@ Beli perabot di Fella Design Warehouse Sales

Saturday, March 6, 2010


Inilah projek hujung minggu Ibu yang diwar-warkan hari tu. Pergi merempit dengan Ayah. Ammar tinggal umah MIL. Ibu Google banyak juga yang cakap berbaloi. Tapi ramai beli sofa la. Disebabkan dekat je dengan rumah boleh la pergi jengok.



Sampai di sana dalam pukul 9 pagi (semangat tu weh). Tak ramai orang pun. Kebanyakan barang di luar banyak juga berbaloi-baloi. Barang kat luar ni hari-hari lain. So ikut nasibla. Masa ibu pergi tu ada coffe table yang solid wood harga asal RM400 lebih die letak RM99 je. Geram je rasa tapi rumah dah ada buat apa nak beli kan. Paling banyak sales sofa, stool, dan arm chair.


Sofa-sofa (harga dalam RM2k untuk set 1+2+3)

Stools (RM199/299) - Ada dalam 3 bentuk

Ni pun menarik tapi harga boleh tahan

Baby sofa

Tilam dan katil

Cermin hiasan (kalau dalam gambar ni RM400 lebih)

Misi kali ni nak cari katil dan book shelf. Pusing punya pusing sampai ke atas. Penat berjalan. Tapi yang kat dalam tak banyak sangat salesnya. Ada sikit yang 50% ke atas yang lain banyak 30% je. Kat luar tu la banyak 70% ke atas. Lupa nak cakap, sape nak cari kain langsir boleh la pergi. Memang sangat banyak yang cantik-cantik berbanding Ibu pergi dulu dan murah (ada RM10/RM12/RM15 dan RM20 semeter). Kebanyakan orang serbu tempat kain ni la.


Akhirnya Ibu beli satu set katil (katil, tilam dan drawer kecil) dalam 1k harganya, satu stool yang berharga RM299 dan satu kerusi baby untuk Ammar (RM79). Pagi tadi pergi lagi beli cermin rotan (RM299) dan kain untuk lapik kerusi makan.


Stool

Set katil

Cermin rotan

Penghantaran kena RM60. Itu sampai KD jelah. Em bagi Ibu berbaloi-baloi sebab barang berkualiti. Jangan banding perabot biasa yang pakai ABS tu. Memang la korang rasa mahal barang Fella ni. Bak kata Ayah, kita kena beli barang berkualiti tapi beli masa betul-betul sales (dapat 50%-70% baru beli la). Wah pokai bulan ni. Tapi nak masuk rumah punya pasal. Nanti Ibu cerita alkisah masuk rumah pulak ye.

P/s: Oh ya..esok last warehouse sales Fella Design kat Bukit Subang ni. Sempat lagi kalau nak pergi. Buka daripada 9 pagi sampai 8 malam. Maklumat lanjut: Fella Design.

11 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Ibu_Khalish said...

Jelesnya...kalaulah saya dekat Kl, lama dah dok serang FD tu. Ni merantau kat Ipoh. hu3....

zailamohamad said...

Waaah, memang teringin nak heret hubby ke sana tapi tak tahu bila boleh masuk rumah baru, terpaksalah sabar!!

Imma said...

hmm..ok laa..ada duit apa pon jadik..tapi furniture kat kedai perabot biasa pon berkualiti jugak..tgk laa jgn laa pilih yang kualiti rendah..mesti lagi berbaloi..hehe..

BTW, hadiah Yana tak sampai pon lagik..huhuu..

yatie said...

enarik gak cik fella ni ye.... nak kena ganti sofa yang dah koyak... but not now

Jade Tiong said...

Harga ini murah... bebaloi.

nadja said...

wah wah memang berbaloi.. nasib ibu memang baik lah.. heheeh best nyer bershopping.. kalau ader lagi kasi la info kat sayer sket yer.. teringin jge nak singgah cam baby item ke warehouse ke tima kaseh

Mrs.R @ Emi said...

cantik set katil n cermin rotan tu..
mmg berbaloi beli brg berkualiti time warehouse camnih

Sherry said...

wah so pretty

okay.. giveaway I ends tonight jom join la..

http://www.mymomsbest.us/2010/02/feb-2010-giveaway.html

Rugby rules said...

I've always thought of myself as a bit of a thrift shopper, always searching for the best prices so I was surprised at myself that I had never gone to a designer warehouse sale until last week.

Rugby rules said...

i think its already over. plus you can only get tickets from an employee that works at MAC.

Rugby rules said...

i would like to know a place in los angeles a specific location in where i can go and purchase wholesale items for cheap. Also any idea of how to sale my items from my house.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop