@ Shopping di CamyBabyland Moving Out Clearance

Wednesday, March 31, 2010

Hari tu kan Ibu cari safety gate. Tapi tak sempat nak order sebab tak pasti saiz tangga kat rumah tu. Ramai cakap kat kedai perabot murah. Ibu dan Ayah pun pergi cari kat kedai perabot di Kota Damansara. Tapi takde la pula. Lepas tu alang-alang Ibu pun ajak la Ayah survey dekat Camy Babyland Kota Damansara. Rupa-rupanya mereka tengah buat moving out clearance dari 20 Mac sampai 11 April 2010. Mereka nak pindah ke Giza (dekat area situ juga la).

Bahagian bawah (Baju, botol susu, toys)


Barang kecil-kecil 


Bahagian atas (stroller, car seat, bedding, safety gate - barang besar-besar)

Hmm komen Ibu. Nak kata gempak takdela. Takdelah murah macam Pureen warehouse sales ke My Dear warehouse sales. Tapi banyak juga barang branded yang murah. Ada yang sales (tapi tak banyak dalam 20-30 %) dan yang betul-betul berbaloi ialah barangan display. Bagi sesiapa yang dok dekat area Dataran Sunway tu bolehla jengah tapi kalau jauh-jauh em rasa takdelah berbaloi sebab tak pasti barang apa yang akan mereka keluarkan untuk sales (nama pun nak perabih stok). Namun yang best kat Camy Babyland ni, barang die banyak pilihan. Kira kita boleh banding-banding la before beli.

Em dah masuk tu mestilah sangkut kan. Rupanya tangga Ibu tu agak besar dan standard saiz safety gate biasa memang tak muat. Even kalau My Dear punya plus extension pun tak muat. Ayah siap dok mengukur dengan salesgirl tu. Yelah, kang beli tak muat susah la pulak kan. Akhirnya ada juga satu. Last kopek punya, jenama Lindam. Ini je yang paling dekat dengan saiz tangga kitaorang. Dapat 20%. Oklah dalam Rm110.

Kemudian setelah membeli yang wajib, aktiviti membeli yang sunat pun bermula. Hehe. Ayah dok belek umbrella stroller. Nak ganti yang hilang di Sydney dulu. Ada jenama Maclaren Volo. Ringan dan kecil bila dilipat. Sesuai la nak pergi travel dan sesuai dengan Ammar yang dah besar (kalau baby tak boleh sebab die tak boleh baring). Dari RM600 jadi RM400 lebih. Grandma nak sponsor RM500 sempena birthday Ammar. So sedang cantik la tu. Hehe. Kemudian ada satu car seat ni display set. Harga asal RM 800 die kasi RM190. So beli lagi. Isy terbabas sungguh. Tapi takpe semua tu perlu. Stroller lama Ammar tayar pun dah haus sebab Ayah tolak pergi jogging tiap-tiap petang.

 Ammar posing sikit
Car seat

Em safety gate lupa pula ambil gambar. Nanti Ibu tempek yang dah siap pasang la. Oklah cukup-cukupla shopping untuk Ammar. Nak beli barang rumah pula ye.

@ Tinggal kenangan

Semalam pergi jumpa tuan rumah buat kali terakhir. Settelkan bil-bil dan ambil deposit (itu yang penting hehe). Wah rumah dah kosong. Rasa sayu pun ada. Dekat tiga tahun duduk sini. Dari baru kahwin sampailah Ammar nak masuk dua tahun. Walaupun kecil tapi itulah rumahku syurgaku. Sangat selesa. Kini kami dah berpindah ke rumah baru. Tengah dalam mode menyesuaikan diri. Harapnya rumah baru ni menjadi rumahku syurgaku yang lebih baik dari yang lama. Amin.

Ammar hairan kenapa rumah kosong
Ruang makan
Dapur 
Bilik Master di mana Ammar tercipta (hehe) - peace!!

@ Penat pindah + pindah penat

Monday, March 29, 2010

Ingatkan mengemas nak pindah tu dah cukup penat. Rupanya nak unpack tu lagi penat. Huhu. Checklist kemas rumah pada pukul 4.20 pagi ni (Setelah berpindah pagi Sabtu nan lalu):

Ruang tamu: Drill and pasang tv (tak dapat siaran ni)
Ruang Makan: Done
Dapur: Done
Stor: Done
Bilik Tamu: Done
Bilik Master: Drill
Tangga: Drill safety gate
Bilik study: Macam kapal pecah..tak sanggup nak masuk lagi..huhu

Gambar? Nanti la ye. Hdset punya charger pun tak tahu kat mana. Dah sehari tak ber'on'. Huhuuuu. Memang lepas ni kalau takde sebab munasabab yang penting tak nak berpindah randah lagi. Mau patah pinggang. 


@ Free Birthday Party

Sunday, March 28, 2010

Hari tu toys free sekarang birthday party free pula. Meriah betul sekarang ni kan. Ha kalau nak dapat birthday party free untuk anak anda. Sila baca maklumat di bawah:

Update terkini: Ammar salah seorang pemenang Snap, Send & Win Drypers!!!

Apa: Peraduan “Snap, Send & Win” Drypers Wee Wee DRY

Hadiahnya: Menangi Parti Hari Jadi untuk jemputan 30 orang di KFC terdekat anda.Segalanya akan diatur rapi – termasuk kad jemputan, perhiasan, makanan lazat sehingga menjilat jari, permainan dan juga beg hadiah. 

Tarikh: Sekarang sehingga 15 November 2010.

Caranya: 
1. Tangkap gambar si manja comel anda yang memakai lampin Drypers Wee Wee DRY.
2. Hantarkan gambarnya melalui cara-cara berikut:
a) MMS :
1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat dengan format berikut: Drypers,nama penuh ibu atau bapa,No. KP ibu atau bapa, nama penuh anak,No. MyKid anak
3. hantarkan ke 016-3399950.
b) Pos :
1. Ambil gambar,
2. sertakan maklumat berikut: Nama penuh ibu atau bapa,No. KP ibu atau bapa, nama penuh anak; No. MyKid anak.
3. Hantarkan ke Alamat di bawah:

Peraduan “Snap, Send & Win” Drypers Wee Wee DRY,
Peti Surat 3030,
47509 Subang Jaya,
Selangor.

3. Pihak Drypers akan menelefon anda jika anda memenangi Parti Hari Jadi!

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat sila rujuk flyer di bawah.- Good luck semua!!-

Untuk pertanyaan, sila hubungi agensi terpilih kami di 03-5635 1391 (Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali hari cuti umum) atau Talian Khidmat Pelanggan Drypers di 1-800-88-9988



@ Preview Rumah Baru

Saturday, March 27, 2010

Lama dok cerita pasal rumah tapi tak pindah-pindah. Ramai kawan Ibu ingat kami dah lama pindah. Sebenarnya baru nak pindah esok. Itu yang minggu ni very busy. Dok packing barang. Disebabkab rumah baru tu 5 minit je dari rumah sekarang. Kami pun angkutla barang sikit-sikit. Langsir pun dah pasang. Ini Ibu preview sikit ye.


Ruang tamu


Bilik study

Barang kecil-kecil dah separuh bawa pergi. Penat juga packing nak pindah ni. Dah 2 minggu mengemas je kerja. Dahla sakit pinggang dan kaki akibat accident hari tu. Ada kekangan la sikit nak lasak-lasak. Oklah nak packing kat dapur pulak ni. Esok lori datang pukul 9. Sesiapa free nak tolong sila2. Erk tapi rasanya time entri ni dipublish Ibu dah selamat mengangkut barang. Hehe. Klah happy holiday semua!!

@ FREE TOYS Untuk Anak Anda

Friday, March 26, 2010


Sape nak hadiah permainan percuma untuk anak anda?. Silalah join giveaway daripada Byzura. Hadiah-hadiahnya sangat menarik. Macam mana nak sertai? Mudah sahaja:

Ikuti tiga langkah mudah ini :

1. Link http://byzurarazali.blogspot.com to bloglist anda
2. This one very important, dun forget to leave a comment at this link in below format.
Choice: If u're the lucky reader, which toys that u want?? A,B,C or D???
Nickname :
Blog Url : 
Example : 
A/Byzura/http://byzurarazali.blogspot.com/

3. Finally put this banner kat atas blog sidebar anda dan link back to her blog.


Mudah je kan. Tarikh tamat 23 April 2010. Nak join? KLIK SINI

P/s: Tarikh Besday Ammar tu. Harap2 adalah luck kali ni. Aminnn.

@ My First Advertorial Job

Tadi petang dapat call dari Nuffnang mengatakan BabyIbu dapat advertorial job. Wah selama ni dengar ceritanya je daripada blogger2. Dah setahun lepas berblog baru dapat undangan. Satu milestone dalam dunia blogging bagi Ibu. Lepas dapat email, Ibu pun buka la laman web Nuffnang. Dah ada button baru, button Advertorial. Ni ha rupanya.


Alhamdullillah. Tapi Ibu tak dapat pun materialnya (katanya dapat press kit - nanti la kot eh). Masih blur-blur.  Apapun. Looking forward to it. Korang tunggu ye.

P/s: Ramainya yang caring pasal kami jatuh motor..tq sangat2 (nih rasa nak buat giveaway lagi nihh)

@ Kami Accident Motor

Thursday, March 25, 2010

Semalam tak sempat update blog. Masih dalam trauma. Alkisahnya pagi semalam kami sekeluarga naik motor. Otw pergi kerja, akan hantar Ammar dulu ke rumah MIL. Baru je keluar kawasan apartment, alih-alih motor melelong. Melelong ke kiri, melelong ke kanan. Subhanallah tayar pancit ni. Nasib baik Ayah memang bawa slow je kalau ada Ammar jadi kami tak terus terbabas atau jatuh.

Lepas melelong beberapa kali Ayah berjaya tegakkan motor balik. Ibu memang pegang Ammar sekuatnya. Ibu budget kalau jatuh pun Ibu takkan lepaskan Ammar. Biar Ammar jatuh atas Ibu. Elok lepas Ayah tegakkan motor, adeh ada pula kereta kat depan nak belok. Ayah jerit..pegang Ammar kuat-kuatttt. Ibu pun pegang Ammar rapat-rapat dan rapatkan badan ke Ayah.

Gedebung langgar kereta depan. Kemudian kami terbalik ke tanah. Ibu sempat angkat Ammar dan jatuhkan die ke badan Ibu. Ya Allah. Terketar-ketar Ibu rasa. Ayah bangun dah terus tanya Ammar ok ke. Ammar terpinga-pinga tapi alhamdullilah tak apa-apa. Nasib baik die duduk belakang dengan ibu hari ni. Selalu AMmar duduk depan dengan Ayah.

Semua orang serbu keluar, dari kereta dan dari kedai. Ada orang tu siap marah Ayah bawa laju, Ayah pn terangla motor pancit bukan bawa laju pun. Ayah bawa dah perlahan cuma dah motor pancit. Hu hu. Ibu bawa Ammar ke tepi jalan. Rasa sangat terkejut dan terketar-terketar. Bersyukur sangat pada Allah sebab selamatkan kami sekeluarga.

Kebetulan ramai pula kawan Ayah lalu nak pergi kerja, mereka la tolong-tolong. Ayah bayar Rm100 kat kereta depan yang kami langgar. Bumper die je sikit kena. Bag Ibu hancur koyak. Ayah calar sikit dan Ibu bengkak kaki dan sakit pinggang (gara-gara aksi stuntman) dan alhamdullilah Ammar tak de apa2. Ibu sangat-sangat bersyukur dan rasa sangat fobia nak naik motor. Huhu.

@ Cenderahati dari Lisbon

Tuesday, March 23, 2010

Ibu sibuk hari ni. Layan gambar cenderahati dari Lisbon ya. Maaf tak dapat nak bawa balik untuk korang. Ayah kata sana mahal. huhu.

Ini untuk Ibu (perfume Zara - wangi sangat) dan Ammar 

Gifu untuk rumah. Selalu kalau pergi mana-mana mesti beli gift kenangan untuk hiasan rumah. Kasut dan ayam tu dari Portugal, cawan kecil dari German.

Fridge magnet untuk rumah kami, Tok Mama dan MIL. FM yang kecil dari German (Ayah singgah masa transfer flight).

Harap-harap next time, Ibu dan Ammar boleh ikut Ayah jalan-jalan. Sungguh tak best duduk rumah Ayah takde. Tapi mulai bulan depan Ammar dah tak Infant dah. So kena bayar lebih la kalau pergi jalan-jalan. Huhu.

@ Ammar dan gengnya

Monday, March 22, 2010

Ini adalah geng Ammar kalau die pergi rumah grandmanya. Anak jiran sebelah, Kak Lin. Yang paling kecil tu, Zahirah sebaya Ammar. Lari sebulan je. Selalu Ammar lepak rumah diorang main-main. Main dengan anak dara gitu. Kalau kat rumah hero sangat, tapi kalau main situ, selalu kena buli. Sikit-sikit nangis cari Grandma. Apalah Ammar ni. Bak kata Pak Langnya..hero jambu..huhu.

Farisha, Zahirah, Yaya, Ika, 

@ Bila musang masuk rumah

Sunday, March 21, 2010

Ini musang betul tau, musang pandan. Bukan musang berjanggut tu. Hehe. Ibu dikejutkan dengan berita ada musang masuk rumah Ibu di Kedah. Mak ai takut betul. Sebenarnya dah lama kami sekeluarga perasan selalu bunyi binatang lari atas rumah. Tapi nak sedapkan hati selalu budget kucing la. Tapi bunyinya memang kuat betul. Ibu memang takut.

Ingat lagi masa balik nak beranakkan Ammar. Ibu tengah tengok tv, alih-alih dengar dentam-dentum. Berlari Ibu dengan perut memboyot masuk bilik. Huhu. nasib baik tak terberanak. Ibu memang takut binatang tu jatuh dari bumbung. Dan apa yang Ibu takutkan dah terjadi semalam. Binatang itu aka musang jatuh dari bumbung ke dapur rumah. Nasib baik la ramai orang kat rumah malam tu. Kalau Tok Mama sorang-sorang tak taula. Huhu. Pelik betul mana la datang musang ni. Nak tau cerita lanjut dan more gambar sila pergi ke entri sofimohd aka Pak Ngah.

Bomba bawa keluar musang daripada rumah

Musang - seekor dapat tangkap, seekor terlepas..haihhh

@ Huggies Train

Friday, March 19, 2010

First of all, terima kasih to Auntie Azza kerana kasi kupon Huggies banyak-banyak kat Ibu untuk redeem. Actually dah sampai last month tapi tak sempat nak update. Bulan 12 hantar borang dan kupon-kupon semua di Giant KD tapi takde stok. Jadi kami tinggalkan alamat, so diorang pos ke rumah. Meh kita terjah train.

Mula-mula usha dulu dari jauh (sori baru perasan gambar terbalik..huhu)



 Belek-belek sikit

Yeayy..jom masuk..

Seronok main keluar masuk..

Selepas setengah jam

Oo best2..

Pada ketika ini, train ini telah disimpan sebab Ammar duk heret keliling rumah yang comel ni. Selalu bawak cross depan tv dan mengganggu pemandangan Ibu nak tengok tv cinonet kesayangan Ibu tu. Huhu. Komen Ibu pasal train ni: Colour and design cantik cuma terlampau ringan dan boleh menyebabkan Ammar tertungging bersama train. Hehe.

@ Bila plus plus

Thursday, March 18, 2010

Emm seminggu dua ni Ibu dalam study mood. Itu yang kurang berblog. Kalau time tengah blogger mood mau sehari 3 kali Ibu update. Haha. Em ramai ingat senang kalau duduk rumah jadi housewife and student. Oh sebenarnya itu la dugaan paling besar. Kenapa?

Situation 1: Pelajar sahaja
Tugas merangkumi study, buat report/tugasan/tesis, jumpa supervisor, buat presentation. Hari-hari pergi lab 9 to 5 dan mengadap research. Malam balik rumah baru urus rumah-kemas/masak (kalau rajin)/main dengan anak lepas tu tidur awal.

Situation 2: Surirumah sahaja
Tugas merangkumi mengemas rumah, masak, lipat/sidai/seterika baju, jaga dan entertain anak. Boleh tengok tv (cerita bersiri suma boleh ikut dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Tamil). Malam boleh lepak golek2 dengan anak depan TV pastu tidur awal.

Situation 3: Pelajar plus surirumah
Siang kena urus rumah (semua tugas surirumah di atas)dan anak. Bila anak tidur petang, kelam-kabut buat kerja rumah dan curi-curi masa cari bahan untuk research dan check email takut supervisor cari. Malam bila anak tidur, mula study (baca jurnal/buat report/analisis data). Lepas subuh tidur. Alih-alih pukul 10 anak dah gerak..Ibuuu Ibuuu. Adeh. Cukup 3 hari rutin macam ni Ibu macam zombie. Lepas tu malam dah tak larat nak stay up maka research pun kembali kepada silent mode. hoho.

source: Google

So sape kata senang? sape? sape? Hehe. Tapi apapun. Ibu bersyukur kerana dapat sentiasa berada dengan Ammar. Itu yang paling bermakna.

 

@ Babi?

Monday, March 15, 2010


Kasar benar tajuk hari ni. Kalau di Kedah, binatang itu selalu digunakan apabila marah. Ibu dah lama la pencen guna perkataan tu. Masa muda-muda dulu ada la juga. Lately, Ammar suka ajuk apa-apa yang didengar dan kemudian dibunyikan ikut suka hati sendiri. Contohnya:lori bunyi macam lari, karipap jadi papap..itu Ibu tak kisahla. Tapi baru-baru ni, bila Ibu ada perasan beberapa kali Ammar sebut binatang itu. Adehhh.

Perkataan itu mungkin wujud daripada baby, barbie atau pun juga lagu beat it (Ammar tengok konset Michael Jackson dengan Grandma die). Tak kisahla mana datangnya tapi Ibu sangat tak suka dengar. Hari tu Ibu marah Ammar sebut depan Tok Mama, Tok Mama kata buat apa marah Ammar bukan tahu pun apa maksudnya. Iyala tapi sangat tak sedap didengar.Hmm nak kata Ibu tak kawal apa Ammar dengar dan tengok. Mana ada sumber yang Ammar tengok Ibu tak tapis (Ammar tengok Upin Ipin je dan Duck Digi - lain die tak layan). 

Solutionnya? Ibu tak boleh nak kata, jangan kata babi. Nanti lagi diulangnya perkataan tu. Kalau Ibu terdengar, Ibu akan betulkan. Jadikan perkatan lain macam Baby ke apa ke. Supaya die lupa bunyi tu. Alhamdullilah dah seminggu ibu tak dengar. Harap-harap ilang la terus. Motifnya di sini kena la sentiasa pantau anak anda dan berilah panduan yang betul.Oklah cau cin cau.

 Ammar tak salah tau. Eh ni ada apa pulak atas kepala ni?

@ Selamat Hari Lahir Sayang

Sunday, March 14, 2010

Hari ini hari lahir Ayah. Tapi Ayah jauh berada di Lisbon. Ibu dan Ammar rindu dengan Ayah. Semalam dah mesej wish Ayah. Nanti balik kita celebrate ye Ayah.

Semoga Ayah panjang umur dan murah rezeki..

Semoga kita sentiasa bahagia bersama - Gambar 4-5 tahun lepas. Huh Mudanya time tu. Keke.

We luv u so much Ayah..mmuahhh

@ Sape rumah dekat Puchong?

Friday, March 12, 2010

Disebabkan kesibukan yang melanda. Ibu terlepas pandang MyDear Warehouse Sales kali ni. Adeh. baru malam tadi perasan. Walaupun lambat lagi habis (die sampai 14hb) tapi no point la sebab Ayah takde kat sini. Ibu takde transport nak pergi (tu la sape suruh tak reti drive). Boleh tak nak tanya sesiapa yang pergi berapa harga safety gate (gate untuk baby dan extensionnya). Murah tak banding luar?. Dan kalau murah boleh ke sesiapa tolong beli? (anything email babyibu at gmail dot com). Tq in advanced.



@ While I'm Away

Company Ayah siap ada kad untuk Ibu dan Ammar. Tajuknya While I'm Away Lisbon. Huh. Malas Komen.


Kad dan duit poket daripada company Ayah. Bila la nak sponsor keluarga sekali ni. Keke.

P/s: Ayah sekarang dalam flight. 15 jam ke Frankfurt dan 3 jam ke Lisbon.
P/sss: Jangan lupa buah tangan untuk Ibu dan Ammar ya..

@ Cuba teka kat mana?

Wednesday, March 10, 2010

Soalan: Cuba anda teka kat mana ni? Cantikkan..

Jawapannya: Inilah tempat Ayah nak pergi esok. Waaa Ibu jeles ok! Nak ikut la Ayah..duduk dalam beg boleh? Huhu.

@ Amarahmu

Monday, March 8, 2010

Seminggu dua ni Ammar agak moody. Tak tahu la tukar bulan ke baru belajar perangai ke apa. Tapi Ibu sangat-sangat risau. Bila tak dapat sesuatu, Ammar akan marah. Itu ok lagi. Tapi bila marah Ammar akan tendang dan tampar sesiapa yang tak bagi barang tu. Adeh. Ibu dah explain benda tu tak baik tapi kalau marah still buat lagi. Ibu tampar kaki ammar bila tendang tapi buat juga. Sekarang bila Ammar buat tantrum. Ibu guna pendekatan buat tak tahu. Ada la kesan. Nanti tengok Ibu buat tak tahu Ammar datang la peluk-peluk.

Tok Mama kata budak-budak ni ada musim memang perangai macam ni. Tapi yelah tak nak benda ni berlarutan. Susah hati bila tengok Ammar. Emm have to google pasal ni. Nanti Ibu cuba cari penyelesaian dan blog pasal ni. 

Apa tengok2? 

@ Beli perabot di Fella Design Warehouse Sales

Saturday, March 6, 2010


Inilah projek hujung minggu Ibu yang diwar-warkan hari tu. Pergi merempit dengan Ayah. Ammar tinggal umah MIL. Ibu Google banyak juga yang cakap berbaloi. Tapi ramai beli sofa la. Disebabkan dekat je dengan rumah boleh la pergi jengok.



Sampai di sana dalam pukul 9 pagi (semangat tu weh). Tak ramai orang pun. Kebanyakan barang di luar banyak juga berbaloi-baloi. Barang kat luar ni hari-hari lain. So ikut nasibla. Masa ibu pergi tu ada coffe table yang solid wood harga asal RM400 lebih die letak RM99 je. Geram je rasa tapi rumah dah ada buat apa nak beli kan. Paling banyak sales sofa, stool, dan arm chair.


Sofa-sofa (harga dalam RM2k untuk set 1+2+3)

Stools (RM199/299) - Ada dalam 3 bentuk

Ni pun menarik tapi harga boleh tahan

Baby sofa

Tilam dan katil

Cermin hiasan (kalau dalam gambar ni RM400 lebih)

Misi kali ni nak cari katil dan book shelf. Pusing punya pusing sampai ke atas. Penat berjalan. Tapi yang kat dalam tak banyak sangat salesnya. Ada sikit yang 50% ke atas yang lain banyak 30% je. Kat luar tu la banyak 70% ke atas. Lupa nak cakap, sape nak cari kain langsir boleh la pergi. Memang sangat banyak yang cantik-cantik berbanding Ibu pergi dulu dan murah (ada RM10/RM12/RM15 dan RM20 semeter). Kebanyakan orang serbu tempat kain ni la.


Akhirnya Ibu beli satu set katil (katil, tilam dan drawer kecil) dalam 1k harganya, satu stool yang berharga RM299 dan satu kerusi baby untuk Ammar (RM79). Pagi tadi pergi lagi beli cermin rotan (RM299) dan kain untuk lapik kerusi makan.


Stool

Set katil

Cermin rotan

Penghantaran kena RM60. Itu sampai KD jelah. Em bagi Ibu berbaloi-baloi sebab barang berkualiti. Jangan banding perabot biasa yang pakai ABS tu. Memang la korang rasa mahal barang Fella ni. Bak kata Ayah, kita kena beli barang berkualiti tapi beli masa betul-betul sales (dapat 50%-70% baru beli la). Wah pokai bulan ni. Tapi nak masuk rumah punya pasal. Nanti Ibu cerita alkisah masuk rumah pulak ye.

P/s: Oh ya..esok last warehouse sales Fella Design kat Bukit Subang ni. Sempat lagi kalau nak pergi. Buka daripada 9 pagi sampai 8 malam. Maklumat lanjut: Fella Design.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop