@ MangkukTingkat.com

Friday, January 22, 2010

Ramai kawan-kawan Ibu sibuk dok cerita pasal mangkuktingkat.com. Apa tu mangkuktingkat.com? Ibu copy paste jelah eh..

MangkukTingkat.com adalah merupakan satu inisiatif dari sekumpulan suri rumah yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan malam untuk dinikmati oleh pelanggan yang sibuk serta tiada masa untuk memasak untuk keluarga. Hidangan tersebut kemudiannya boleh ditempah untuk dihantar terus ketempat kerja atau ke rumah. Diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.
Menarik bagi yang sibuk untuk masak ataupun malas keluar makan di ofis. Ada kawan Ibu order hari-hari hantar ke ofisnya. Katanya makanannya sedap. Ada seorang lagi order gunakan khidmat ni masa berpantang. Makanan untuk orang pantang sangat sedap katanya. Paling best sebab direct hantar ke rumah kita. Ala-ala McD Delivery gitu. Ini menunya untuk Bulan Februari:




Harga dalam Rm100++ ke RM400++ sebulan ikut pakej. Sape berminat bolehla rujuk maklumat lanjut di laman webnya.


22 kawan BabyIbu berkata-kata..:

makdara terdiva said...

pergh!..tgk menu mmg kantoila diet mak diva..uhuk!uhuk!
tp satu cara/usaha yg bagus dlm membantu ekonomi kaum wanita/ibu yg tidak bekerja..

Mama_Aqish said...

wah...satu usaha yang murni untuk kaum wanita gitu...

Rozy said...

mangkuk tingkat ni dah lama di pasaran... how i wish kat kamunting nih pun ada service nih..tak yahlaa dok ngadap nasik kat kantin jaa

mummy_adam said...

kat area umah ena pun ada service mcm nie, menarik :)

Huda said...

bagus sgt..tolong menolong sesama kaum wanita :)

Imma said...

Hahahahaa..kelakar nyaa nama business dia but service sangat laa best..door step delivery thh...

Yana..Penang takder ker..huhu..agak2 delivery to Penang ader tak diorg buat..but yg menarik tuh..utk mereka yang dalam berpantang, tak risau dah klu tgl sendiri kan..hehehe..

Imma said...

Aa ahh laa..ingatkan bnyk brances dia..diorg belum bercadang nak expend luar dari Selangor or KL lagi..maybe in future..best laa klu sampai Utara nii...

CT NORAMIZA said...

sedap plak tgk menu dia, err thanks sbb share info ni, manalah tau nnt boleh guna :)

zh-ena said...

mmg mcm2 idea org buat busniess kan

ena said...

memula daku pon nak jadi penyokong perniagaan kaum surirumah ni..

mak daku penah langgan..sebulan rasanya. uishhhh tak sedap langsung!!!!!!!!!!

aduii laa...siap ada baki lagi 10 days ku burn aje.. tak sanggup nak tgk mangkuk tingkat tu dpn umah!!!

*tapi, rasanya org tu yg tak pandai masak. area lain maybe sedap. sebab tukang masaknya lain2 ikut tempat!

idah said...

syarikat magkut tingkat pun wujud eh...
jakun nya..idah baru tahu skang ni...
heheheh

tq kak 4 the info...

umminabilah said...

wahh bestnyer ade service mcm tu...hehehe...

Le Chevalier said...

macam best je kan. tapi delivery dia cover area riyadh tak??...;p

Sherry said...

wah mcm sedap

eezah said...

menu best lah..

&SimPLe LiFe& said...

lagu mano raso dio, sedap ko wehh?

Imma said...

aa ahh laa..mungkin lain tempat lain tukang masak dia kut..but klu dah nama branches..diorg kena particular laa bab2 nih kan..nanti org komplen camni laa..end up whole business dapat tempias..huhuhuu...siann to your mom ena..

Sherry said...

mesti senang dan sedap bagi yg x masak kat rumah

akmafaizal said...

biar btul? tak sedap ke? susahla cam ni..klau bole makan tak pe gak..jangan sampai tak leh makan sudah..

CuTeMiUt78 said...

eemm tau lama dah pasal ni.. sekarang ni mudah je kan

Sherry said...

kalau they got the trial first boleh la.. :)

MQ said...

saya penah langgan dulu2 tapi masalah dgn budak delivery, hari ni antar, esok tak antar, last2 saya mintak refund je duit..

makanan pon tak la sedap mana, tapi ok la dari tak de makanan or asyik mkn megi dgn roti je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop