@ Tahniah Yuna! Tempat Kedua Juara Lagu 24

Monday, January 11, 2010

Ibu kalau dulu-dulu memang peminat Juara Lagu. Tak berkelip tengok. Yelah zaman dulu selalu dengar radio bagai. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Kalau tengok pun tak kenal sangat lagu-lagu yang dipertandingkan melainkan lagu tu memang glamer habis. Sejak ada Ammar ni pulak, Ibu sempat tengok awal sikit dan akhir je. Tengah-tengah sibuk dok layan Ammar. Hehe.

Semalam tengok Juara Lagu dirumah PIL. Best juga la Dato'  Siti Nurhaliza punya persembahan pembukaan. Ibu sempat tengok Estranged dan Alya je kemudian keluar sekejap denga PIL. Bila sambung balik dah turn Aizad lagu Kau Aku (yang menang persembahan terbaik - Ayah kata undi simpati sebab bawa budak-budak..heh). Faizal Tahir macam biasa meletop cuma persembahan ala-ala Michael Jackson skit. Bagi Ibu, Yuna punya persembahan paling best. Time tu tanpa muzik, dewan sunyi. Dengar suara Yuna je. Perghh mantap. Sempoi gila minah ni. Lagu dia pun memang Ibu suka. Lembut dan simple je bila dengar. Release tensen. Kalau zaman dulu-dulu time Ibu suka berkaraoke wajibla Ibu akan jadikan lagu Dan Sebenarnya ini lagu utama. Hehe.

Persembahan penutup pula agak meleret, daripada Dato' Jefridin dan Siglap 5, Jay Jay, Search dan terus Meet Uncle Hussain. Tapi Ibu rasa, before Meet Uncle Hussain tu perlu ada satu lagi band yang menanda aras era Ibu. Exist ke apa ke. Sebab Search area sebelum Ibu dan Meet Uncle Hussain tu terus sekarang ni. Macam mana leh lompat ni. Isy isy. Keke sibuk pula kan. Oklah bagi yang tak kesempatan tengok. Ini keputusan akhir Juara Lagu 24 (agak pelik ada no dua dan no 3 menggantikan pemenang kategori):

Juara Lagu - Aizad/Pergi
Naib Juara - Yuna/Dan Sebenarnya
Tempat Ketiga- Faizal Tahir/Bencinta
Vokal Terbaik - Black/Aku Rindu Sayang Kamu (tak sangka!)
Persembahan Terbaik - Aizad/Kau Aku



Lagi maklumat lanjut..KLIK SINI

15 kawan BabyIbu berkata-kata..:

~ As ~ said...

wahhh sama la pendapat kita tentang penutup tu... aras era 90-an... mulut ku ni bising2 ngan hubby aras era kita mana??? ahahaha

eiNa said...

ahaks..mmg thn ni xde kategori la yana..

k.eina pun suka dato' siti ngan Lan punya pesembahan.. bab penutup tu mcm kurengg sikit..

tapi lagu Pergi menang pun mcm x berapa nk best jugak sbb lagu tu mmg dah famous mcm2 bahasa dah ada..

Me_Lina said...

sama la... dier missed era 90an... we all pun dok pelik.. hhehehe

AMIEROZIANA said...

thanks for the info....semalam ibu anas tak tengok pun...lepas persebhanan dato' siti tuh ibu terus pengsan dah.....ngantuk sangat...

fazilzura said...

suke betui time BLACK & faizal dpt adiah ..

ApasH said...

tahun ni xde pemenang kategori sbb etnik kreatif xde lagu2 best. X patut dorg adakan kategori tu..lg bagus isikan tempat kosong tu utk lagu2 len. that's why dorg wat no 1, 2, 3 jer..

Miss Q said...

Tengok masa opening je lepas tu terus tido. Tapi masa persembahan siti tuh, kan naik menda buai tuh kan. Patut hias sikit le tali-tali tuh dengan bunga menjalar. baru nampak cantik. Sesuai dengan dress Siti mcm puteri2 ayu je. Bila biar kosong je, mcm buat melepas batuk di tangga je~ .. Haha..kutuk je lebih.. cuba buat sendiri!! ngeh3

Zuhaini said...

a ah la, macam dia lompat dari search ke Meet Uncle Hussein tu.. macam ada yg missing. tu yang boy bands macam 4U2C, Exist, even KRU! depa lupa kot.. :)

Yan said...

ermmm betul juga yer...
tp yan rase.. lepas rock kapak.. mungkin era rappers2.. cam KRU/4U2C

Asmahani said...

betul tu. diorang skip era exist, kru.

eezah said...

suka masa dato' ct buat persembahan..
yuna pun best..

idah said...

aizat nyanyi memang best....tapi xsangka dia menang...ingat faizal tahir...huhuhu...

Sherry said...

wah bestnya!

Mama_Aqish said...

yana peminat yuna ker???patutu la nama dekat2 sama YANA & YUNA...

akmafaizal said...

haha..sori terlambat bagi komen,maklumla baru join..huhu.saya pun berharap faizal tahir menang.tapi dia kan blom sihat sepenuhnya,mungkin tu punca persembahan dia agak kureng skit malam tu berbanding masa kat ABPBH thun lalu.apa2 pun Yuna memang best sebab bawa piono kecik tu.teringat zaman budak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop