@ Shopping di CamyBabyland Moving Out Clearance

Wednesday, March 31, 2010

Hari tu kan Ibu cari safety gate. Tapi tak sempat nak order sebab tak pasti saiz tangga kat rumah tu. Ramai cakap kat kedai perabot murah. Ibu dan Ayah pun pergi cari kat kedai perabot di Kota Damansara. Tapi takde la pula. Lepas tu alang-alang Ibu pun ajak la Ayah survey dekat Camy Babyland Kota Damansara. Rupa-rupanya mereka tengah buat moving out clearance dari 20 Mac sampai 11 April 2010. Mereka nak pindah ke Giza (dekat area situ juga la).

Bahagian bawah (Baju, botol susu, toys)


Barang kecil-kecil 


Bahagian atas (stroller, car seat, bedding, safety gate - barang besar-besar)

Hmm komen Ibu. Nak kata gempak takdela. Takdelah murah macam Pureen warehouse sales ke My Dear warehouse sales. Tapi banyak juga barang branded yang murah. Ada yang sales (tapi tak banyak dalam 20-30 %) dan yang betul-betul berbaloi ialah barangan display. Bagi sesiapa yang dok dekat area Dataran Sunway tu bolehla jengah tapi kalau jauh-jauh em rasa takdelah berbaloi sebab tak pasti barang apa yang akan mereka keluarkan untuk sales (nama pun nak perabih stok). Namun yang best kat Camy Babyland ni, barang die banyak pilihan. Kira kita boleh banding-banding la before beli.

Em dah masuk tu mestilah sangkut kan. Rupanya tangga Ibu tu agak besar dan standard saiz safety gate biasa memang tak muat. Even kalau My Dear punya plus extension pun tak muat. Ayah siap dok mengukur dengan salesgirl tu. Yelah, kang beli tak muat susah la pulak kan. Akhirnya ada juga satu. Last kopek punya, jenama Lindam. Ini je yang paling dekat dengan saiz tangga kitaorang. Dapat 20%. Oklah dalam Rm110.

Kemudian setelah membeli yang wajib, aktiviti membeli yang sunat pun bermula. Hehe. Ayah dok belek umbrella stroller. Nak ganti yang hilang di Sydney dulu. Ada jenama Maclaren Volo. Ringan dan kecil bila dilipat. Sesuai la nak pergi travel dan sesuai dengan Ammar yang dah besar (kalau baby tak boleh sebab die tak boleh baring). Dari RM600 jadi RM400 lebih. Grandma nak sponsor RM500 sempena birthday Ammar. So sedang cantik la tu. Hehe. Kemudian ada satu car seat ni display set. Harga asal RM 800 die kasi RM190. So beli lagi. Isy terbabas sungguh. Tapi takpe semua tu perlu. Stroller lama Ammar tayar pun dah haus sebab Ayah tolak pergi jogging tiap-tiap petang.

 Ammar posing sikit
Car seat

Em safety gate lupa pula ambil gambar. Nanti Ibu tempek yang dah siap pasang la. Oklah cukup-cukupla shopping untuk Ammar. Nak beli barang rumah pula ye.

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

churalliya said...

erm, baru beli buggy stroller kat mudah.. mmg desperate nak cari.. pkirkan nak pakai kejap je pon, so lelap mata, beli 2nd hand je.. kalaulah kat area sban ni ada byk pilihan..

scudmami said...

salam babyibu,

baper besar tangga rumah awak?? Sy tgh carik jugak ni, sbb Faris dah mula panjat tangga.. and tangga ni pon besar dari std..

nak carik jugak laaa.. my dear mmg tak muat ekk?? iskk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop