@ Azam Tahun 2010

Monday, January 4, 2010

Bila Ibu semak-semak azam tahun lepas, alhamdullilah 90% tercapai. Kenapa kita kena ada azam tahun baru? Sebab bila ada azam, kita ada motivasi. Bila ada motivasi, kita akan ada kemajuan, walaupun mungkin tak tercapai 100% namun sekurang-kurangnya dapat 50% pun jadila. Ini lebih baik daripada tiada azam dan tiada kemajuan dalam hidup kita. Meh tengok azam Ibu tahun ni..

Keluarga
Tahun lepas Ibu telah membuat pilihan untuk mementingkan keluarga daripada kerjaya dan alhamdullilah Ibu rasa Ibu membuat keputusan yang betul. Ibu dapat spend masa yang lebih untuk Ammar dan Ayah (No more bibik-bibik). Ibu juga dapat mendidik Ammar dengan lebih baik.
Tahun ini Ibu berazam untuk menjadi lebih baik lagi. Ibu kena lebih bijak aturkan hidup dan kena ajar Ammar lebih berdikari dan kurang manja. Ini penting sebagai persediaan Ammar sebagai big brother nanti (err nanti tau bukan sekarang..huhu).

Kerjaya/Belajar
Tahun lepas Ibu bekerja dan mula sambung belajar. Atas sebab di atas Ibu telah ambil keputusan berhenti bekerja dan fokus pada belajar. Mula-mula susah juga (yelah takde duit masuk bulan-bulan kan) tapi alhamdullilah Ibu dapat biasiswa skim biasiswa UM dan hidup shopping dapat diteruskan seperi biasa..keke. Pasal study, Ibu masih struggle untuk bahagikan masa kerana sangatla susah untuk belajar di rumah sambil menjaga Ammar yang sangat baik. Huhu.
Tahun ini Ibu berazam untuk lebih fokus pada study. Tak boleh main-main sebab Ibu nak habiskan paling lewat pada hujung tahun 2011. Chayokk Ibu!! Oh ya, Ibu juga ada minta Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), harap-harap ada rezeki dapat. Aminn (doakanlah ye).

Kewangan
Tahun lepas banyak duit habis buat rumah. Yelah nak masuk rumah baru (yang sampai sekarang tak masuk-masuk lagi). Petama kali dalam hidup Ibu rasa tak berapa nak ada duit. Maklumlah lepas tu berhenti kerja pula.
Tahun ini kewangan dah kembali stabil (duit biasiswa dah masuk) dan Ibu lepas settle rumah (tinggal beberapa benda sahaja lagi) kembali nak menambah tabunganku di ASB yang sekarang hanya dipenuhi dengan duit Ammar. Huhu.

Blog
Tahun lepas Ibu agak aktif dengan contest (Giveaway Gin&Jacqie, Giveaway leanalittleshop, NeoGeo GiveawayTop commentator, dan Si Comel Berbaju Raya ) dan berusaha untuk post entri lebih daripada sehari sekali. Alhamdulillah rezeki murah ada dapat duit daripada Nuffnang dan Google Adsense (lepas la nak bayar broadband Celcom tu). Dapat juga hadiah daripada contest-contest anjuran blogger lain (Supermummy Award, Dryoers Detik Indah dan AliceWonders).
Tahun ini Ibu kena kurangkan skitttt blogging (kononnyelah..hehe) yakni lebihkan kualiti berbanding kuantiti (dan juga nak fokus study) dan Ibu berazam nak blog hoping lebih (hehe). Hehe. Ibu juga nak lebih banyak berinteraksi dengan blogger-blogger lain. Nak ramaikan kenalan.

Emm semoga semuanya boleh dilaksanakan. Makanya Selamat Tinggal Tahun 2009, mari kita harungi Tahun 2010 dengan lebih chayokkkk!!!!!!!!



7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

hadina said...

semoga segala impian dan azam ibu untuk tahun ini akan terlaksana...

SELAMAT TAHUN BARU 2010 & 1431H

ummiluqman said...

selamat tahun baru..

nieda said...

selamat tahun baru..moga berjaya dengan wishlist

[-suziey-] said...

good luck in ur future undertaking:)

iem said...

selamat tahun baru..
moga impian terlaksana

eezah said...

semoga azam thun baru ni tercapai..

nurul aziyana said...

gud luck yer ibu ammar..smg aimpian menjadi nyata dan dipermudahkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop