@ Beli kain langsir di Fella Design

Thursday, January 14, 2010

Ingat tak pasal entri Ibu nak cari langsir? Last year (eceh macam lama je padahal bulan lepas). Ibu pergi Fella Design punya year end sale. Ibu dah tahu dah pasal sales ni dari awal tapi Ayah selalu cakap Fella Design ni mahal jadi Ibu pun tak ambil pot. Lepas penat survey langsir sana-sini, Ayah pun telefonla Mak Tehnya yang pakar bab-bab beli barang hiasan ni (Mak Teh ni memang kreatif pandai buat bunga telur la gift la). Mak Teh kata kalau nak beli kain yang cantik dan berkualiti boleh tengok di Fella Design. Kalau Fella Design buat sale boleh dapat dalam (RM10-RM20 semeter). Waa murah jugak tu. Sebab bila Ibu pergi survey kedai-kedai langsir kain yang lain, yang paling cikai pun RM20 lebih (ni kain nipis je tau). Yang lain mencecah RM100. Gila mahal.

Sekali Ibu check balik kat SNS Sales, rupa-rupanya esoknya tu dah last day sales. Waa nasib baik. Pagi-pagi esoknya kami pun pergi. Memang dah last day (sales dah dekat 2 minggu..huhu). Barang pun tinggal lebih-lebih. Tapi memang murah. Kain dia tebal dan berkualiti. Katanya harga asal dalam RM88 semeter. Ada yang RM20 dan ada yang RM10 (ikut ketebalan dan corak).



Pilihan memang tak banyak tapi Ayah kata beli jelah. Dia dah malas nak pergi survey sana sini. Lagipun murah. Oklah kami pun pilih mana yang ada jelah.


Ni mesin potong kain langsir (first time tengok..keke)


Ammar yang kagum

Setelah penat mengira-ngira jumlah kain yang diperlukan (oh ya jangan lupa bawa ukuran tingkap masa beli langsir ya). Kami beli dekat RM1k juga la. Untuk langsir satu rumah. Biarla mahal sikit janji berkualiti sebab Ayah kata langsir ni nak pakai sampai Ammar kahwin (hukhuk!!). Harap-harap matchingla dengan warna cat di rumah tu. Main pilih je mana ada.




Inila kain yang dibeli. Satu lagi warna biru tersembunyi kat bawah. hehe my mistake. Tak perasan time ambil gambar. Oh ya kain-kain ini telah selamat dijadikan langsir. Dah ada pun kat rumah baru (cuma tak pasang lagi sebab takut berhabuk). Nanti dah pasang elok-elok Ibu update lagi ya.

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

~~@lyci@~~ said...

wahhh, lawa lah... berbaloi2...

fazilzura said...

wahh lawa jgk .. herga pun leh tahan huhuhuhu

idah said...

cantik nyer....mmg berseri la rumah nanti...hehehe....

eezah said...

cntik! tapi rege pun boleh tahan gak tu..takpe bak kata ayah ammar guna sampai ammar kawin..betul ke tu? hehe..

mummy_adam said...

wah cantik n good deal.. kalo kat tempat lain mmg 20+..

Wallens said...

Summary: Fella Design Warehouse Sales in Giant Bandar Kinrara Puchong
Location:
Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Lot 449 Jalan BK5A/1
Bandar Kinrara,47100 Puchong, Selangor.
Puchong, Selangor.

From: 14-23 May 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop