@ Wonder Girls - Nobody

Sunday, January 31, 2010

Tengah dok bloh hoping di blog Hanis Zalikha. Ibu terbaca entri pasal Wonder Girls. Since Ibu ni sangat la tak dengar radio, layan YouTube, tengok MTV hatta melihat rancangan nyanyian di TV semenjak ada Ammar ni makanya tiadalah Ibu tau sapa itu Wonder Girls. Tapi yang buat Ibu berminat nak tahu pasal mereka, selain lagu mereka yang catchy adalah sebab tarian mereka yang sangat cantik. Sangat lembut dan comelll.

Ibu Google dan dapat tahu pasal Wonder Girls ni. Top rupanya mereka ni. Artis Korea pertama masuk carta Billboard Hot 100. Banyak faktor mereka ni popular..lagu best, rupa cun dan boleh menari dengan sangat cute. Tak pernah tengok video klip mereka? Ini Ibu kasi tunjuk sikit..



Memang ramai yang gilakan mereka ni dan takzub dengan tarian mereka..bukan setakat perempuan..lelaki pun ada..


Budak-budak pun tak ketinggalan..


P/s: Teringat zaman kegemilangan Feminin dulu, Ibu pun suka menari ikut step diorang. Angin bayu membawa diriku sepintas lalu kuterkenangkanmu memori silam...
P/s2: Will check regarding the astrology..majalah takde kat Ibu sekarang ni..

@ Astrologi Anak Anda

Friday, January 29, 2010

Ibu ambil dari Majalah Pa & Ma. In case korang tak beli ataupun beli tapi tak sempat baca. Tak tahula betul ke tidak Wallahualam. Just saje suka-suka.




@ Sunway Hotel Seberang Jaya

Thursday, January 28, 2010

Kami sampai di Butterworth sekitar 12 tengah malam. Sampai-sampai pergi check in dulu di Sunway Hotel Seberang Jaya. Disebabkan bilik penuh kerana banyak sangat workshop dan seminar tengah berlangsung di sini, bilik kami diupgrade jadi suite. Orang tu tanya ok ke..oh adik sangat la takpe. Lagi tinggi upgrade lagi bagus. Keke.


Ruang Tamu


Ruang buat kerja..Internet free lagi..tu yang boleh update blog tu..


Gambar gelap pakai handset tu yang tak jelas


Ammar posing di katil


Swimming pool Ammar..asyik nak berendam je..



So far..memang puas hati duduk sini..layanan pun first class..makanan pun sedap..so kalau datang Butterworth boleh la stay sini..

@ Key's Char Koew Teow

Wednesday, January 27, 2010

Kami sampai di Butterworth sekitar 12 tengah malam. Singgah makan dulu. Maklumlah Ayah drive direct so sangat lapar. Dekat dengan Sunway Hotel Seberang Jaya tu nampak ada char keow teow. Key's char keow teow namanya. Apa lagi singgah terus.


Ni la kedainya. Sorry pakai hand set je. Gambar sedikit hancur.


Nyum-nyum. Sangat sedap. Tapi still tak leh lawan char keow teow Bukit Mertajam kata Ayah.



Ammar pun suka. Nak..nak katanya.



Ayah tambah dua kali tu


Peace!! Ammar suka kedai ni. Lepas ni Ibu tunjuk gambar di hotel pula.

@ Kepada semua blogger - jom tukar link

Ibu rasa tindakan Ibu bijak bila..
Setiap kali ada comment untuk exchange link. Ibu akan simpan dalam satu folder khas. Konon-konon bila free nak add.

Ibu rasa makin bijak bila..
Semalam Ibu takde mood nak mengarang, kemudian buka link untuk add bloggers dan dengan bangganya menambah blogger list Ibu (banyak tau berpuluh-puluh)

Err Ibu rasa bijaklah sangat bila..
Bila tinggal lagi satu dua, Ammar nangis, Ibu cepat-cepat tutup semua windows dan dengan bijaknya pergi pangkah widget blogger list tanpa save terlebih dahulu..(padahal folder kat email telah didelete dengan trash2 sekali)..

Makanya..
Dengan kebijaksanaan yang tak terhingga itu, hilangla semua blogger list baru Ibu, Ibu di sini memohon maaf dan harap anda semua sudi sekali lagi drop link ke blog anda di sini. Kali ni Ibu terus akan add. Huhu.

Ibu yang sangat 'bijak' - huhu -

@ Outstation

Tuesday, January 26, 2010

Ibu dan Ammar ikut Ayah pergi outstation petang ni. Yeayyy!! Kat mana? Kat Butterworth. Yeaayyyyyyy!! Will meet my family at Penang this Thursday. Yeayyyyyy Yeayyy lagi!! Ibu tidur kat Sunway Hotel Seberang Jaya..hope cantikla biliknya. Oklah nak packing. Kang Ayah balik nak terus gerak. Adioss.


@ Sesi Cuci Mata dan Telan Air Liur

Since Ibu agak bz dan tak sempat nak mengarang panjang-panjang, Ibu paparkan gambar-gambar yang dihantar oleh kawan Ayah dari US. Gambar yang diambil dari Factory Outlet kat sana (Kenapa  hantar gambar ni? Lain entri ye..wink' wink'). Beza betul harga barang kat sana dan kat Malaysia ni. Kalau masuk Malaysia dekat double harganya. So layannnnn......(Ibu tengok berkali-kali cuci mata sambil telan air liur..muahaha)...



















P/s: Cantik kan handbag Coach ni. Tiba-tiba rasa macam nak study kat USA..huhu.

@ Literature Review????

Monday, January 25, 2010

Macam nak tulis blog, nak tulis literature review ni kena cari mooodddd dulu. Bila skali datang, banyak section boleh buat (Ibu bahagikan literature review Ibu kepada beberapa section). Kalau tak, berhari mengadap sambil berangan. Last-last layan movie or tulis blog. Huhu.

Literature review atau kajian literatur adalah bahagian terpenting dalam tesis. Dalam bab ni, kita kena terangkan dan analisis apa-apa yang berkaitan dengan tesis kita seperti terangkan bidang yang kita buat, analisis apa kajian yang telah dibuat dan juga kajian yang sedang dijalankan. Nanti Ibu akan buat satu post bagaimana nak tulis literature review dengan baik. Sekarang agak busyyy. Kena hantar my literature review next week.

P/s: Okies, nak settlekan satu section dulu baru boleh update pasal MBP Gathering ye..bukan senang nak cari mood nak mengarang ni..huhu..chayokk!!!


a good book on how to write a literature review

@ Ammar Pergi Beli Ikan

Last week, Ayah bawa Ammar pergi beli ikan. Ikan ni untuk aquarium rumah atuk Ammar. Tempat jual ikan ni sangat besar. Ammar suka.


Haa..besar kan..banyak jenis ikan ada..


Ammar tolong Ayah pilih ikan

Banyak sangat ikan cantik-cantik kat sini



Uu..Ammar rasa nak celup je tangan tu tangkap ikan tapi Ibu marah. Err peace Ibu!!


Inilah ikan yang Ammar pilih untuk Atuk



Kat mana Ammar beli? Dekat sini alamatnya kedai ikan tu..

P/s: Ayah kata bila Ammar besar Ammar boleh tangkap Ikan sendiri..Yeayyy

@ MangkukTingkat.com

Friday, January 22, 2010

Ramai kawan-kawan Ibu sibuk dok cerita pasal mangkuktingkat.com. Apa tu mangkuktingkat.com? Ibu copy paste jelah eh..

MangkukTingkat.com adalah merupakan satu inisiatif dari sekumpulan suri rumah yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan malam untuk dinikmati oleh pelanggan yang sibuk serta tiada masa untuk memasak untuk keluarga. Hidangan tersebut kemudiannya boleh ditempah untuk dihantar terus ketempat kerja atau ke rumah. Diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.
Menarik bagi yang sibuk untuk masak ataupun malas keluar makan di ofis. Ada kawan Ibu order hari-hari hantar ke ofisnya. Katanya makanannya sedap. Ada seorang lagi order gunakan khidmat ni masa berpantang. Makanan untuk orang pantang sangat sedap katanya. Paling best sebab direct hantar ke rumah kita. Ala-ala McD Delivery gitu. Ini menunya untuk Bulan Februari:




Harga dalam Rm100++ ke RM400++ sebulan ikut pakej. Sape berminat bolehla rujuk maklumat lanjut di laman webnya.


@ Alkisah Temuduga SLAB/SLAI

Alhamdullilah temuduga SLAB/SLAI pagi tadi berjalan lancar. Walaubagaimanapun chances nak dapat agak rendah (emm ada masalah dalaman dari segi politikal - malas nak explain lebih-lebih). Tapi takpelah, kalau ada rezeki ada, kalau tak pun takpe. Ibu redha.

Oh ya SLAB/SLAI itu Skim Latihan Akademik Bumiputra/Skim Latihan Akademik IPTA. Bezanya SLAB untuk Bumipura dan SLAI terbuka. Kedua-dua skim ni merupakan biasiswa yang digunakan oleh pelajar untuk sambung belajar sama ada bagi pelajar masters atau PhD. Kalau dulu, siapa dapat biasiswa SLAB akan attach with fakulti tapi sekarang bergantung kepada kekosongan. Kalau berminat boleh mohon terus pada mana-mana universiti yang anda minat.

Berbalik pada temuduga Ibu, Ibu dapat tahu yang sebenarnya Ibu telah dapat tawaran SLAB/SLAI pada tahun 2008 (Ibu pernah mohon dan temuduga sekali pada awal tahun 2008 - semasa mengandung Ammar). Tapi, atas sebab yang tidak dapat dinyatakan, nama Ibu termiss out. Hmm tak tahu nak komen apa. Apa yang Ibu fikir, memang itu bukan rezeki Ibu agaknya. Sampai dah dapat pun tak dapat juga. Mungkin Allah mahu Ibu spend masa lebih dengan Ammar atau mahu Ibu lebih bersedia dalam nak mengharungi PhD.

Hmm dugaan..dugaan. Takpelah, apa pun keputusan temuduga tu. Ibu akan teruskan perjuangan PhD Ibu ni. Lagipun sekarang Ibu dah dapat Skim Biasiswa UM (skim ni bayar yuran dan elaun, memang bagus cuma problemnya every year nak kena buat permohonan lanjutan). Ibu target nak habis next year. Lepas tu boleh terus minta kerja. Lagi puas hati. Chayoookkkkkk.

@ Huggies® HUG me in RED photo contest

Thursday, January 21, 2010



Macam mana nak masuk?
  1. Beli mana-mana Huggies® produk daripada 1 Januari 2010 sehingga 28 Februari 2010 dari mana-mana kedai dan simpan resit.
  2. Ambil gambar anak anda dengan tema most fun baby hug picture in red dan upload ke www.Huggies.com.my
 Hadiah-hadiahnya (Banyak betul hadiahnya - ada 430 hadiah)
  • 1st prize x 10 winning babies will crawl away with Baby Jumbo car worth of RM200
  • 2nd prize x 10 babies will crawl away with inflatable play gym worth of RM120
  • Consolation prize x 10 babies will crawl away with 3 month supply of Huggies Dry Comfort worth of RM100
  • Participant prizes x 400 Huggies® premium worth of RM15 for you to bring home.
Pemenang akan dipilih oleh juri (20% adalah based on vote). Tarikh tutup: 28 Februari 2010. Maklumat lanjut KLIK SINI.
 
 

@ Temuduga SLAB/SLAI

Wednesday, January 20, 2010

Esok Ibu ada temuduga untuk SLAB/SLAI. Doakan Ibu berjaya ye. Dalam hati ni tuhan saja yang tahu dup dap dup dap. Ibu memang macam ni sikit bila nak interview. Rasa macam rama-rama dalam perut. Huhu. Wish me all the best ya.



Masa Google Ibu jumpa doa menghadapi temuduga ni. Just nak share.

DOA MENGHADAPI TEMUDUGA:
Wahai Tuhanku,
Aku memohon pertolongan dengan Mu dan aku menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang aku minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai Tuhanku, bahwasanya aku memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabatkerabatku dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia. Aku akui kesucian Mu wahai Tuhanku..Amin..

@ String Curtain

Pernah dengar string curtain? Ibu tahu pasal ni pun masa dok survey curtain hari tu. String curtain ni gunanya untuk jadi divider di living room ke dining room ke. Harganya dalam RM100++ satu roll (tak ingat pula berapa meter).





Cantik juga lebih-lebih yang ada dua tone colour. Mula-mula ingat nak satu untuk jadi divider antara ruang tamu tu kan sebab bila buka pintu terus nampak dapur. Tapi bila tengok Ammar dok main cu cak dengan string curtain tu kat kedai. Tak jadi la. Roboh string curtain tu nanti. Huhu.

@ BabyIbu Giveaway!!

Tuesday, January 19, 2010




Giveaway kali ni diadakan sempena hari lahir Ibu dan juga sempena mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda sepanjang 2009. Giveaway kali ni mudah dan senang saja. Terdapat tiga kategori:
  • TOP TEN MEMBERS - Berdasarkan TOP TEN MEMBERS yang berdaftar dengan Google. Ini cartanya (lanjutan dari contest sebelum ini):


  • MOST REFERRALS - Berdasarkan siapa paling banyak refer ke BabyIbu (Ini tak kisah siapa yang klik maka boleh promote reader lain). Diadili berdasarkan Google Analytics.

  • TOP COMMENTATORS - Berdasarkan siapa paling banyak komen. Ini cartanya:


Syarat-syarat Penyertaan:
  1. Seorang peserta hanya boleh menang satu kategori sahaja (jadi ramai yang boleh dapat hadiah)
  2. Sekiranya terdapat seorang pemenang yang layak menang dua hadiah, maka salah satu akan diberi kepada peserta seterusnya yang layak .
  3. Setiap kategori akan ada 3 pemenang dan satu pemenang akan dipilih secara random daripada top ten ketiga-tiga kategori. Maka semua ada 10 pemenang.
  4. Hadiah berupakan wristlets tajaan ToteBoutique. Pihak penaja berhak menukar hadiah dengan nilai yang sama.
  5. Lebih kurang macam ni bentuk wristlet tapi mungkin warna berlainan
  6. Tempoh pertandingan sehingga 31 Januari 2010.
  7. Setiap peserta haruslah menampal banner giveaway di sidebar blog mereka dan link ke entri ini. Sekiranya peserta tiada banner di blog maka penyertaan dibatalkan dan hadiah akan diberi kepada peserta seterusnya yang layak.
  8. Itu saja. Good Luck semua!!


Banner Giveaway

@ Tq my dear cik meeko

Monday, January 18, 2010

Waa ada entri khas untuk Ibu - khas dari my dearest friend - Cik Meeko aka Pn. Ninja..

Bertajuk Happy Birthday My Besh Buddy - Luv u too muah2..




P/s: Owh ramai tanya umur..ehem ehem..umo Ibu tahun ni ialah 24 tahun (muakaka perasan) erk tambah je lagi empat (tapi dalam hati Ibu still pakai no awal tu..hehe)
P/s: Will announce something best untuk korang hari ni..tungguuuuuu.....

@ Rezeki Ammar di Branded Warehouse Sales

Sunday, January 17, 2010

Ibu tahu pasal warehouse ni tapi takdela teringin nak pergi. Sebab namanya pun branded warehouse sales. So budget barangnya mesti caca merba. Jumaat lepas my MIL pergi dengan kawannya. Katanya barang tupperware murah-murah. Teruja juga tapi Ayah kat lepas pindah rumah la beli barang nanti banyak pula nak pindah. So Ibu pun tak pergi.

Nak dijadikan cerita, my MIl beli torchlight tapi rosak. Makanya semalam ajak Ayah pergi tukar. Branded warehouse sales ni dekat dengan Padang PKNS di Dewan Seri Delima. Pertama kali la Ibu pergi warehouse aman damai. Takde orang.



Banner di depan dewan



Lengang je kan..kalau Pureen ke Adidas ke nak jalan pun berlaga bahu..

Barangnya tak banyak tapi ada la a few things yang menarik. Ada beberapa barangan elektrik jenama Philips macam Coffe Maker, kipas, DVD Player (murah la juga tapi barang elektrik ni tak sesuai beli di warehouse). Ada juga beg galas, beg baju, beg kerja dan beg troli jenama adidas dan a few jenama yang Ibu tak ingat (Ini elok2 juga).


  Ada Pyrex sikit..rasa macam nak beli tapi tahan nafsu..



Barangan Tupperware..ini ibu sembat satu tapi yang panjang punya RM29 untuk 3 bekas..



Paling best ada barang mainan Fisher Price. Ammar dok berkenan mainan yang kanan tu (yang tinggal satu tu) tapi harganya RM87. Isyy pikir banyak kali jugala last-last tak beli. Keke.



Mainan lagi



Ibu berkenan yang ni dah lama tapi rasa macam tak la murah sangat (RM149) maka tak beli. End up belikan Ammar Fisher Price yang papan menulis (RM29) dan Train Barney (RM25). Rezeki Ammar la kan tak pasal-pasal dapat hadiah. Oh ya kat tepi tu ada juga jual buku-buku. Ibu belikan sebuah untuk Ammar RM5. So dalam tak nak beli..inilah hasil tuaian semalam..hehe.


Oh ya yang set alat tulis Disney kaler pink tu beli untuk anak buah

P/s: Kesimpulannya, kalau rumah ada dalam 5 minit sahaja maka bolehla pergi jengah tapi kalau jauh tak payahla..habiskan minyak je..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop