@ Free Netbook

Friday, April 30, 2010

Ingat tak Ibu pernah cerita pasal Streamix Cool UNI Pack? Ibu dah register. Dalam seminggu diorang pun datang pasang streamix dan wireless modem semua. Dan seminggu selepas tu..tara..

I likee..tengok kotak pun dah teruja tau..diorang hantar guna courier..

Isi dalam kotak. Comel dan ringan je senang nak angkut ke fakulti. Dan yang paling penting ianya free.


Huh..terus semangat nak study ni (hohoh)..

Sesiapa yang first and second year student sila la pergi daftar pakej streamix ni. Takde? Kalau takde ngorat je adik ke atau mana-mana student. Syaratnya ialah die nak id student, surat tawaran belajar dan juga ada satu borang die bagi kita kena bawa ke fakulti untuk tandatangan pengesahan. Mudah kan? Ibu sukaaaa...(macam dapat mainan lagaknya).. 

@ Kena Sambar

Semalam hujan lebat beserta petir dan kilat yang sabung menyabung. Sebelum ni pernah jadi tapi ok je. Semalam mungkin yang paling kuat kot. Elektrik kena tendang. Ibu pula tak teringat nak cabut semua plug (yelah sebelum ni dok apartment ok je) - bad me. Dan akibatnya..

  • Banyak lampu tak boleh on
  • Wireles modem meletup
  • LCD TV baru kesayangan Ibu tak leh on (huhu)

Ibu perasan juga lampu jalan semua mati dan banyak pagar elektrik jiran tak leh buka. Agaknya laluan elektrik kot rumah kami ni. MIL membebel sebab tak cabut plug. Huhu nak buat macam mana tak teringat. Takpelah pengajaran untuk next time.



P/s: Tadi Telekom dah datang baiki Wireless, petang ni tunggu orang baiki TV pula..

@ Leapfrog LittleTouch LeapPad Learning System Set

Thursday, April 29, 2010

Ibu belum belikan Ammar hadiah hari lahir. Teringin nak bagi die Leapfrog LittleTouch LeapPad Learning System Set ni. Tapi takut juga. Kang beli-beli Ammar tak nak main. Bukan murah ni weh. ada sesiapa yang dah ada? Boleh kasi review sikit? Ibu tengok review kat Internet campur-campur. Ada kata ok ada kata tak. 

Leapfrog LittleTouch LeapPad Learning System Set 

Set ini untuk anak bawah tiga tahun. Ala-ala buku elektronik. Bila anak kita touch akan ada bunyi. Board dan buku tu jual asing. Harganya seratus lebih juga le. Tapi Ibu perasan, ramai jual second hand. Adakah itu menunjukkan benda ni tidak berkesan? Any komen?

@ Kerana Semut

Serabut betul la tengok semut dok melata kat rumah ni. Padahal hari-hari Ibu sapu dan dua hari sekali mop. Tu pun ada semut. Yang peliknya, bukan hurung makanan pun tapi dok bersiar-siar ke sana sini satu rumah. Tensen Ibu tengok. Bukan sejenis pulak tu, ada semut hitam, semut kecik dan semut merah. 

Kata Tok Mama, sekarang ni panas. Itu semut keluar cari air. Hmm ye la kot, ke memang tanah asal rumah ni banyak semut kot. Semua 'peghak' tengok rumah. Ayah boleh buat tak tahu je tapi Ibu takut semut gigit Ammar. Itu yang gigih sapu dan mop rumah hari-hari tu. Ammar pula selalu tengok Ibu lenyek semut sampai kalau die nampak die pun sibuk tepuk-tepuk. Haihhhh. 

Em korang ada solution ke bagi masalah ni? Mak cik Ibu cadang letak racun semut, tapi macam tak sesuai la sebab Ammar ada. Ammar pun suka juga dok melata satu rumah. Huhu.


Em oklah. Ammar pergi rumah MIL hari ni. so time to mengejar semut. Huhu

@ Tengok cerita bersiri secara online

Wednesday, April 28, 2010

Ibu suka layan cerita bersiri. Antaranya Desperate Housewives, Gossip Girl, Ugly Betty, Grey Anatomy, House dan yang terkini Glee. Walaupun ditayangkan di TV, Ibu selalu miss. Yelah kadang-kadang lupa, kadang-kadang ingat tapi tak sempat dan tengah tengok kadang-kadang sibuk layan Ammar then sedar-sedar dah habis. 

Selalunya, Ibu akan tengok kat Internet. Yuo tube tak dapatle. Pendek-pendek sangat melainkan nak tengok cerita bersiri melayu macam awan dania. Kawan Ibu, Miss Mas, ada bagi link untuk tengok cerita bersiri online. Ibu sangat suka, kalau-kalau takde mood nak study leh la layan seround. Hehe.. Linknya ialah DISINI. Cara nak tengok die (sumber dari Mas ye):



1. Klik kat SERIES
2. Pilih cerita yang diingini
3. Pilih season (tak kisahla nak tengok yang lama atau yang the latest)
4. Pastu nanti die akan list out links.
5. Boleh pilih paling bagus
a) megavideo - tp after 72 minutes of watching nnt die akan automatically stop and u have to wait for at least 1 hour to watch another episode
b) supernovatube - tp skrin kecik sikit. kadang2 kene dload divx player.

Tq to Mas dan happy watching semua.

@ Ramah Mesra Bersama Drypers Truck

Ramah Mesra Bersama Drypers Truck akan mengunjungi anda. Ada banyak aktiviti dan permainana yang menarik untuk anda dan anak anda. Oh ya, yang penting banyak free gift, hadiah dan produk sample untuk anda semua. Tida pembelian diperlukan untuk memasuki aktiviti dan permainan. Sila rujuk banner di bawah untuk lokasi Drypers Truck.




Semua jauh-jauh. Tak dapatla Ibu join. Huhu. (Semenjak dua menjak ni Ibu sayang betul kat Drypers -Hehe)

@ HOMEDEC 2010

Tuesday, April 27, 2010

HOMEDEC 2010 sudah datang. Ia akan berlangsung pada 29 April sehingga 2 Mei 2010 di Kuala Lumpur. Apa tu HOMEDEC tu? HOMEDEC ni stand for Home Decoration Exhibition. 



Ibu pergi tahun lepas HOMEDEC 2009. Ada apa kat sana? Macam-macam pasal rumah ada. Dari luar rumah macam grill, lantai sehinggalah dalam rumah macam kabinet, cat, perkakas dapur dll. Pendek kata semua ada. Lagi best ialah anda punya banya pilihan untuk dibandingkan dalam satu tempat. Harga di HOMEDEC pun selalunya jauh lebih murah. Isy macam wakil promosi pula. Hehe. Tapi memang berbaloi-baloi.

Contohnya masa Ibu pergi dulu, Ibu nak buat kabinet. Ibu bawa ukuran dan survey 4-5 kedai yang ada kat situ. Dapat murah je dan sangat puas hati. Cerita lanjut pasal kabinet KLIK SINI. Perkakas dapur pun murah sebab dapat pakej. 

Kali ni rumah Ibu dah siap. Tapi kalau ada kesempatan teringin juga nak pergi. Nak cari barang hiasan dan survey pintu pagar elektrik (sangat tak suka kena buka kunci mangga dipagar terutama time hujan). So bagi yang nak masuh rumah baru, jom serbuuuuu.

Maklumat lanjut mengenai HOMEDEC 2010 KLIK SINI.

@ Not Lucky Enough

Monday, April 26, 2010

Ingat contest by Byzura? Ala yang kasi hadiah mainan free tu. Hari ni dah keluar result. Well, Ammar tak menang lucky draw tu. Ibu memang bab2 lucky draw memang tak pernah dapat. Huhu. Tak de rezeki lagi agaknya. Tapi takpe. BabyIbu menang Top Referral. Yeayy. Tq to all.

Ini keputusan penuh. Tq to Byzura kerana menganjurkan contest ini.


P/s: Eh, tapi apa haduah top referral ni eh?

@ Kena gas

Dari semalam Ammar tak sihat, dengar bunyi dari dada bila bernafas. Pagi tadi jumpa Dr. Chua. Dr. Chua cakap tak teruk cuma Ammar kena ambil gas (hidu gas) untuk hilangkan kahak di dada. Ibu tak sure pula apa namanya. Kalau dibiarkan takut infection.

Kata Dr, kalau dua tiga bulan sekali kena kemungkinan asma. Ammar baru first time, jadi kalau tak berulang mungkin sebab selsema dan batuk je. Tak terfikir nak ambil gambar sebab dok pujuk Ammar sepanjang ambil gas tu. Die guna topeng letak kat muka Ammar. Meraung Ammar. Ambil gas tu dalam 15 minit jugala. Tiga orag kena pegang sebab Ammar meronta dengan kuatnya. Kesian sangat Ibu tengok. Takpela sayang, janji cepat baik ya.

P/s: Ammar sangat merap bila tak sihat jadi tunggu free ya nak update cerita lain. Oh ya, doakan Ammar cepat sihat ya.

@ Putus Susu Badan?

Friday, April 23, 2010

Isu ni dah lama dalam fikiran Ibu. Memandangkan Ammar dah cukup dua tahun macam nak putuskan susu badan. Sebabnya:
  • Tulang belakang sampai dah senget ni asyik baring sebelah susukan Ammar malam-malam
  • Badan Ibu makin kurus kering
  • Ammar pula makin lama makin kuat menyusu (padahal susu botol minum + makan)

Tapi yelah. Kesian kat Ammar. Memang hobi Ammar menyusu badan (sejam sekali minta tu weh). Ibu pun macam sedih sebab the bonding masa menyusu tu nanti dah takde. Ibu suka belai-belai Ammar time menyusu. Kalau time lain nanti Ammar cakap 'tak nak'. Satu lagi, berkat menyusu badan, Ammar sangat jarang selsema, batuk atau demam. Sepanjang dua tahun baru 3 kali rasanya demam. Kalau kena selsema/batuk pun cepat baik. Alhamdullilah.

So, apa pendapat korang eh? Perlu ke berhenti ke nak teruskan? Satu lagi apa petua nak putuskan susu? Ibu baca ada yang letak nescafe la, kunyit la, kopi la, getah peria la. Tak tahu mana satu yang berkesan.

Oh Ammar sangat baik time ni

@ Hari Teristimewa

Hari ini Ammar genap 2 tahun. Selamat Hari Lahir sayang. Ini gambar besday boy Ibu..


Macam tak sangka kan. Sekejap je besar.

Dulu Ammar baring je sambil golek-golek
Sekarang dah berlari satu rumah
Memanjat sana sini
Naik turun tangga

Dulu bunyi nangis uwek uwek je
Sekarang dah pandai panggil Ayah..Ibu
Dah pandai kira one, two, three, por, pive
Dah pandai sebut 'tak nak' sehari 50 kali (favourite word ammar-huhu)

Dulu tutu dengan Ibu sentiasa
Erk sekarang pun sama juga..hehe

Pendek kata..hero Ibu dah besar ni. Tak lama lagi Ibu boleh start cari bakal menantu. Keke.

@ Pureen Stock Clearance?

Thursday, April 22, 2010

Kenapa Pureen Stock Clearance? Bukan Pureen Warehouse Sales ya. Apa pun mari kita pergi beramai-ramai 24 hingga 25 April 2010 ni. Ibu dah pergi 3 kali rasanya. Memang berbaloi. Barang sentiasa ditambah jadi kalau tak pergi pagi-pagi pun still ok. Harga puas hati. Tapi baby baru lahir dan ibu mengandung sarat kurang digalakkan pergi sebab orang sangat ramaiiii. Ini gambar Ibu ambil last time pergi.

Haa..ramai tak?


Ni kawasan baju

Tengah pilih baju (sila letak balik baju di tempat baju setelah memilih ya kekawan)


Ayah tengah beratur (walaupun barisan panjang tapi cepat sebab kaunter banyak)


Ini hasil belian

Ini Ibu pergi masa hujung tahun lepas. Kalau nak tengok yang sebelum tu klik sini. Kali ni nak beli toiletries. Baju mungkin beli sikit je sebab Pureen banyak baju baby, baju budak besar macam Ammar (besar ke Mar?) dah tak berapa banyak. Ok see u there.

@ Pengumuman

TAMBAHAN PENGUMUMAN
Pemenang akan dipilih oleh sponsor berdasarkan entri anda. So korang cerita le lebih-lebih sikit pasal hadiah/produk dan blog sponsor. Good luck semua!!

Terdapat sedikt pembetulan pada syarat pertandingan BabyIbu Giveaway: SecretBargains. Pada syarat pertama, banner haruslah ditampal di sidebar blog anda dan linkkan ke entry contest. Kepada yang dah submit harap boleh add the banner. TQ.


@ BabyIbu Giveaway: SecretBargains

Tuesday, April 20, 2010


BabyIbu Giveaway kembali. Yeayy. Harap semua sudi beri sokongan ye..



Apa
BabyIbu Giveaway: Secret Bargains

Bila
20 April 2010 sehingga 20 Mei 2010

Siapa
Sesiapa yang ada blog boleh sertai

Bagaimana

  • Tampal banner di atas di sidebar blog anda dan link ke entri ini.
  • Membuat review mengenai contest ini dengan tajuk BabyIbu Giveaway: Secret Bargains dan link ke entri ini
  • Dalam entri anda, nyatakan hadiah pilihan anda (dari senarai hadiah utama) dan nyatakan kenapa anda sukakannya dan juga review ringkas mengenai blog SecretBargains
  • Anda boleh tulis entri dalam BI atau BM. Boleh tambah gambar dan sebagainya mengikut kreativiti anda
  • Dalam entri pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan SecretBargains
  • Harus penuhi semua syarat di atas untuk melayakkan anda dalam giveaway ini (Sila semak ye)
  • Dah siap semua, tinggalkan komen di entri ini beserta email address
  • Boleh hantar seberapa banyak entri yang boleh

Hadiah
Pemenang akan dipilih oleh Secret Bargains. Hadiah-hadiahnya ialah:

Hadiah Utama



Victoria Secret EDT (Secret Charms)


Hadiah Saguhati

  • Voucher RM 20 x 2 pemenang
  • Voucher RM 15 x 3 pemenang
So apa tunggu lagi. Jom sertai ye!!!

@ Bila nak mula hidup

Monday, April 19, 2010

Hujung minggu lepas, ramai datang rumah. Semua cakap, bestnya rumah besar. Ada sofa, meja makan..itu ini. Ibu cuma senyum dan cakap tq. Bagi Ibu, semua ni bukan dapat dengan mudah. Ada pengorbanan dan cerita disebaliknya. 

Orang nampak sekarang..

  • Rumah besar..bestt
  • Dapur cantik..bestt
  • Perabot lengkap..besttt


Orang tak tahu, 3 tahun kami sekeluarga..

  • Kat bilik guna tilam je. Kadang-kadang tidur atas toto.
  • Guna meja jepun je as meja makan.
  • Pakai TV 14 inci je (bila nk tengok subtitle kena dok dekat-dekat sebab tak nampak).
  • Baju letak dalam almari plastik dan bakul je.
  • Buku sumbat kotak A4 sampai kadang-kadang lupa kata ada buku tu.
  • Pinggan mangkuk pakai yang hadiah kahwin.
  • Langsir pakai yang tuan rumah lama tinggal.
  • Kereta pun pakai kereta mentua.


Sebelum ni, kami hidup ala kadar. Tak beli barang sangat dan tak keluar sangat. Semuanya demi menyimpan duit. Yelah, bukan sedikit kosnya nak masuk rumah baru. Sampai kering kontang la poket. Kena simpan untuk emergency dan Ammar lagi.

Kesimpulannya, kepada yang baru kahwin dan nak mula hidup (plus suami anda bukan anak datuk). Kita janganla paksa suami kita sediakan semuanya lengkap serba serbi. Janganla harapkan everything perfect. Kena mula sikit-sikit dan jangan demand. Apala sangat makan di lantai dan tidur atas toto. Yang penting keluarga kita bahagia. Benda lain tu kehendak, bukan keperluan. 

Janganlah juga kita banding keluarga kita dengan orang lain. Setiap orang lain rezeki dan dugaannya. Kita kena banyak bersyukur dengan apa kita ada. Insyaallah kalau kita pandai uruskan kewangan. Benda-benda kehendak itu akan datang juga sama ada cepat atau lambat. 

Oklah cukuplah bebelan hari ni. Nak update benda lain takde gambar so just nak share cerita je. Till then.

@ Minggu yang sibuk

A lot of things to update. Minggu ni minggu yang sangat sibuk. Ramai sedara mara dari Perlis dan Kedah turun di rumah Ibu. Adik Ibu kahwin minggu ni dan ada majlis Ammar lagi. Ibu will update one by one ok.  Pengumuman mengenai giveaway akan dilancarkan esok k. Stay tuned. Ni Ibu tempek dulu gambar adik Ibu kahwin Sabtu lepas.Tahniah dan selamat datang ke dunia rumah tangga!!!


Tahniah my little bro. Rasa amacam tak percaya dah kahwin. Dulu asyik mengekor je ke mana pergi. To ija (adik iparku), welcome to the family.

@ Playhouse Disney Earth Hour Handy Manny

Thursday, April 15, 2010


Ini adalah advertorial dan akan menjadi mode lekat untuk 48 jam. Sila ke bawah untuk entri terkini


Sempena Earth Day, Playhouse Disney Handy Manny menyediakan pelbagai aktiviti, contest dan juga tayangan Earth Day with Handy Manny and friends di Playhouse Disney Chanel di Astro pada 22 April (Khamis) ini.



Bagi yang tak pernah tengok Handy Manny ni, ia merupakan rancangan kartun yang di minati ramai. Berkisah tentang Manny dan 8 alatannya iaitu Felipe (a Phillips screwdriver), Turner (a flathead screwdriver), Stretch (a tape measure), Squeeze (a pair of pliers), Pat (a hammer), Dusty (a hand saw), Rusty (a monkey wrench) dan Flicker (a flashlight).


Em mesti ramai yang tertanya, ada apa dengan 22 April 2010 ni? Apa Earth Day tu?

22 April ni adalah Hari Bumi atau pun Earth Day. Earth day ni diraikan untuk menginspirasikan kesedaran dan penghargaan terhadap persekitaran Bumi kita ini. Ramai yang tanya, jadi apa yang perlu kita buat sempena Earth Day ni dan ramai juga tak ambil kisah. Sebagai Ibu Bapa, kita mestilah bertanggungjawab untuk memupuk kesedaran sayangkan bumi pada anak-anak kita. Kalau tidak lama-kelamaan makin teruklah tempat tinggal kita ni. Tak gitu?

Jadi, apa yang kita boleh buat sebagai parents?

Tanam Pokok

Melibatkan diri dengan aktiviti persekitaran seperti join aktiviti Earth Day, tanam pokok dan gotong-royong.


Jimat Tenaga

Ajar anak menjimatkan tenaga seperti tutup lampu dan suiz bila tidak digunakan. Bila keluar dari bilik jangan lupa tutup lampu.


Kitar Semula


Amalkan kitar semula. Ajar anak kita supaya menhgargai nilai barang seperti botol mineral dan tin yang boleh dikitar semula kepada sesuatu yang berguna. Ajar anak guna benda dengan sepenuhnya, contohnya gunakan kertas untuk mewarna di kedua-dua muka untuk bantu selamatkan pokok.



Jimatkan air

Ajar anak anda tutup air jika tidak digunakan Contohnya, tutup air semasa memberus gigi.


Banyak lagi tips boleh anda dapati dari sini. Oh ya, yang paling best sekali. Playhouse Disney anjurkan satu contest sempena Earth Day ni. Handy Manny Earth Day contest namanya. Hadiah die sangat cute iaitu Manny Gardening Tools.

Hadiah untuk contest Handy Manny Earth Day Contest

Macam mana nak sertai? Mudah saje..


  1. Pergi ke http://www.playhousedisney-asia.com/earthday.
  2. Klik Manny Mini Garden Contest. Lukis di sketch pad tentang how you can get handy to earth. Gunakan brush dan colours yang disediakan. Mudah je kan? Oh Ya Jangan lupa juga tinggalkan contact details.
  3. Boleh tengok entri anda di Manny’s Garden Gallery. Pemenang akan diberitahu melalui telefon dan hadiah akan dihantar melalui pos.

So apa tunggu lagi. Tak seempat tanam pokok sertai Handy Manny contest pun satu sokongan juga!! Oh ya, jangan lupa, mari kita ajar anak-anak kita tentang Earth Day di Playhouse Disney (Astro Channel 613) 22nd April, 9am – 2pm!!!

@ Setelah 2 tahun setengah menunggu..

Wednesday, April 14, 2010

Akhirnya pasang juga...

Yeaayyyy!!!! Dulu nak pasang Ayah kata pindah rumah baru nanti pasang, nanti leceh nak tukar-tukar. Akhirnya Ayah tunaikan janji. Tq Ayah.

P/s: Abaikanlah orang yang tengah release tensen lepas present ni. Oh ya..Ibu akan umumkan Giveaway tu esok petang ya.Sibukkkk..adik nak kahwin Sabtu ni.

@ Hadiah dari sponsor for Giveaway BabyIbu

Ok semua dah confirm. Sponsor kali ini ialah Secretbargains. Secretbargains menjual bag, accessories, perfume dan banyak lagi produk daripada US. Ibu pun pernah beli something yang sungguh marveles dari die. So korang lawat-lawat dulu blog sponsor kita ni ye. Hadiah yang ditaja untuk kali ini ialah..


Victoria Secret EDT

Bukan itu saja. Ada lagi. Maklumat lanjut tunggu Ibu post pasal Giveaway ya.

@ Tak tipu punya

Tuesday, April 13, 2010

Sape student? Atau ada adik yang student tahun 1 dan dua? Sila la apply package streamix coolunipack ni..tak tipu punya. More review after this. Sibuk skit ni.



Maklumat lanjut klik sini. Ini senarai harga. Dah turun gara-gara pelancaran high speed broadband.

@ Pertandingan Bayi Pa & Ma 2010

Pertandingan Bayi Pa & Ma kembali. Sesiapa ada anak bawah dua tahun sila masuk. Ammar dah disqualified. Hehe. Maklumat lanjut sila beli Majalah Pa & Ma. Tarikh tutup rasanya 30 April 2010.

@ Susu naik harga ke?

Monday, April 12, 2010

Stok susu Ammar dah habis. Ammar minum Wyeth. Selalu kalau promosi dapat RM29-RM30. Tapi semalam kami pusing satu KD. Semua mahal woo.

Giant: RM37++
Carefour: RM34++
Speedmart: RM35++
CamyBabyland: RMRM33++
Tesco (pergi hari Jumaat hari tu) - RM32++ (Ingat mahal rupanya paling murah -huhu)

Adakah susu naik harga?Adeh..dahla Ammar minum seminggu sekotak setengah. Ada sesiapa tahu kat mana susu murah area KD. Dulu pernah tanya ada yang kata kedai ubar cina. Kat mana kedai ubat Cina yang jual susu murah kat KD ni ye?

Kalau harga susu makin naik, Ayah kata tukar susu murah la Ammar. Ammar pun dah besar. Huhu.

@ Saya suka Cardigan

Sunday, April 11, 2010

Ibu suka pakai Cardigan. Senang sebab pertama boleh pakai dengan baju lengan pendek or baju kecil dan kedua sebab boleh mengelakkan Ibu daripada sejuk di pasaraya. Petang tadi Ibu ikut adik Ibu aka Pak Ngah jumpa Shida aka pembuat hantaran perkahwinannya. Jumpa di kedai Shida - ButtonMyButtons

Dulu Ibu pernah beli cardigan kat sini, ala yang Ibu pakai masa pergi Nuffnang family day out (yang mana sampai sekarang tak sempat post lagi post-eventnya - Ibu memang hampeh). Ini yang kaler pink ni..


Sebenarnya banyak yang dijualnya, dari baju, skirt, dress, beg sampailah ke aksesori. Kebanyakannya Shida ni design sendiri. Ibu berkenan Cardigan sebab yang lain tu Ibu tak terbawa (huhu - dah bawa Ammar yang lain memang tak terbawa la - keke). Kali ni Ibu beli dua, satu Pak Ngah hadiah dan satu lagi sendiri bayarla. Meh Ibu tunjuk sikit.

Ini Pak Ngah kasi - sangat feminin - I likee

Pak Ngah kata perasan muda pakai cardigan camni - Ibu berkenan sebab sangat sweet dan simple - leh pakai malam-malam pergi teman Ayah isi minyak ke..

Em disebabkan terlampau kusyuk berborak lupa ambil gambar kedai Shida ni. Sempat posing satu gambar je (konon berangan model - muahaha).


Sesiapa berminat, boleh pergi ke kedai shida di Subang Jaya tau ke blognya ButtonMyButtons (teringat lagu Buttons daripada Pussycat Dolls ~ I'm telling you loosen up my buttons baby (Uh huh)). 

@ Giveaway BabyIbu bakal menjelma..

Friday, April 9, 2010

Alhamdullilah. rezeki korang. Giveaway BabyIbu akan datang tak lama lagi. Sponsor dah dapat. Tengah nak finalize hadiah lepas tu cara contest pula. Insyaallah bulan ni juga ya. Tungguuuu..

Jangan click lagi just stay tune..hehe

P/s: Ada suggestion untuk giveaway ni? Ibu dah ada idea tapi mana tau korang ada idea lebih bernas?

@ Pengalaman Menduduki Peperiksaan SPA

Ibu dapat tahu ramai kawan-kawan akan pergi exam SPA Sabtu ni. Em meh Ibu share pengalaman Ibu yang tak seberapa ni. Ibu dah tiga kali pergi test SPA (Dalam tahun 2005 macam tu la). Sekarang dah tak isi lagi borang SPA tu. Hala tuju dah ke lain plus dah takde mood. Hehe.

Test pertama - untuk PTD - Gagal (pertama kali exam lepas grad)

Test kedua - untuk 14 jawatan -Ibu minta Pegawai Tadbir kot - LULUS tapi tiada pula panggilan susulan

Test ketiga - untuk PTD - LULUS - lulus juga kursus induksi tapi sampai ke temuduga GAGAL (sangat nerves sampai tak leh perform -keke) - dapat panggilan second interview tapi time tu dah sambung masters jadi dah tak berminat.

Lepas tu Ibu dah tak isi lagi borang SPA sebab Ibu kurang berminat mengetahui dan menghafal fakta-fakta umum, hal ehwal semasa dan nama-nama menteri. Ok berbalik kepada peperiksaan SPA, Ibu akan kongsi sikit apa yang Ibu ingat eh. But mula-mula, pastikan anda semua bersedia mental dan fizikal (ya fizikal juga penting). Ribuan orang akan pergi dan kita akan fight dengan semua orang tu. Sila study hal ehwal semasa (baca suratkhabar banyak-banyak sikit - semua kategori sukan, nama menteri, isu semasa dan bla2) dan juga fakta mengenai Malaysia (akta, undang-undang, DEB dan sebaginya - dulu Ibu baca buku Malaysia Kita).



Ok ini Ibu check kat Internet (takut dah berubah sejak Ibu ambil dulu - rupanya sama lagi). Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

Memang kena banyak tahu pengetahuan am- fakta mengenai Malaysia, isu-isu semasa - antara soalan Ibu ingat

- Piada Davis tu sukan apa?
- Olahragawati Negara tahun 2008?
- Tugas mahkamah
- Tokoh Maulidur Rasul
- Alat muzik

Untuk soalan ni kena banyak baca buku pengetahuan am seperti buku Malaysia Kita, buku sejarah SPM pun ok, dan baca suratkhabar banyak-banyak. Kawan Ibu cakap online pun banyak sekarang ni. Seksyen ni untung bagi orang yang alert pasal hal ehwal semasa dan baca suratkhabar/tengok berita setiap hari.

Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.

Seksyen ini melibatkan matematik, logic dan ala-ala soalan IQ. Soalan matematik die senang je takde la macam kalkulus tu. Lebih banyak test kita punya logikla. Cuma untuk seksyen ni jawab secepatnya sebab selalu tak cukup masa. Tinggalkan dulu soalan yang guna masa banyak tu.

Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.

Soalan ala-ala soalan pemahaman SPM. Tips die selalu soalan die ikut flow esei itu sendiri. So nanti gariskan bahagian esei yang ada kaitan dengan soalan tu.

Seksyen D/E - Esei Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Bahagian ini pun ala-ala karangan time SPM. Masukkan la isu semasa, fakta dan pengetahuan am yang berkaitan dengan tajuk yang anda pilih. Nanti dapat la point lebih sebab nampak anda ni alert dengan hal ehwal semasa dan berpengetahuan. Tips: Lepas dapat soalan tu, senaraikan point-point yang ada. Karang ikut macam ni:

Pengenalan
Point 1
Point 2
Point..N
Kesimpulan/Penutup

Haa tu je kot tipsnya. Lebih lanjut mengenai jenis soalan klik sini. Apa-apa pun pastikan anda bersedia dari segi mental (pastikan otak dan hati tu tenang dari maslah kerje ke, gaduh dengan hubby ke) dan juga fizikal (pastikan rehat cukup dan makan la sikit pagi tu-ada yang pengsan tau dulu). Good Luck ya!!!

@ Coklat Hantaranku Masuk Surat Khabar Nih

Thursday, April 8, 2010

Ini cerita 3 tahun lepas tapi nak tempek juga. Ibu baru jumpa balik surat khabar yang ada hantaran Ibu masa kahwin dulu. Kata my Mak Teh (tukang buat hantaran), masa die pergi ambil order coklat hantaran tu memang ada reporter dari suratkhabar Utusan. Glamer sekejap la masa tu sanak saudara dari kampung telefon. Muahaha.(Macam mana la diorang boleh perasan - kalau Ibu mampuih tak perasan - ke sebab Ibu tak baca bahagian ni - huhu)

Gambar coklat Ibu yang bawah belah kanan. Tak nampak?. Jap..


Ni Ibu cropkan sikit.

P/s: Cerita dah basi tapi excited semacam. - suka hati la kan..lalalalala

@ Selesai satu perkara..minggu depan sekali lagi..

Terima kasih atas ucapan selamat semua. Ibu dah selesai present my proposal. Sebenarnya ini baru pre-presentation. The real presentation adalah minggu depan di hadapan Dekan, HOD, supervisor dan lecturer yang lain. Itu yang ngeri tu. Huhu. Berbalik pada presentation semalam. Ibu kena present depan kelas PhD Ibu. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Walaupun BI Ibu agak tunggang terbalik tapi semua foreigner tu faham. Kira okla tu kan. Hehe. Komen dari panel, Ibu kena detail kan lagi metodologi Ibu. Yang lain itu ok (background, problem statement dan sebagainya). Alhamdullilah.

Semasa presentation, kami diberi kertas untuk komen kawan-kawan yang lain. Konsepnya sharing is caring la kan. Semasa kawan-kawan yang lain present - Ibu presenter kedua. Saje nak present awal so lepas tu rileks sikit. Ibu terfikir nak bangunkan satu blog khas untuk share knowledge pasal study ni. Banyak bahan Ibu ada cuma takdela boleh update selalu macam BabyIbu ni sebab materialnya berat sikit. Ibu boleh kongsi ilmu-ilmu yang tak seberapa di dada ni dengan kawan-kawan yang sedang sambung belajar dan juga yang ada keinginan untuk sambung.

Macam biasa. Bab nak buat blog ni laju je. tadi godek 20 minit dah siap. Tinggal nanti nak masukkan bahan-bahan. Kena rancang dulu. Ini linknya http://liyanashuib.blogspot.com/


Kosong lagi ye. Kepada kengkawan yang sedang sambung belajar dan akan sambung silalah tinggal link kat blog baru Ibu tu ya. Bolehla kongsi pengalaman dan bersama-sama bagi semangat antara satu sama lain dalam meneruskan perjuangan ini. Chayokkkk!!!!

P/s: Oh ya..untuk blog baru ini Ibu nak cuba tulis in BI. Kena practicela ye. Thesis pun in BI. Jadi kalau salah tu buat-buat paham jelah ye. Huhu.

@ Pertama kali

Wednesday, April 7, 2010

Esok pertama kali. Pertama kali nak present my PhD proposal. Wish me luck!!


Sharing ilmu sikit. Guideline for proposal presentation slide.
  1. Title slide -- title of project, your name, matric no. and your Supervisor's name
  2. Outline of Presentation
  3. Introduction  (Background to study)
  4. Statement of Problem
  5. Objectives
  6. (Research Questions (if relevant)
  7. Scope of study (if relevant)
  8. Significance 
  9. Review of Literature  (key works only)
  10. Proposed Methodology
  11. Expected Outcome
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop