@ Bila musang masuk rumah

Sunday, March 21, 2010

Ini musang betul tau, musang pandan. Bukan musang berjanggut tu. Hehe. Ibu dikejutkan dengan berita ada musang masuk rumah Ibu di Kedah. Mak ai takut betul. Sebenarnya dah lama kami sekeluarga perasan selalu bunyi binatang lari atas rumah. Tapi nak sedapkan hati selalu budget kucing la. Tapi bunyinya memang kuat betul. Ibu memang takut.

Ingat lagi masa balik nak beranakkan Ammar. Ibu tengah tengok tv, alih-alih dengar dentam-dentum. Berlari Ibu dengan perut memboyot masuk bilik. Huhu. nasib baik tak terberanak. Ibu memang takut binatang tu jatuh dari bumbung. Dan apa yang Ibu takutkan dah terjadi semalam. Binatang itu aka musang jatuh dari bumbung ke dapur rumah. Nasib baik la ramai orang kat rumah malam tu. Kalau Tok Mama sorang-sorang tak taula. Huhu. Pelik betul mana la datang musang ni. Nak tau cerita lanjut dan more gambar sila pergi ke entri sofimohd aka Pak Ngah.

Bomba bawa keluar musang daripada rumah

Musang - seekor dapat tangkap, seekor terlepas..haihhh

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

temp. housewife said...

nasib ada abg bomba tolong tangkap musang ye. ada bela ayam tak? kalau ada mesti musang nak ngap ayam tu.

Muhammad Adam Rayyan said...

kesian adam tgk musang tu. harap2 depa tak bunuh. lepaskan la pun takpe. sian dia.. :(

Elyn said...

besar kan musang ni yana?? musang ni gak yang duk lepak kat umah we all haritu hehehee

bionic women said...

ibu...musang ni ada bau kan?kat kampung(pahang)banyak jugaj menatang nih.Kat tepi bilik yg salu kami tidur bila balik kg ada pokok mangga, so kadang2 musang ni lepak atas pokok tu, bila malam kdg2 bukak tingkap terkejut tgk silau matanya berwarna agak kemerahan...menakutkan.kalau sape tak bese dgn situasi tu mesti takut ingat hantu..hehe

akmafaizal said...

takut gak ek..tinggal sorang2 kat umah..tetiba muncul musang tak tau nak wat pe..sib ade ramai orang..hehe :P

Asmahani said...

haa.. musang? ish..ish.. nasib bukan musang berjanggut..

Anonymous said...

musang gigit orang x??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop