@ Satu Auns Satu Scoop?

Sunday, February 28, 2010

Petang tadi Mr. Jonathan daripada Floor Depot datang untuk ukur bilik study. Ibu beli voucher Floor Depot untuk buat lantai bilik study. Walaubagaimanapun entri ini bukanlah mengenai Floor Depot atau lantai atau bilik study. Entri kali ini adalah berkenaan Mr. Jonathan.

Mr. Jonathan tengok Ammar dan tanya berapa umur. Ibu pun cakapla bulan april ni masuk 2 tahun. Mr. Jonathan pun kata, anaknya yang bongsu tinggi Ammar tapi dah 4 tahun. Manakala anaknya yang sulung 7 tahun tapi sangat besar dan tinggi. Ayah pun cakapla..oo tak balance. Kemudian Mr. Jonathan kata, bukan tak balance tapi salah makan.

Ibu pun biasala kepochi. Tanya apa yang salah makan. Katanya hampir 2,3 tahun juga die tak perasan yang bibiknya buat susu satu auns air sama dengan satu scoop susu. Mak ai. Kiranya kalau susu tu buat 6 auns, makanya 6 scoop le bibik tu letak. Ibu cakap tak perasan ke susu cepat habis. Die kata masa tu anak sorang tak perasan sangat. Akibat daripada tu, anaknya agak besar daripada biasa. Terlebih nutrient gamaknya.



Isyy tak tau la nak kata bahaya ke tak. Tapi  kalau terlebih sangat takut lain lak jadi. Obesiti ke apa. So bagi Ibu-ibu yang bibik buat susu tu. Pantaula macam mana die buat ye.

P/s: Jenuh la nak beli susu kalau dapat bibik cam gitu

@ Patah Kaki

Saturday, February 27, 2010

First of all, salam Maulidur Rasul. Cuti panjang lagi minggu ni. Setiap kali cuti macam ni rasa sedih sebab tak boleh balik Kedah. Tapi yelah. Bukan dekat. Kena fikir masa dan ongkosnya juga. Huhu. Kan best kalau rumah dekat. Macam rumah MIL. Hari-hari kami pergi. Dah macam kewajipan pula tiap-tiap hari menyinggah rumah. Agaknya my MIL pun menyampah tengok muka menantu sorang ni dok mengadap sembah. Nasib baik ada cucu kesayangan atau pun panggilan manjanya 'Banja' - ni panggilan my MIL untuk si Ammar.

Banja aka Ammar

Minggu ni kami patah kaki. Err bukan patah kaki betul tau cuma patah kaki nak beronggeng. Kereta atuk pakai bawa balik Ipoh. Boleh merempit jelah tapi area KD jelah. Tak berani bawa Ammar jauh-jauh. Tak dapatla jalan-jalan minggu ni. Dalam tak dapat jalan-jalan tu, ada juga projek best. Projek apa? Esok Ibu citer ya. Tunggu!!

@ Sudah hantar akhirnya..

Thursday, February 25, 2010

Inilah hadiah tajaan ToteBoutique untuk BabyIbu Giveaway Wristlet. Tq so much Kak As.


Alhamdullillah sudah dipos. Harap semua pemenang tunggu ye. Maaf sangat sebab lambat.


@ Takut Air?

Kami jarang bawa Ammar mandi swimming pool. Dulu pernah bawa mandi kat Penang. Meraung-raung. Tak tahula sebab takut atau sebab sejuk (mandi pagi, malam sebelum tu hujan). Hari tu masa pergi Butterworth bawa la Ammar mandi bath tub. Berendam dengan die. Ibu pasang air suam. Tengok macam ok. Suka je.

Bila kami turun Penang, baru bawa turun swimming pool. Mula-mula meraung juga. Penat Ibu pujuk. Lama-lama tu ok sikit. Bila Ayah bawa masuk kolam besar. Baru seronok. Nasib baik la pelampung kiri kanan atas bawah. Penyelamat pun ramai. Keke. Kalau harap Ayah sorang memang Ibu tak lepas. Ibu? errk diri sendiri pun tak tentu selamat. Huhu.


Ammar yang cuak di samping Ayah dan Pak Ngah

P/s: Teringin nak belajar berenang. Kat UM ada kelas, tapi petang hingga malam la pulak. Tak dapet la nak join.

@ Updated

Wednesday, February 24, 2010

Atas permintaan dan atas kesilapan Ibu tertinggal satu muka surat..

ni ha Ibu dah update..

untuk bulan 10 ke atas..

@ Demam+Sibuk

Alhamdullilah Ayah dan Ammar dah sihat. Ammar cuma masih batuk sikit-sikit. Ibu baru nak beransur sembuh. Tapi itula nak rehat pun tak boleh sangat. Jurnal tak siap lagi. Data tak habis lagi analisis. Esok pula kelas satu hari. Mahu berkokok Ibu dalam kelas esok. Batuk tak baik-baik.

Tetiba rasa kan best jadi surirumah. Tak payah pikir nak tulis jurnal ke analisis data ke. Boleh tidur dan tengok tv aman damai. Huhu. Ayah baca ni confirm Ayah kata mengada..keke. Sendiri yang nak sambung belajar kan. kan..kan?? Padan muka.

P/s: Akan update banyak benda lusa ye..esok Ibu sibuk sampai malam ada kelas. Harap dapat bertahan sampai malam. Uhuk.

@ Hadiah Anda

Friday, February 19, 2010

Kepada pemenang Giveaway BabyIbu.

Hadiah akan diposkan Isnin minggu depan ye.

Maaf lambat.

Satu keluarga demam+batuk+selsema sekarang.

Plus Ibu kena hantar lit rev dan jurnal minggu ni.

Terima kasih atas kesabaran anda.

Yang Benar,

BabyIbu

Menaip jurnal dalam keadaan demam adalah langkah yang sangat tidak bernas..huhu

@ Layan movies time cuti

Wednesday, February 17, 2010

Zaman tengok wayang dah berlalu. Paling-paling pun setahun sekali tu dapetla kan. Sekarang kami layan movies kat rumah je. Ayah akan download pastu malam-malam (agak-agak bila takde citer best kat tv) kami pun layan. Ayah akan pasang laptop kat atas meja jepun kat ruang tamu dan kami landingla di toto. Erkk sebelum tu kena pastikan Ammar sudah mahu tidur ya kalau tak ada je yang nak duduk VVIP seat kat depan sekali atau jadi technician dan betulkan laptop. Antara movies yang kami sempat layan cuti baru-baru ni:

Avatar - 4.8 Bintang: Sangat takjub dengan teknologi yang digunakan. Kalau tengok 3D mesti lagi best ni. Nak tengok 3D RM18 eh satu tiket. Boleh tahan. Huhu.

3 Idiots - 4.5 Bintang: Sangat best. Dah lama tak tengok cerita Hindustan yang bijak. Asyik tunjuk body je cerita sekarang. Mengalahkan Hollywood. By the way sape yang tulis skrip cerita ni sangat la Ibu salute. Very smart.

Sherlock Holmes - 4 Bintang: Cerita penyiasatan yang bijak. Kelakar hero die, teringat cerita House.


Jab We Meet - 3.5 Bintang: Jalan cerita Hindustan biasa tapi boleh tahan best. Tidak terlampau jiwang. Lakonan Shahid Kapoor pun best. Boleh jadi pengganti Shah Rukh Khan.

Juno - 3 Bintang: Kisah seorang remaja yang mengandung tetapi sangat selamba dalam menangani krisis kehidupannya. Ceritanya ringkas dan sederhana tapi menarik.

Pisau Cukur - 3 Bintang: Cerita biasa je. Tapi gambar cantik. Suka tengok kegedikan Fazura. Sangat menjadi. Panas....

@ Berakhirnya cuti yang panjang

Akhirnya berakhirnya cuti panjang. Dari semalam, dah ramai yang balik ke KD ni. Kalau tak sunyi je. Sedih pula tak balik kampung tapi baru hari tu je balik plus Ibu ada kerja tak siap lagi makanya kami berehat-rehat dirumah saje. Nak buka Internet pun malas. Apatah lagi nak update blog. Tengok berapa kerat je yang update. Semua mood cuti yer. Hehe.

Apa Ibu buat time cuti ni? Em first two days dok ukur shopping complexs. My sis datang jalan-jalan so apalagi. Hari Jumaat pergi OU dan Carefour. Ibu beli seluar slack TiZed kat Jusco. Hari Sabtu rehat golek-golek kat rumah. Hari Ahad pula jalan-jalan di The Curve dan IKEA. Ingatkan Hari Raya Cina semua kedai tutup. Rupanya hidup lagi KL ni. Bukan setakat hidup, ramai gila orang. Mungkin sebab Ahad tu kebetulan Valentine's Day kot. Ramai dok berdating. Kat IKEA Ibu beli beberapa barang je (aje? -kata Ayah). Keke. Ibu beli storage box, safety plug, mangkuk warna warni untuk Ammar dan shelf.

Safety Plug untuk Ammar - die dah pandai cucuk pensel la apa la dalam plug tu..bahaya..


Shelf untuk rumah baru - Ibu beli dua - satu putih dan satu hitam..


Konon-konon nak buat macam ni la ha

Kalau ikut banyak lagi nak beli. Tray table la, cloth hanger la tapi nasib baik di tapis oleh adik kesayanganku. Itula IKEA, buat besar-besar pastu kasi orang penat. Bila dekat dengan counter cashier dah boleh berfikir waras untuk tidak membeli beberapa barang. Cuba kalau counter tu ada every section, mau kopak. Keke.

Em apa lagi eh aktiviti kami? Eh Ammar nangis pula. Nanti sambung lain entri k.

@ Tak nak tidur?

Tuesday, February 16, 2010

Ammar sekarang susah betul nak tidur. Tidur malam ke nap ke. Memang berperangla nak tidur. Kadang-kadang sampai bengkak mata tu menahan mengantuk. Selalu kalau nak kasi Ammar tidur, sejam dua juga berdodoi sayang dan tentunya mene***. Itupun kadang-kadang sama ada Ibu tertidur sekali atau pun bila Ibu bangun Ammar pun sedar.

Atuk kata, tidur itu sangat penting kerana otak mereka berkembang semasa tidur. Ibu dah Google dan Ibu dah dapatkan jadual tidur yang perlu untuk Ammar dari sini:


Ammar tidur selalu 11-12 jam saje. Tak cukup lagi ni. Antara sebab budak-budak tak nak tidur adalah:
  • Terlampau teruja untuk bermain. Takut terlepas sesuatu yang menarik.
  • Mahu berdikari. Toddler terutamanya sudah belajar untuk mengawal sekeliling mereka (jadi bos kecik). Maka mereka tak nak dengar arahan untuk tidur.
  • Tidak cukup tidur. Budak yang terlampau penat juga akan mengalami masalah nak tidur. Ini kerana apabila mereka penat mereka akan jadi irritable atau hiperaktif.
  • Bertukar tempat. Bertukar rumah baru, tidur rumah orang lain atau bertukar katil. Ini adalah kerana mereka berasa tidak selesa atau perasaan takut itu wujud.
Jadi macam mana nak selesaikan? Huhu Ibu pun sedang mencuba. Tapi apa yang Ibu tahu:
  • Asingkan tempat tidur dan tempat bermain
  • Tidur mengikut rutin atau jadual yang teratur
Ibu dah cuba timingkan tidur Ammar. Juga sebelum tidur salin baju, lap badan dan nyanyi la tepuk la. Tapi macam tak jalan la. Ammar kalau Ibu tak tidur sekali (menjadi bantal peluknya sambil mene***) alamat memang tak nyenyak tidurnya. Lepas tu asal sedar je cari tutu (susu badan la tu). Sampai Ibu tak leh nak buat kerja lain. Huhu. Ibu-ibu di luar sana ada pendapat atau pengalaman? Meh la share..

@ Ammar dapat Angpow

Friday, February 12, 2010

Semalam tuan rumah datang kutip sewa. Tuan rumah kami ni tak nak bank in ke apa. Tiap-tiap bulan datang rumah minta sewa. Traditional skit la. Tapi lately, 3-4 bulan sekali baru datang. Sekali datang memang riban-riban la sewa. Huhu.

Macam biasa kalau dekat tahun baru cina mesti kasi limau mandarin. Tapi tahun ni lebih sikit, ada extra angpow untuk Ammar. Siap tuan rumah bagitau, kalau ada anak tambah bagitau ye. Keke.


Ammar dengan angpownya..RM50 tuh..

Rezeki..tak payah nak pergi beli dah..

Em di kesempatan ini juga nak ucap Selamat Tahun Baru Cina dan juga selamat bercuti kepada semua. Ibu? Kali ni lepak rumah je kot. No balik kampung. Huhu.

@ Siapa nak buku free?

Thursday, February 11, 2010

Siapa nak buku free silalah join contest anjuran Parenthots dan MPH. Macam mana nak sertai? Mudah saje, jawab 3 soalan mudah dan hantar gambar anda sekeluarga sedang membaca. Hadiah-hadiah yang ditawarkan:




Tarikh tutup ialah pada 14 Februari 2010. Maklumat lanjut KLIK SINI.

@ KP Cendol

Wednesday, February 10, 2010

Ini memang cendol yang best. Kat mana? Err bukan kt KL la. Ini kat Kuala Pilah. Ibu ambil masa balik raya dulu. Tempat wajib singgah my MIL. Rasanya? Memang sodappp.

Isy terliur pulak bila teringat


Ha ramai tak ramai orang beratur

Ayah posing sikit (Ayah terpaksa jadi model bidan terjun sebab model asal (Ammar la tu) dah tertidur)..hehe

@ Doa Seorang Isteri

Tuesday, February 9, 2010

Dapat dari one of my friend. Saje nak share di sini. Mari kita amalkan demi menjadi isteri yang mithali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

@ Bila HP rosak

Monday, February 8, 2010

HP Ibu rosak. Rosak software pula tu. Tensennya. Banyak sebab Ibu tensen:
  1. Banyak contact number hilang
  2. Habis hilang gambar Ibu tangkap untuk update kat blog
  3. Habis message Ibu simpan untuk rujukan hilang
  4. Paling tensen sebab kena beli baru (baru je beli spec last week..kopak2)
Pendek kata..cedihh. Huhu. Kalau beli baru Ammar dah tak boleh kacau handset Ibu lagi tau. Huhu.

@ My love stories..

Sunday, February 7, 2010

Dapat tag daripada Nurul..lama tak kena tag ni..

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
Tahun 2001 time lepas final exam di tempat main bowling di Angsana. Ibu datang dengan kawan-kawan Ibu dan Ayah dengan kawan-kawan Ayah. Kebetulan salah seorang kawan Ibu classmate Ayah. Disebabkan tempat full time tu kami pun main beramai-ramai.

2) Love at first sight?
Emm sikit-skit la. Since Ibu suka Chinese look, masa first nampak Ayah tu tup tap la juga. Ayah rileks je. Lepas jumpa tu esoknya start cuti semester. Masa semester baru buka barulah Ayah approach.

3) Who is he when the first time you met him?
Pelajar tahun satu di UTM atau dikenali sebagai budak tahun 83 (padahal batch kami tahun 82) yang dapat kalkulus 100 (gila ke hape huhu).

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
Date? Dalam dua minggu juga. Tapi before tu ada la Ayah datang jumpa kat rumah sewa dan sembang melalui telefon.

5) First place dating?
Emm kalau budak UTM dating mestilah pergi CS (City Square rasanya) 

6) How he proposed?
Proposed? Emm Ayah hantar PIL terus ke rumah my parents. Then terus tetap tarikh. Bila dapat tahu rasa macam mimpi. Tergezut. Keke.

7) Special date with your hubby?
19/6/2001 - Declare couple
1/6/2007 - Akad Nikah
23/4/2008 - Dapat Ammar

8) Changes that he asked you to do?
Kurangkan aktiviti lagha. Huhu. Dulu Ibu suka sukat berapa besar shopping compleks, karaoke dan tengok wayang. Sekarang tengok wayang kat rumah je la. Tu pun kena tunggu Ammar tidur.

9) What is about him that you love so much?
He knows how to handle me, sangat setia (Ibu sangat kuat jeles ok) dan pandai ambil hati Ibu (paling lama Ibu boleh marah Ayah ialah satu jam sahaja - huhu)

10) What is about him that you wish he would change?
Emm jadi romantik lebih skit..keke..(tapi dah kenal Ayah dekat 9 tahun, Ibu tahu memang takde harapan - takpe Ayah, Ibu terima seadanya)

11) You will lose your mind and crack your head when he..
Berleter..huhu

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
Belikan hadiah yang best macam hari tu. Keke. Em takdelah..Ibu akan tersenyum bila Ayah tersenyum. Bila Ayah susah hati Ibu pun susah hati.

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
dengan seluruh jiwa raga..

Ni gambar time tengah bercinta. Masa ni pergi Genting Highland rasanya dengan Puan Donat. Gambar scan tahun 2005. Mudanya rasa time tu. Hehe.


 Ibu nak tag semua readers BabyIbu..jom buat imbas balik kenangan time bercinta dulu..hehe..

@ Dapat Adik

Em bukan Ammar ye dapat adik. Yang dapat adik ialah si Damia comel anak my best friend Puan Donat. Tahniah Na!! Lengkap sepasang. Ni gambar Ammar dan Damia masa jumpa kat Kedah dulu.

Ammar dan Damia

Ni ha gambar adik Damia, Daniel Ali namanya. Gambar Ibu ambil dari adik Donat, Ameng.

Muka Damia jugak ni

Tahniah! Korang ranking teratas ni, tak lama Azza follow. Lepas ni sape pula? Hehe..

Isy jeles pulak tengok orang dapat baby. Teringin jugak weh. Lebih-lebih baby gurl. Teringat rasa baby bergerak dalam perut. Sangat indah moments tu. Tapi bila teringat PhD. Tunggu jap la dulu. Huhu.

@ Sikit lagi nak siap ni..

Thursday, February 4, 2010

Noted: Semua email pasal alamat pemenang BabyIbu Giveaway Ibu dah dapat. Minggu depan Ibu pos ye!!

Takde mood nak update blog. Tengah semangat buat literature review. Ingat senang nak cari mood mengarang ni. Bila semangat macam ni satu section boleh siap sekejap je. Kalau takk. Harammm. Satu patah pun tak de idea. Pening-pening. Literature review tinggal sikitttt lagi (second draft baru). Lepas settle literature review, kena submit satu jurnal pula. Doakanlah Ibu cepat siap ye.

Masalah Ibu sekarang ialah data collection. Susahnya nak minta orang jawab survey. Padahal Ibu punya domain budak postgraduate (Master dan PhD). Itu pun diorang tak paham pentingnya data collection. Berdasarkan sample, Ibu kena collect 200++ data. Tapi ini baru 80 something. Huhu penat rasanya. Klah nak sambung lagi. Chayoookkk.

Pesanan penaja: Lain kali bila ada orang minta tolong jawab survey, korang tolong la jawab. Kesian tau. Huhu.

@ Lagi senarai pemenang BabyIbu Giveaway..

Wednesday, February 3, 2010

Senarai akhir pemenang BabyIbu Giveaway..

CuteMiut78
eezah
Imma
AkmaFaizal
Sherry
Idah

KEPADA SEMUA PEMENANG: Hadiah berupakan wristlets tajaan ToteBoutique. Sila emel nama samaran, nama penuh, alamat, dan no telefon kepada babyibu at gmail dot com. Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda. Ibu luv u all. Muah2.

@ Hadiah dari Ayah - C lagi tuhhh

Tuesday, February 2, 2010

Sempena hari lahir Ibu ramai yang tanya apa hadiah Ayah kasi kat Ibu. Meh sini Ibu tunjuk sikit. Ingat tak sesi cuci mata tu dulu? Haa Ayah pesan hadiah kat kawan dia, En Safwan. Wahh Ibu suka sangat. Macam nak melompat pun ada. Terima kasih Ayah. Saaayannggg Ayah. Err Ibu tunjuk sikit jelah ye..cakk ini dia..


Baru sampai dari USA ni. Nampaknya C sayang kat Ibu betul tahun ni. Alhamdullilah. Rasanya tahun ni no more handbag for me (Yer kerrrr???? - keke)..

@ Tahniah pada pemenang Cutest Baby Of the Planet!!

Monday, February 1, 2010

Ibu takdela tunggu sangat keputusan Cutest Baby of The Planet 2009 ni since Ammar tak masuk. Ibu dah pasrah bahawasanya anak Ibu yang sorang ni memang tak nak posing depan kamera. Asyik kontrol macho je Ammar eh. Hehe.

Askar kecik nak pergi berperang

Pemenang utama jatuh pada Khayra. Semua peserta sangat-sangat comel. Lagi senarai pemenang KLIK SINI. Tahniah pada semua pemenang!!. Dan tahniah pada MBP kerana berjaya anjurkan contest ni.

P/s: Ibu nampak Ziyyad, Ian dan Anis..clap..clap..Tahniah!!

@ Tahniah kepada Pemenang BabyIbu Giveaway!!


Sesi pengumuman hadiah. Jeng-jeng (macam suprise je padahal pemenang sah-sah korang dah tau). Hehe. Ok Ibu umumkan ikut kategori ye:

TOP TEN MEMBERS - Berdasarkan TOP TEN MEMBERS yang berdaftar dengan Google. Ini cartanya (lanjutan dari contest sebelum ini):
  1. CuteMiut78
  2. eezah
  3. Imma


TOP COMMENTATORS - Berdasarkan siapa paling banyak komen. Ini cartanya:

  1. AkmaFaizal
  2. Sherry
  3.  Idah
Noted: Imma dan CuteMiut78 dah menang kategori lain (Rujuk syarat)



MOST REFERRALS - Berdasarkan siapa paling banyak refer ke BabyIbu.
Belum boleh umumkan pemenang. Kepada sesiapa yang tersenarai. Sila add banner di blog anda. Ibu akan semak semula pada 1hb Februari 2010 (hari ni) pukul 12 tengah hari. Jika orang diatas anda tidak letak banner maka anda berpotensi untuk menang.

Pemenang untuk kategori MOST REFERRALS dan pemenang random akan diumumkan selepas itu.
 
KEPADA SEMUA PEMENANG: Hadiah berupakan wristlets tajaan ToteBoutique. Sila emel nama samaran, nama penuh, alamat, dan no telefon kepada babyibu at gmail dot com. Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda. Ibu luv u all. Muah2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop