@ Pengalaman Menduduki Peperiksaan SPA

Friday, April 9, 2010

Ibu dapat tahu ramai kawan-kawan akan pergi exam SPA Sabtu ni. Em meh Ibu share pengalaman Ibu yang tak seberapa ni. Ibu dah tiga kali pergi test SPA (Dalam tahun 2005 macam tu la). Sekarang dah tak isi lagi borang SPA tu. Hala tuju dah ke lain plus dah takde mood. Hehe.

Test pertama - untuk PTD - Gagal (pertama kali exam lepas grad)

Test kedua - untuk 14 jawatan -Ibu minta Pegawai Tadbir kot - LULUS tapi tiada pula panggilan susulan

Test ketiga - untuk PTD - LULUS - lulus juga kursus induksi tapi sampai ke temuduga GAGAL (sangat nerves sampai tak leh perform -keke) - dapat panggilan second interview tapi time tu dah sambung masters jadi dah tak berminat.

Lepas tu Ibu dah tak isi lagi borang SPA sebab Ibu kurang berminat mengetahui dan menghafal fakta-fakta umum, hal ehwal semasa dan nama-nama menteri. Ok berbalik kepada peperiksaan SPA, Ibu akan kongsi sikit apa yang Ibu ingat eh. But mula-mula, pastikan anda semua bersedia mental dan fizikal (ya fizikal juga penting). Ribuan orang akan pergi dan kita akan fight dengan semua orang tu. Sila study hal ehwal semasa (baca suratkhabar banyak-banyak sikit - semua kategori sukan, nama menteri, isu semasa dan bla2) dan juga fakta mengenai Malaysia (akta, undang-undang, DEB dan sebaginya - dulu Ibu baca buku Malaysia Kita).



Ok ini Ibu check kat Internet (takut dah berubah sejak Ibu ambil dulu - rupanya sama lagi). Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

Memang kena banyak tahu pengetahuan am- fakta mengenai Malaysia, isu-isu semasa - antara soalan Ibu ingat

- Piada Davis tu sukan apa?
- Olahragawati Negara tahun 2008?
- Tugas mahkamah
- Tokoh Maulidur Rasul
- Alat muzik

Untuk soalan ni kena banyak baca buku pengetahuan am seperti buku Malaysia Kita, buku sejarah SPM pun ok, dan baca suratkhabar banyak-banyak. Kawan Ibu cakap online pun banyak sekarang ni. Seksyen ni untung bagi orang yang alert pasal hal ehwal semasa dan baca suratkhabar/tengok berita setiap hari.

Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.

Seksyen ini melibatkan matematik, logic dan ala-ala soalan IQ. Soalan matematik die senang je takde la macam kalkulus tu. Lebih banyak test kita punya logikla. Cuma untuk seksyen ni jawab secepatnya sebab selalu tak cukup masa. Tinggalkan dulu soalan yang guna masa banyak tu.

Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.

Soalan ala-ala soalan pemahaman SPM. Tips die selalu soalan die ikut flow esei itu sendiri. So nanti gariskan bahagian esei yang ada kaitan dengan soalan tu.

Seksyen D/E - Esei Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Bahagian ini pun ala-ala karangan time SPM. Masukkan la isu semasa, fakta dan pengetahuan am yang berkaitan dengan tajuk yang anda pilih. Nanti dapat la point lebih sebab nampak anda ni alert dengan hal ehwal semasa dan berpengetahuan. Tips: Lepas dapat soalan tu, senaraikan point-point yang ada. Karang ikut macam ni:

Pengenalan
Point 1
Point 2
Point..N
Kesimpulan/Penutup

Haa tu je kot tipsnya. Lebih lanjut mengenai jenis soalan klik sini. Apa-apa pun pastikan anda bersedia dari segi mental (pastikan otak dan hati tu tenang dari maslah kerje ke, gaduh dengan hubby ke) dan juga fizikal (pastikan rehat cukup dan makan la sikit pagi tu-ada yang pengsan tau dulu). Good Luck ya!!!

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

fazilzura said...

mak aiii bnyk nye soklan dia ... sume x berkait dgn kerja yek .. saje nak test iq kite psl msia..

** zura pun dh x dak mood nak isi borg SPA.. moslty yg dpt ado CABLE beso

Muhammad Adam Rayyan said...

tima kasey for the info.
sangat berguna lah..

tapi cam payah ek peksa dia

YatieJay said...

Salam....

Dah amik 7x utk PTD dan 6x utk pelbagai jawatan gred41. Paling jauh boleh lepas adalah PAC..huhuuu...

Semuanya bergantung kepada rezeki jugak, kan?

Nway, good luck utk yg akan exam esok....

kuntumz said...

saya juga nk share mengenai isu nii...rs mcm dah mls nk g exam sabtu ni...sbb byk kali dh g tpi msih blum ada rejeki lagi...lagipun kali ni dpt exam loc nya teramatlah jauh..
so anggap jerlah tak der rezeki...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tak pernah lagi duduk ujian SPA.Bila orang panggil tak pergi.seb baik keja uitm tak payah lalu ujian SPA walaupun gomen tapi kami badan berkanun :)

Rugby rules said...

Hi very nice post sharing about great video but all language is looking very understandable.

idah said...

banyak sungguh soalan nyer....
merana jugak kalau nak jawabnya...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop