@ Tak nak tidur?

Tuesday, February 16, 2010

Ammar sekarang susah betul nak tidur. Tidur malam ke nap ke. Memang berperangla nak tidur. Kadang-kadang sampai bengkak mata tu menahan mengantuk. Selalu kalau nak kasi Ammar tidur, sejam dua juga berdodoi sayang dan tentunya mene***. Itupun kadang-kadang sama ada Ibu tertidur sekali atau pun bila Ibu bangun Ammar pun sedar.

Atuk kata, tidur itu sangat penting kerana otak mereka berkembang semasa tidur. Ibu dah Google dan Ibu dah dapatkan jadual tidur yang perlu untuk Ammar dari sini:


Ammar tidur selalu 11-12 jam saje. Tak cukup lagi ni. Antara sebab budak-budak tak nak tidur adalah:
  • Terlampau teruja untuk bermain. Takut terlepas sesuatu yang menarik.
  • Mahu berdikari. Toddler terutamanya sudah belajar untuk mengawal sekeliling mereka (jadi bos kecik). Maka mereka tak nak dengar arahan untuk tidur.
  • Tidak cukup tidur. Budak yang terlampau penat juga akan mengalami masalah nak tidur. Ini kerana apabila mereka penat mereka akan jadi irritable atau hiperaktif.
  • Bertukar tempat. Bertukar rumah baru, tidur rumah orang lain atau bertukar katil. Ini adalah kerana mereka berasa tidak selesa atau perasaan takut itu wujud.
Jadi macam mana nak selesaikan? Huhu Ibu pun sedang mencuba. Tapi apa yang Ibu tahu:
  • Asingkan tempat tidur dan tempat bermain
  • Tidur mengikut rutin atau jadual yang teratur
Ibu dah cuba timingkan tidur Ammar. Juga sebelum tidur salin baju, lap badan dan nyanyi la tepuk la. Tapi macam tak jalan la. Ammar kalau Ibu tak tidur sekali (menjadi bantal peluknya sambil mene***) alamat memang tak nyenyak tidurnya. Lepas tu asal sedar je cari tutu (susu badan la tu). Sampai Ibu tak leh nak buat kerja lain. Huhu. Ibu-ibu di luar sana ada pendapat atau pengalaman? Meh la share..

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

mamanoa said...

ha...sama la imran pun seminggu ni dia susa nk tdo..bukan susa pun duk asik nk main jer..ajak maknyer menyanyi la..mnari la..lani da 2-3 mlm imran bjaga waktu mlm,nk suh dia tdo pun mcm bersilat atas katil..(mak nyer la yg xlena tdo asik kna tendang..kna penyek..kena guling) sakit badan mak-nyahhh~~

kalu ikut kira-kira yg mu bg tu..siang imran amik nap(kalu dgn ku la..)ader la 5-6jam siang,tgh,ptg, tp kalu uma nanny dia ader la dlm 2jam jer..
malam plak 7-8jam gak la..uikss!!! tu da kira cukup la kan..??
tp mmg susa nk tdo kan imran...

Diyana Zulkifli said...

weh,camne ang wat ekammar tkmo tido?mia pun sjk balik dok jitra time aku pantang ni..susah tui nak tidoq..ade kkdg tu,die terbgn pkl 3-4 pg pastu ngigau dok ajak org nak main..adula...gile penat.[yg penat bkn aku la,mak aku n makcik2 die yg lain..ehehe,aku jaga daniel je..bkn bley aku nak dukung mia sbrgn ,mau terburai perut.heh]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop