercakap memang senang, orang yang alami saja tahu.

Aku tak kacau kau apasal ko kacau aku (Pihak yang Kena)
Ini yang selalu dirasai oleh pihak yang kena. Melainkan pihak yang kena pun memang selalu bercakap guna hati maka barula bertemu buku dengan ruas.

Pada pendapat Ibu, sebelum kita keluarkan apa-apa perkataan tak kisahla pandangan ke, nasihat ke, komen ke kita haruslah menapis dan menyusun ayat-ayat kita terlebih dahulu. Jangan sesekali ikut hati. Bak kata pepatah ikut rasa binasa. Kemudian kena le tengok dengan siapa kita bercakap. Bagaimana personalitinya? adakah dia jenis boleh berlawak kasar atau seorang yang cakap lemah lembut. Semua ni kena ambil kira tau.

Berdasarkan pengalaman Ibu, tak rugi kalau kita berfikir sikit sebelum bercakap.  Banyak benda dapat diselamatkan bila kita bercakap guna akal ni. Contohnya, kalau ada kawan kita kata ko ni huduhla. Kalau kita diam dan senyum walaupun dalam hati Allah saja yang tahu, tiada apa akan terjadi. Lepas 2, 3 hari or maybe lepas sejam kita pun lupa dan maafkan dia. Tetapi cuba kalau kita jawab, eleh ko ingat ko tu lawa sangat, muka pun macam &%#%^&. Makanya terjadilah kecil hati yang besar dan membawa pergaduhan. Silap-silap terus tak berkawan lagi.

Mungkin ada yang akan persoal, kalau tak cakap, simpan dalam hati, lagi sakit hati. Ya memang betul. Tapi kita kena ingat Allah bagi kita akal. Kita boleh cakap apa yang kita rasa dan dengan kebijaksanaan yang Allah beri kita boleh susun ayat, ritma dan lagu, tengok keadaan dan waktu. Insyaallah masalah tetap dapat diselesaikan. Contohnya kita kecil hati dengan suami, janganlah time die tengah marah atau penat balik kerja tu juga kita nak bercakap, tunggula mood die baik (time tengah pergi jalan-jalan ke, time die happy2 ke), barula kita bagitau apa yang kita rasa. Barulah sesuai. Tak gitu?

Satu lagi, jangan bercakap ketika marah atau dalma keadaan tertekan. Bila marah, kita jadi tak rasional dan tidak dapat berfikir dengan betul. Pada masa tu itu mungkin kita akan bercakap benda yang tak sepatutnya. Ada orang pernah kita, 'kita mungkin lupa muka sesorang itu tapi kita tak akan lupa apa yang dia pernah cakap pada kita (secara negatif)'. Kesimpulannya janganlah sakitkan hati orang kalau tak nak sakitkan hati kita.

Sekian tazkirah di pagi Isnin. Semuanya sebab Internet lembab tak boleh upload gambar maka baiklah Ibu membebel.

21 kawan BabyIbu berkata-kata..:

AiNeRzA said...

betul...kesimpulannya...sebelum bercakap...fikir dahulu...settellll

atfina said...

hehe...baca ayat yg last sekali tuh..yg kena potong tuh...baru sedar...baby ibu ni kelakar jugak orangnya... :)

sujaihah said...

betul2...

pada saya..time marah jgn berkata2..diam je..:)

yatie chomeyl said...

bebelan yang bernas..eheh...

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

takpe membebel benda yg betul. saya pun kdg2 rasanya selalu terlepas cakap. huhu

a Y u said...

skg musim gaduh2 kt blog ye ibu..takot tul..

nurul aziyana said...

btul, setuju!!apa salahnya kita tapis demi menjaga sebuah perhubungan..itu lebih besar nilainya walau yg nk kata tu mmg betul

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo terkena memang laa terasa kan..moga jadi pengajaran buat kita :)

wansteddy said...

kalau orang serang saya dgn kata2. saya blur xtau nk jawap pe. tp ble dh tenang2 bru trfikir bnyk jwpn nak jawap balik ayat2 serangan tu. tp asik terlambat. sudahnya peram je la lara hati. atau luahkan dlm blog.
kdg2 risau gak pembaca slh anggap.

Drama Mama said...

i sangat setuju. i memang benciiii orang yang suka mengata orang tak semena-mena, contoh mengutuk "ko tu dah la hitam minum air kopi tetiap hari makin la hitam". hahaha! contoh je tu. tapi seriously, what do they get by kutuk2 and laser meng laser orang ni, i dun get it. if you don't like someone, keep it to urself selagi they never do or say anything bad to u.

and true enough, jangan bercakap dalam keadaan marah, nanti macam2 bad words keluar.

good sharing la yana!

Asmahani said...

betul. ingat, elakkan bercakap ketika marah. lagi bagus, elakkan marah.. ( nasihat untuk diri sendiri ni..)

mummy_adam said...

betui tu.. sgt setuju :)

Zalia Firdina said...

info yg menarik...

lin said...

pd aku lak..if kita tersepit dlm 1 situasi,depends pd situasi tu..if kata2 kita tu klu akan mengguris hati perasaan org tu,mmg kena cari masa yg sesuailah utk meluahkan..baik diluahkan dr makan dalam hati..sbb lama2 simpan nanti sendiri yg merana..hehehe..

heh..entry ko ni cm kena je la ngan aku lately..emosi sgt sjk kebelakangan ni esp time2 pms ni..huhu

Diyana Zulkifli said...

erm..aa..oo..ek...hehe..;).weh, aku blk jitra jumaat neh, kite ronggeng kat tasik nak?ammar dah sihat ke?:D

.M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. said...

slm yana..

saya setuju dgn apa yg yana tulis ni..tq coz sudi kongsi n3 dgn semua..
rsnya apa yg diperkatakan mmg betul pun..sometimes ckp pun slh..x ckp pun slh..:)apapun..sggh bernas yana..hehe..

*S*A*L*W*A* said...

betul tu...
sokong 100%... heheh...

sebab tu la org kata "ikut rasa binasa, ikut hati mati"...

eh eh, betul ke peribahasa ni??

mamalieyna said...

hermmm setuju2x..fikir sblm luahkan sesuatu ^_^

CuTeMiUt78 said...

yupp.. setuju sgt..

eezah said...

setuju!!!!

Elyn said...

sebab tu ade peribahasa...kerana mulut badan binasa heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop