@ Putus Susu Badan?

Friday, April 23, 2010

Isu ni dah lama dalam fikiran Ibu. Memandangkan Ammar dah cukup dua tahun macam nak putuskan susu badan. Sebabnya:
  • Tulang belakang sampai dah senget ni asyik baring sebelah susukan Ammar malam-malam
  • Badan Ibu makin kurus kering
  • Ammar pula makin lama makin kuat menyusu (padahal susu botol minum + makan)

Tapi yelah. Kesian kat Ammar. Memang hobi Ammar menyusu badan (sejam sekali minta tu weh). Ibu pun macam sedih sebab the bonding masa menyusu tu nanti dah takde. Ibu suka belai-belai Ammar time menyusu. Kalau time lain nanti Ammar cakap 'tak nak'. Satu lagi, berkat menyusu badan, Ammar sangat jarang selsema, batuk atau demam. Sepanjang dua tahun baru 3 kali rasanya demam. Kalau kena selsema/batuk pun cepat baik. Alhamdullilah.

So, apa pendapat korang eh? Perlu ke berhenti ke nak teruskan? Satu lagi apa petua nak putuskan susu? Ibu baca ada yang letak nescafe la, kunyit la, kopi la, getah peria la. Tak tahu mana satu yang berkesan.

Oh Ammar sangat baik time ni

11 kawan BabyIbu berkata-kata..:

irma said...

alhamdulillah...semua anak ima BF sampai 2thn...& ada yg 2thn ++..tp time nak stop ima tak stop mengejut coz sian dgn dia kan....jd ima ambik amsa lah...guna secara psiko...alhamdulillah berkat...senang je dpt lepas...

Zulaikha Mohamad said...

huh susah tu.. arsyad lg la susah nnti, tak campur lgsg.. haaiiyyaa~ tp tuh la.. nnti dh smpai masa rase sedey plak.. yana dh plan nk 2nd baby ke? klau nk wean kene slowly ckp kat ammar and yana sendiri kene kuat.. eventho ammar meraung nk susu ibu, yana selalu kene ckp takde dh ke, sakit ke.. ape2 la.. ade org letak asam jawa, ade yg letak bwg putih yg blend tu sikit.. mcm2 la.. awal2 kene byk sabar aa.. jue penah tgk akak jue, menguji kesabaran tol..

Gud luck~ :-)

BIONIC WOMEN said...

yana..Dhiya baru jer putus susu badan.Dhiya fully breastfeed selama 2thn tnpa campur skit pun formula milk.saya buat secara psyco, mula2 saya kata saya sakit..tapi jarang2..so dhiya pun semakin tidak kerap menyusu dalam sehari.Kemudian saya sapukan bedak dengan skit air, bagitau 'milk-milk'(panggilahn dhiya utk breast)sakit, or susu busuk.mula2 memang kesian tambahan Dhiya langsung xnak formula milk, mcm2 brand saya cuba, doc suh bagi fresh milk jer..
yana senang sebab ammar memang dah minum formula milk.
kemudian Dhiya mula demam..sian sgat, berat mula susut..so saya bg susu malam shj, siang x bg..malam pun saya kurangkan kekerapan dengan kata saya sakit..
Alhamdulillah skang trus dhiya xnak..kalau saya tnya nak milk2 x? dhiya akan kt..cannot, milk2 sakit..mama sakit...
lega hati saya..Dhiya pun dah start amik formula milk skit2.
*saya cuma sapu bedak campur sedikit air sebab senang nak ilangkan, lagipun baby nih kita xleh paksa sangat, kalau dia wat x paham cakap nak jugak milk2, saya bleh sapu jer..kesian jugak kan?kalau isi kunyit, warnanya lekat..macam paksaan plak kat anak..

IbuHanna said...

Yana, kes kita sama la..my doter bulan 6 nti genap 2thn. dh plan gak nk wean sket2..tp dia still lg nk nenen, nk nenen even dh mkn or minum susu. saya pun smp dh sakit2 pgg, senget2 dok b/f anak mlm2..tp dr aspek lain, mmg puas hati sgt dpt b/f smp tahap ni. masa b/f la bonding kita dgn anak kan..sgt2 sweet & valuable moment la..ada dgr org letak garam la..he heeee mcm2..

Oyis said...

kita pon tgh oikir2 mcm mana nak buat ni. bulan june ni aisyah 2 tahun. buat masa ni dia masih enjoy breastmilk, and x minum susu lain selain susu badan tu la. mmg nak kena cekal hati betul nih. good luck to the both of us and the rest yg nak wean susu badan. nostalgik sungguh moment2 menyusu huhu

Nana said...

saya penah gak wat entry pasal nk stop bfeed ni hehe..klw sudi nak baca...meh la

http://ibudamia.blogspot.com/2010/04/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html

fazilzura said...

TAHNIAH . tingin nak full bf akil smp 2thn, tp pe kan daya .. smpat smp dia 9bln jek ..

ibu , kalau selagi bley .. x pe , terus je... susu bdn kan bnyak khasiat.. atau leh kurg kan .. time mlm , or pagi jek.. cmtuh ler.. take time

Elyn said...

rindu pulak nk bf wafiq bile baca entry u ni yana!!

masa i nk stop kan bf.... i bagi malam je..... then slow2 malam i ajar wafiq mnm susu btl b4 tido. dalam 2 mnth gak baru leh stop terus.....

mummy_adam said...

adam pun dah nak 2 thn.. mula2 pk nk stop kan jgk bf tp sama mcm yana ckp, nnt mesti rindu kan.. so i decided xnak stop, smpai dia sendiri yg nak stop.. xsampai hati lah nak letak mcm2 supaya dia stop :(

akmafaizal said...

elok le susukan badan tu..anak2 jadi pandai. biarkan derang berenti sendiri je...

Rakan Farmasi said...

Akak pun menyusu anak akak sampai hampir 2 tahun. Dia enjoy sangat menyusu. Bagi ibu-ibu yang ingin putus susu, boleh cuba petua ini:
a) bagi anak-anak belajar minum susu dari botal atau cawan sebelum mulakan proses putus susu. Semasa anak-anak minum dari botol atau cawan, sentiasa bersama di sisinya, beri si anak perhatian yang sama seperti dia masih menyusu badan. Kebanyakan anak-anak suka menyusu badan atau 'terlekat' pada susu ibu kerana keperluan emosi anak-anak.
b) Beri ganjaran yang sepatutnya apabila dia berjaya minum dari botol atau cawan.
c) Sentiasa sediakan benda-benda (alat mainan atau makanan) kegemaran anak-anak dan gunakan untuk 'distract' anak apabila dia terasa ingin menyusu.
Semoga sharing ini membantu ibu-ibu yang ingin putus susu.
'distract' anak puan-puan bila dia rasa nak menyusu. Bagi d

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop