@ Berakhirnya cuti yang panjang

Wednesday, February 17, 2010

Akhirnya berakhirnya cuti panjang. Dari semalam, dah ramai yang balik ke KD ni. Kalau tak sunyi je. Sedih pula tak balik kampung tapi baru hari tu je balik plus Ibu ada kerja tak siap lagi makanya kami berehat-rehat dirumah saje. Nak buka Internet pun malas. Apatah lagi nak update blog. Tengok berapa kerat je yang update. Semua mood cuti yer. Hehe.

Apa Ibu buat time cuti ni? Em first two days dok ukur shopping complexs. My sis datang jalan-jalan so apalagi. Hari Jumaat pergi OU dan Carefour. Ibu beli seluar slack TiZed kat Jusco. Hari Sabtu rehat golek-golek kat rumah. Hari Ahad pula jalan-jalan di The Curve dan IKEA. Ingatkan Hari Raya Cina semua kedai tutup. Rupanya hidup lagi KL ni. Bukan setakat hidup, ramai gila orang. Mungkin sebab Ahad tu kebetulan Valentine's Day kot. Ramai dok berdating. Kat IKEA Ibu beli beberapa barang je (aje? -kata Ayah). Keke. Ibu beli storage box, safety plug, mangkuk warna warni untuk Ammar dan shelf.

Safety Plug untuk Ammar - die dah pandai cucuk pensel la apa la dalam plug tu..bahaya..


Shelf untuk rumah baru - Ibu beli dua - satu putih dan satu hitam..


Konon-konon nak buat macam ni la ha

Kalau ikut banyak lagi nak beli. Tray table la, cloth hanger la tapi nasib baik di tapis oleh adik kesayanganku. Itula IKEA, buat besar-besar pastu kasi orang penat. Bila dekat dengan counter cashier dah boleh berfikir waras untuk tidak membeli beberapa barang. Cuba kalau counter tu ada every section, mau kopak. Keke.

Em apa lagi eh aktiviti kami? Eh Ammar nangis pula. Nanti sambung lain entri k.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

tifa said...

Nak start entry perlukan mood yang baik , sebab itulah tak start start lagi tulis blog , Ikea tu memang berhantu, macam macam rasa nak beli , tul tak ?

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina dah lama giler x g Ikea. hik...

Imma said...

Nasib baik ramai gila org kann..kalau ramai org gila..taktau laa camner jadi kan..kekekeke..

idah said...

shopping sakan nampaknyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop