@ Alkisah Temuduga SLAB/SLAI

Friday, January 22, 2010

Alhamdullilah temuduga SLAB/SLAI pagi tadi berjalan lancar. Walaubagaimanapun chances nak dapat agak rendah (emm ada masalah dalaman dari segi politikal - malas nak explain lebih-lebih). Tapi takpelah, kalau ada rezeki ada, kalau tak pun takpe. Ibu redha.

Oh ya SLAB/SLAI itu Skim Latihan Akademik Bumiputra/Skim Latihan Akademik IPTA. Bezanya SLAB untuk Bumipura dan SLAI terbuka. Kedua-dua skim ni merupakan biasiswa yang digunakan oleh pelajar untuk sambung belajar sama ada bagi pelajar masters atau PhD. Kalau dulu, siapa dapat biasiswa SLAB akan attach with fakulti tapi sekarang bergantung kepada kekosongan. Kalau berminat boleh mohon terus pada mana-mana universiti yang anda minat.

Berbalik pada temuduga Ibu, Ibu dapat tahu yang sebenarnya Ibu telah dapat tawaran SLAB/SLAI pada tahun 2008 (Ibu pernah mohon dan temuduga sekali pada awal tahun 2008 - semasa mengandung Ammar). Tapi, atas sebab yang tidak dapat dinyatakan, nama Ibu termiss out. Hmm tak tahu nak komen apa. Apa yang Ibu fikir, memang itu bukan rezeki Ibu agaknya. Sampai dah dapat pun tak dapat juga. Mungkin Allah mahu Ibu spend masa lebih dengan Ammar atau mahu Ibu lebih bersedia dalam nak mengharungi PhD.

Hmm dugaan..dugaan. Takpelah, apa pun keputusan temuduga tu. Ibu akan teruskan perjuangan PhD Ibu ni. Lagipun sekarang Ibu dah dapat Skim Biasiswa UM (skim ni bayar yuran dan elaun, memang bagus cuma problemnya every year nak kena buat permohonan lanjutan). Ibu target nak habis next year. Lepas tu boleh terus minta kerja. Lagi puas hati. Chayoookkkkkk.

14 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

insya Allah, kalo udah rejeki ngakkk ke mana ye, buk..

eh speaking endon plak haku...

yana start phD bila ek? sama2 kita 'kerja' kan study kita kan ye. smg sukses slalu hendaknya

BabyIbu said...

oyis..amin..em yana start tengah tahun lepas..skang tgh settlekan lit review n buat data collection..haa kita chayok sama2...

Imma said...

Alhamdulillah..dh lepas..dapat atau tak tu bergantung pada rezki..no one will know God businesses kan..Apa2 pon semoga Yana berjaya dgn temuduga tuh dan ada rezki utk Yana..

Anyway..all the best for your study and may the success will be yours.. ~wink~

temp. housewife said...

I'm one of your silent readers. most of the time I didn't leave any comments. but this time, I just want to say good luck to u and all the best.

Mama_Aqish said...

tak pe..kalo dah memang tersurat rezeki kiter...tak kan kemana...

eiNa said...

ahaks..k.eina pk la ape bende SLAB nih...

tak sbr nk tgk yana jadi Dr.Nor Liyana
... wahh.. :)

umminabilah said...

Insya Allah, kalo ade rezeki dapat lah tu...anyway gud luck utk phd ibu

isabelle said...

insyaAllah..ada rezeki tu..
esok2 turn saya, kena perturunkan ilmu ye? hehe

Sherry said...

good luck to you.

idah said...

insyaallah...
sama2 doakan...moga2 ada rezeki...
insyaallah...

idah said...

owh...thanks...
baru tahu apa itu SLAB dan SLAI...
hehehe...

Imma said...

Yana..SLAB nih boleh tak apply klu nak further Masters..?? nak study dulu ker..atau apply dulu, then dapat baru further..?

Anonymous said...

insyaAllah ada rezeki...
bleh x ibu explain ckit step dari awal camane nak apply SLAB/SLAI ni..tq

Yana said...

slab/slai ni bergantung pada univ. selalu setahun sekali je pengambilan. so better minta je. nnti bila die buka dia akan proses application kita. tak kisah dah start blajar ke belum. cma better time minta tu kita tahu la nk amik course apa, univ mana n tajuk research.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop