@ HOMEDEC 2010

Tuesday, April 27, 2010

HOMEDEC 2010 sudah datang. Ia akan berlangsung pada 29 April sehingga 2 Mei 2010 di Kuala Lumpur. Apa tu HOMEDEC tu? HOMEDEC ni stand for Home Decoration Exhibition. 



Ibu pergi tahun lepas HOMEDEC 2009. Ada apa kat sana? Macam-macam pasal rumah ada. Dari luar rumah macam grill, lantai sehinggalah dalam rumah macam kabinet, cat, perkakas dapur dll. Pendek kata semua ada. Lagi best ialah anda punya banya pilihan untuk dibandingkan dalam satu tempat. Harga di HOMEDEC pun selalunya jauh lebih murah. Isy macam wakil promosi pula. Hehe. Tapi memang berbaloi-baloi.

Contohnya masa Ibu pergi dulu, Ibu nak buat kabinet. Ibu bawa ukuran dan survey 4-5 kedai yang ada kat situ. Dapat murah je dan sangat puas hati. Cerita lanjut pasal kabinet KLIK SINI. Perkakas dapur pun murah sebab dapat pakej. 

Kali ni rumah Ibu dah siap. Tapi kalau ada kesempatan teringin juga nak pergi. Nak cari barang hiasan dan survey pintu pagar elektrik (sangat tak suka kena buka kunci mangga dipagar terutama time hujan). So bagi yang nak masuh rumah baru, jom serbuuuuu.

Maklumat lanjut mengenai HOMEDEC 2010 KLIK SINI.

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop