@ Bila pemandu van sekolah bawa macam pemandu F1

Thursday, January 14, 2010

Di area Kota Damansara ni banyak perkhidmatan menghantar anak ke sekolah. Tak kisahla sama ada secara formal (guna van kuning tulis van sekolah) atau van biasa (tak pasti berdaftar ke tidak). Ini memang memudahkan mak ayah yang bekerja atau tidak boleh bawa transport (macam Ibu..huhu). Maklumlah sekarang ni budak-budak sekolah ada banyak sesi. Sekolah biasa la sekolah agamala. Kadang-kadang kena book dua van berlainan untuk dua sesi (bergantung route mana pemandu van sekolah itu ambil).



Laju sangat..sempat tangkap sikittt..

Isunya disini, Ibu selalu sangat tengok van-van yang bawa budak sekolah ni bawa mengalahkan pemandu F1 ataupun pemandu drift. Laju bebenor dan kalau lap tu mak ai. Pancung maut. Kalau di KD ada satu van tu Ibu perasan, perempuan pakai purdah bawa. Gila laju dan bahaya dia bawa. Siap kalau nampak van dia kami yang slow down dulu. Yelah..kita risaukan budak-budak dalam van tu. Dahla padat macam tin sardin, ada yang kepala terjengol kat tingkap. Isy..isy. Kalau van kuning tu boleh juga call mana-aman telefon (Ibu rasa mesti berdaftar kan kalau bawa van tulis van sekolah tu). Tapi kalau yang sendiri-sendiri tu macam mana? Sungguh menakutkan.

P/s: Nasib baik nanti Ammar sekolah dah ada driver yang offer diri (atuknya la tu.hihi)

11 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Elyn said...

haah kat cheras pun ade sorang makcik ni drive van. lagu gile macam drift!!! nk je buat komplen sebab risau tgk budak2 macam sardin tu ekekekek

Zuhaini said...

ahaha.. driver tu bangun lambat kot! :) ataupun dia x tau short cut! :)

isabelle said...

best la ammar. kecik2 dah ada chauffeur.

hayatizain said...

Betul..betul..selalu jugak bertembung dengan van2 kuning yang mengalahkan F1 ni. Risau bila fikirkan anak nak sekolah nanti (walaupun anak baru 3 tahun). Selalu cakap dengan husband, kita kerja kuat2 kumpul duit nanti boleh hantar anak sekolah integrasi huhuhu..so far itu solution yg saya nampak walaupun bila tengok yuran terbuntang biji mata. my fren hantar anak sekolah integrasi, lepas sekolah terus sambung aktiviti sampai petang. petang balik keje dia terus ambil. Takde kena transit mana-mana tengahari tu. Tapi ada org persoalkan kualiti sekolah2 ni.:(

AyuArjuna BiGoshh said...

lepas ni polis kena buat ops van sekolah merempit lak....huhu

fazilzura said...

mmg gitu ler lumrah pemandu skang ni BU.. x pk keselamatan langsung.. kdng2 ado pemandu ANTU .. psl lesen xdak .. lg ler haru ..

Sidratul Muntaha said...

hmmm
"AWAS!PEMANDU VAN BERPUDAH ALA - ALA F1 DRIVER SEDANG MEWILLI AND MEWIKANG!!"
aderkah anak anda terselamat?!!
ingat orang yang tersayang!!

idah said...

van yang xberdaftar tu xbahaya ke??

Mama_Aqish said...

betol2 membahayakan nyawa kanak2 ek...langsung tak de moral dalam diri

Imma said...

waa...post ni mmg sangat bertujuan utk menggalakkan parents hantar anak2 and jemput bila pegi and balik sekolah..selamat insyaAllahh...

Huda said...

dari zaman2 sek dulu mmg ade gak pakcik driver yg drive laju2..takut tu x usah cakapla..tawakal je dpt smpi dgn selamat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop