@ Kenapa Anda Menulis Blog?

Tuesday, December 8, 2009



Semakin hari semakin ramai penulis blog ataupun blogger. Bak kata pepatah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Hehe. Tak kisahla apa topiknya, ada yang bercerita pasal anak, pasal resipi masak memasak, pasal hiburan gossip artis sana sinun, pasal kerjaya atau macam-macam lagi. Tapi kenapa anda suka menulis blog? Adakah sebab:

  • Nak tajamkan skil mengarang?
  • Tempat luahan perasaan?
  • Nak berkongsi ilmu?
  • Nak berkongsi kisah hidup?
  • Nak duit tambahan?
  • Saja hobi, kalau tak buat sehari tak boleh tidur
  • Buat blog sebab ramai orang ada blog
Pendek kata banyak la sebab kenapa kita menulis blog. Bagi Ibu yang penting, kita kena tulis apa yang kita suka (apa passion kita). Maksudnya kalau anda minat masak, tulisla pasal resipi dan kalau just personal blog, bolehla tulis pasal kisah seharian dan anak-anak. Kita berblog kerana bila kita betul-betul minat. Baru hasil tulisan itu lagi menarik dan meyakinkan.

Bagi pembaca pula, bila baca tu, yang baik jadikan teladan dan yang tak elok dijauhi. Tak perlulah kita nak anggap personal apa yang seseorang blogger tulis. Tak perlu nak komplen yang blogger ni saja tunjuk pandai la, berlagak la, tulis tak best la dan macam-macam lagi. Anda klik, baca dan tutup. Mudah bukan?

Oh ya berbalik kepada tajuk kita, kenapa pula anda menulis blog?




cartoon from www.weblogcartoons.com
Cartoon by Dave Walker

17 kawan BabyIbu berkata-kata..:

ummiluqman said...

saya menulis blog untuk menulis perkara yang berlaku sekeliling..lagipun sejak jd SAHM ada masa la nak berblog. dulu kerja, tak ingat pun nak berblog..

Intan said...

Setuju bab "anda klik, baca dan tutup" :)

Mila_ibu najihah said...

saya berblog sbb sy rasa nak share ilmu yg saya ada based on khidupan seharian saya.itu saja.TQ

isabelle said...

i blog bcoz i was inspired by two bloggers. i just love the way they
share their experience.

it's nice expressing urself, sharing a daily journal with other fellow frens (esp.new-found ones). kena pulak time citer lawak2. hehehe

Elyn said...

i memang suka bercakap so kat blog la i bule bercakap lelagi mende merepek!!

CuTeMiUt78 said...

eemmm betul tu.. sya pun berblog utk cerita harian kami.. serta kongsi2 kan apa yg rasa blh dikongsikan.

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

saya menulis blog sbb sejak berada di NZ, banyak benda2 baru yg saya pelajari. lgpun mmg banyak masa terluang bila jadi SAHM.

atfina said...

saya menulis blog hari ini supaya pada masa depan saya boleh lagi membaca apa yang telah saya lalui pada hari2 lalu... tak kiralah...melibatkan keluarga ataupon kerjaya.. hari yang berlalu takkan berulang lagi..menulis tentang kenangan dan pengalaman..suatu hari di masa depan pasti saya tersenyum mungkin juga menangis apabila membaca kisah2 lalu saya..

nurul aziyana said...

menulis sbb nk kongsi ilmu nk share penglaman sdn..dan jugak suka bc blog org

Hanz said...

replace my diary?

well..just love writing & sharing & keep on learning...

:: butterfly :: said...

betoi..betoi..betoi.. setuju smue!!!
sy tulis blog sbb sy nk jadikan hidup surirumah ini lebih bermakne :) lappy or sleepy?????

Imma said...

suka bloging??
1. sbb ramai kawan and bole kongsi2 cerita and pengalaman
2. ilmu yg ada bole dipraktikkan e.g coding, html, css etc (thanks to babyibu aka Liana)
3. salah satu tepat meluahkan perasaan jugak..
4. Berguru dari mereka yg pakar e.g:menuntut ilmu memasak, jaga anak, petua, rumah tga..menarik..
5. dapat info macam-macam e.g: tempat2 shopping or jalan2 makan angin, online shop etc etc..

http://immasurya.blogspot.com/2009/12/kenapa-anda-menulis-blog.html

AshAnas said...

saya menulis blog utk masa depan... anas n adik2 dia blh baca cmne kami as parents mbesarkan diorang... sbb tu tagline blog sy, 'a moment to remember'
as pembaca, sy suka bc blog org utk berkongsi kisah hidup, amik pengalaman mereka2 yg lbh dulu makan garam utk dijadikan panduan, pedoman & pengajaran...

Diyana Zulkifli said...

klik,baca,tinggalkan komen klu perlu..baru tutup..heh

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam...

kina suka menulis blog sbb

~ ingin meluahkan perasaan yg terpendam.

~ mencari kenalan

~ mencari pengalaman

~ mencari peluang menambahkan pendapatan. (smpai skrg x jmp2 lagi mn yg sesuai. tkt jadi TIPAH TERTIPU je!!.

~ Dan mencari ilmu...

asmaa said...

saya berblog untuk happy-happy dgn menulis tntg diri sendiri/keluarga/ apa yg berlaku di sekeliling

asnida said...

salam,

saya berblog untuk seronok pada mulanya kerana kehadiran first baby, so sentiasa ada perkembangan baru tapi kadangkala menyempat juga let go second hand item baby nabil. kalau ada modal lebih lebih, resell barang baru yg dibeli masa sale...mmg rezki lah pada sape yg membeli barang tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop