@ My first payment from Google Adsense

Thursday, December 31, 2009

Alhamdullilah setelah hampir setahun barulah nampak hasilnya. Kali ini bukan through Nuffnang tetapi Google Adsense. Dan ini juga bukan hasil daripada BabyIbu tetapi dari satu blog yang lain (actually projek terbengkalai yang Ibu usahakan semasa mengandungkan Ammar dulu - sekarang tak sempat update sebab sangat sibuk - projek apa? Nanti Ibu story morry).



Google Adsense ni fungsinya sama seperti Nuffnang. Bezanya ia antarabangsa dan terdapat banyak jenis iklan seperti text, search, domain dan feed. Tetapi Google Adsense ini hanya berfungsi sekiranya blog anda dalam bahasa Inggeris (sebab itulah tiada satu sen pun dari blog BabyIbu ni - BabyIbu guna Nuffnang je).

Kalau Nuffnang, kita kena tunggu RM50 untuk keluarkan duit tapi untuk Google Adsense ni kita perlukan USD $100. Huhu..itu yang berjanggut tu. Lain la kawan Ibu ni, blog die pasal IT dan dalam bahasa Inggeris, memang boleh dapat 2-3k sebulan (jelesnya - kalau Ibu dapat camtu tak payah susah-susah keje..keke).

Ok berbalik pada blog terbengkalai Ibu. Sebenarnya dibuat pada 2008 dan tidak diupdate selama setahun tapi hari tu bila check Google Adsense sekali ada duit daa. Waahhhh memang tak sangka. Ibu ingat nak simpan je nanti nak guna duit baru nak cash out. Sekali diorang buat peraturan baru, bila cukup USD $100 terus diorang cash out kan. So apa lagi..rezeki..alhamdullilah.



Macam mana nak keluarkan? Senang sangat dan cepat. Caranya masa pilih payment type. Sila pilih Western Union Quick Cash. Bila duit dah cukup diorang akan keluarkan statement seperti di atas. Print statement di atas tu (penting sebab nak semak Money Transfer Control Number, jumlah bayaran dan alamat penghantar). Kemudian isikan details dalam borang di bawah.



Borang ini boleh didapati daripada agen Western Union sama ada CIMB Bank ataupun RHB Bank. Serahkan statement yang diprint, borang dia atas dan juga IC. Tak sampai 10 minit anda akan dapat duit cash. Taraaa. Senang kan.

So kepada yang blogging in english bolehla letak Google Adsense diblog anda. Kepada yang tidak teruslah kita menyokong Nuffnang.

P/s: Thank you semua untuk maklumat pasal kedai alat tulis. Untuk makluman, duit di atas telah habis dibelanjakan untuk beli alat tulis. Haha. (Tunggu claim  tak tau bila dapat).

15 kawan BabyIbu berkata-kata..:

This is .... said...

takpe kak, penantian mu memang berbaloi2.. hihi

nurul aziyana said...

WAH MURAH REZEKINYA..HEHEHE

Elyn said...

ok la kan dr takde hehehhe

Hanz said...

Murah Rezeki...alhamdulillah..jadi satu motivasi for me too...

yanna said...

salam ibu, tak faham la nk guna nuffnang ker..ape ker...hehehehe...leh ibu explain x?

Uda said...

salam...
walaupun lama.. tapi dpt juga merasa hasil..tahniah ibu.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

syok kan berblogging, duit pun masuk.sikit pun rezeki!

nway,
selamat tahun baru!
semoga tahun 2010 lebih indah !

Ummi Hanie said...

wahh...mantopp..

trbengkalai pun still masyuk yer?
nak try le camni . akk tunjuk le blog tu..nk tgk sikit..buleh?

thanx 4 ur info about how to cash the adsense ! :)

CuTeMiUt78 said...

syukur alhamdulilah rezeki tuk thn baru..
oh dlm bahas inggeris ya. patut la payah skit google adsense ni ya

eezah said...

bestnya...

Rugby rules said...

How to receive payment earned from google adsense directly into my Indian bank account?

Diana Jamil said...

mak aih...2-3k sebulan dia dapat?hmmmm...mmg masyuk la camtu...dok umh je la kalo diana jd cam dia...keroje kan komputer je la...Chayok chayok Ibu!!!Semoga Ibu pun akan dpt capai rm cam kawan Ibu tu...
(nuffnang diana pun xseberapa sgt..xrajin sgt nk update blog..hehe)

Rugby rules said...

Why can't you set up your adsense account to direct deposit into your account? You can ask that the check be canceled & redirected to direct deposit.

Imma said...

Imma dah try to reg but was failing in the terms of regulation unfulfilled. Huhu..agaknyaa memang blog memamg kena fully write in english baru dapat kot.huhu since translator dia tak dapat detect the language that we are using.. :-(

Anonymous said...

It's remarkable to pay a visit this website and reading the views of all mates on the topic of this paragraph, while I am also zealous of getting experience.
Also visit my web-site ; instant free chat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop