@ Bila plus plus

Thursday, March 18, 2010

Emm seminggu dua ni Ibu dalam study mood. Itu yang kurang berblog. Kalau time tengah blogger mood mau sehari 3 kali Ibu update. Haha. Em ramai ingat senang kalau duduk rumah jadi housewife and student. Oh sebenarnya itu la dugaan paling besar. Kenapa?

Situation 1: Pelajar sahaja
Tugas merangkumi study, buat report/tugasan/tesis, jumpa supervisor, buat presentation. Hari-hari pergi lab 9 to 5 dan mengadap research. Malam balik rumah baru urus rumah-kemas/masak (kalau rajin)/main dengan anak lepas tu tidur awal.

Situation 2: Surirumah sahaja
Tugas merangkumi mengemas rumah, masak, lipat/sidai/seterika baju, jaga dan entertain anak. Boleh tengok tv (cerita bersiri suma boleh ikut dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Tamil). Malam boleh lepak golek2 dengan anak depan TV pastu tidur awal.

Situation 3: Pelajar plus surirumah
Siang kena urus rumah (semua tugas surirumah di atas)dan anak. Bila anak tidur petang, kelam-kabut buat kerja rumah dan curi-curi masa cari bahan untuk research dan check email takut supervisor cari. Malam bila anak tidur, mula study (baca jurnal/buat report/analisis data). Lepas subuh tidur. Alih-alih pukul 10 anak dah gerak..Ibuuu Ibuuu. Adeh. Cukup 3 hari rutin macam ni Ibu macam zombie. Lepas tu malam dah tak larat nak stay up maka research pun kembali kepada silent mode. hoho.

source: Google

So sape kata senang? sape? sape? Hehe. Tapi apapun. Ibu bersyukur kerana dapat sentiasa berada dengan Ammar. Itu yang paling bermakna.

 

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

yatie chomeyl said...

nasib baik sy dlm golongan student yg duk kat lab 9-5..pastu malam leh layan anak and masak :)

wan sujaihah said...

hu hu hu..ibu yang sungguh tabah,..untung amar

akmafaizal said...

saya ibu yang bekerja..penat gak tp layan juga anak2 kat umah supaya derang tak terasa diabaikan..hehe :P

zh-ena said...

ssh jugak klu nak smbg belajar sambil nk kerja sambil tu nak layan anak kan

Elyn said...

hehe.... mmg penat jd surirumah. org ckp kerja tak abih2.

bionic women said...

jadi surirumah memang agak penat, tapi seronok. Bila husband cuti leh g maner2 tanpa terikat ngan mana2 kelulusan bos. Bila husband blik leh sambut.dapat tengok anak membesar, keletah anak hari2 ada aje yg mengundang ketawa besar. Bleh praktik skill masak...cuma x best bila, anak ngamuk sari suntuk, anak wat tumpah air milo atas karpet yg berat..(HUHU)..anak sepahkan rumah yg baru 5 min d kemas...huh

mizcurrent said...

Salam.. terbaca blog.. don't worry ramai orang skang dah buat multiple task.. me skang nih pon, like you...kerja..blaja.. surirumah (anak n hubby) and also now preggie.. Alhamdulillah.. ramai yang buat menda yang sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop