@ Babi?

Monday, March 15, 2010


Kasar benar tajuk hari ni. Kalau di Kedah, binatang itu selalu digunakan apabila marah. Ibu dah lama la pencen guna perkataan tu. Masa muda-muda dulu ada la juga. Lately, Ammar suka ajuk apa-apa yang didengar dan kemudian dibunyikan ikut suka hati sendiri. Contohnya:lori bunyi macam lari, karipap jadi papap..itu Ibu tak kisahla. Tapi baru-baru ni, bila Ibu ada perasan beberapa kali Ammar sebut binatang itu. Adehhh.

Perkataan itu mungkin wujud daripada baby, barbie atau pun juga lagu beat it (Ammar tengok konset Michael Jackson dengan Grandma die). Tak kisahla mana datangnya tapi Ibu sangat tak suka dengar. Hari tu Ibu marah Ammar sebut depan Tok Mama, Tok Mama kata buat apa marah Ammar bukan tahu pun apa maksudnya. Iyala tapi sangat tak sedap didengar.Hmm nak kata Ibu tak kawal apa Ammar dengar dan tengok. Mana ada sumber yang Ammar tengok Ibu tak tapis (Ammar tengok Upin Ipin je dan Duck Digi - lain die tak layan). 

Solutionnya? Ibu tak boleh nak kata, jangan kata babi. Nanti lagi diulangnya perkataan tu. Kalau Ibu terdengar, Ibu akan betulkan. Jadikan perkatan lain macam Baby ke apa ke. Supaya die lupa bunyi tu. Alhamdullilah dah seminggu ibu tak dengar. Harap-harap ilang la terus. Motifnya di sini kena la sentiasa pantau anak anda dan berilah panduan yang betul.Oklah cau cin cau.

 Ammar tak salah tau. Eh ni ada apa pulak atas kepala ni?

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Byzura Razali said...

ari tuh ada adam ckp kat zura, kwn sekolah gaduh ngan dia then ckp babi byk kali. kenkadang budak2 ni kat umah tak penah dgr bende2 camni tp kat kuar/skolah tak dapat control. kita as parent kene explain biar diaorg panas bebetul & tak ulang lagikan....

Oyis said...

hehe.. aisyah bulan lps x leh sebut baby, dia mmg sebut babi. sebijik mcm tuh. tp mmg x marah kat dia pon, sbb takut lg dia suka ulang2. but tiap2 kali dia kata babi, kita ckp kat dia, eh, bay-beee la, aisyah.. bayyyyybeee.... (penuh exaggeration). skang dia dah bole sebut dgn betul dah, alhamdulillah :)

Ibu Mifzal Arsyad said...

mungkin ammar maksudkan baby kot..ya la bdk br2 blajar nak ckp ni mmg sebut cam lain sket kan..

tp sebnrnya..budak2 lebih mudah ikut org sekeliling dia ckp..mmg kena pantau..takut2 dia ikut ckp yv x elok..

zh-ena said...

dr umah blh la kita kontrol paa yg nak kita ajar pd anak2 kkita
tap[i di luar tu yg payah
mcm2 org yg anak kita jumpa kan

Lin said...

aku tk pencen lagi sebut perkataan tuh..skng ni kena train diri sendiri berhenti sebut..klu tk husna ikut..hehe

isabelle said...

hehehe...sbb tu selagi boleh i akan ajar adam pktn tu betul2, takut pelat atau bunyi lain mcm..hehehe

Mommy Lyna said...

Hafiy sebut pig huhu

Intan said...

Yep samalah cara nya ngan intan...kalo dgr mcm arissa sebut tak betul...cepat2 intan betulkan balik.

Tapi setakat nie, perkataan itu tak keluar lg dr mulut dia...

Elyn said...

dierang tgh belajar bercakap mmg kite kene duk betuikan.... kang kuar word pelik-pelik haru gak. heheh

oli said...

mungkin sebutan mereka tak betul kot....
macam sofea pun nak jerit 'Qi Lai'...dia terjerit 'Qi Bai'...hahahaha...
satu restoran dok pandang kami sekeluarga...dalam kepala otak mereka mesti dok fikir mak bapa borek, anak rintik...
so, apa lagi, saya pun kena jerit kuat-kuat kasi satu restoran dengar 'Qi Lai' ...hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop