@ New Contest

Monday, May 31, 2010

Esok nak lancarkan satu contest. Contest ni lain dari yang lain. Sangat mudah tapi perlukan sumbangan ikhlas daripada korang. Tunggu ye esok!! 



P/s: Sekarang di Jitra, Kedah. Tengah sibuk letak gula-gula dalam bekas gift. Teringat zaman nak kahwin dulu. Hehe. Ini practice dan ambil pengalaman untuk kenduri Ammar nanti. Keke.

@ Wajah Baru - Makeover

BabyIbu dalam wajah baru. Ibu pun tak perasan alih-alih dapat ramai komen pasal rumah baru ni. Hehe. Apa pun sangat puas hati. Kali ni Ibu dapatkan design daripada Jiji. Jiji sediakan perkhidmatan untuk header dan juga untuk satu page macam Ibu punya ni. Harga pun berpatutan. Sesiapa berminat bolehla usha blog Jiji ni.




P/s: Maaf la Jiji kalau saya sangat cerewet..huhu. Apa pun two thumbs up for Jiji.

@ FaceBook la

Saturday, May 29, 2010

Banyak sangat message la notes la pasal iklankan barang di Facebook. Siap kena tag di gambar barang. Sangat tak suka. Penuh email dengan sembang-sembang orang pasal barang. Huhu.

Oh ya. Malam ni Ibu balik Kedah. Cuti panjang sebab adik nak kahwin. Jumpa ya orang Kedah.

@ 777

Friday, May 28, 2010

Ibu suka nombor 7. Pada mulanyanya nak buat contest. Siapa yang dapat capture Follower 777 akan dapat hadiah. Tapi sayangnya tak sempat pula. Ibu sangat sibuk last week. Tengok-tengok dah pun 777. Ini Ibu sempat capture:


Di kesempatan ini, BabyIbu nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih atas sokongan semua. Luv u all.

P/s: Selamat Hari Wesak dan selamat bercuti - ramai balik kampung kan minggu ni - kami balik esok..yeayyy...

@ Deko bersama IKEA - part 2

Thursday, May 27, 2010

Ok ni part 2 pula. Kesinambungan daripada part 1 hari tu:

PORTIS Hat Rack (RM99) 
Tempat letak helmet, sweater dan juga tudung (senang nak sambar bila nak keluar)

PORTIS Shoe Rack (RM89) 
Beli ni sebab matching dengan yang atas. Jadi letak atas bawah tepi pintu keluar.

NORBO wall mounted drop leaf table (RM149) 
Meja ini boleh ditutup bila tidak digunakan. Sesuai untuk dapur yang tidak banyak ruang.

Jeff Folding Chair (RM33)
Kerusi warna putih. Tidak dicadangkan beli sebab mudah jatuh bila Ammar panjat naik. Satu dah pecah sebab jatuh jadi kami minta ganti. Dapat voucher so kami beli kerusi kayu dua tu. Kerusi kayu tu beli di area As If. Dapat dalam 50% (daripada RM200++ jadi RM100++) - sangat kukuh dan stabil


Shelf gantung (tak ingat harga). Harga shelf dan kaki berlainan. ada satu lagi warna hitam di ruang tamu tapi lupa ambil gambar. sangat praktikal tapi susah nak pasang.


ANTONIUS (juga tak ingat harga)
Actually benda ni empat tingkat. Sebab tak muat kena potong satu. Itu yangada bakul lebih letak beras.

Oklah setakat ni. ada lagi beberapa tapi lain kali la ye. adios.


@ Fridge Magnet

Dulu masa kecil-kecil Ibu suka kumpul setem. Bila dah remaja, Ibu kumpul novel dan majalah. Tapi sejak dah kahwin, Ibu suka kumpul fridge magnet pula. Macam best bila tengok banyak-banyak kat fridge. Ia juga merupakan satu kenangan ke tempat yang kita lawati. Setiap kali Ayah outstation mesti Ibu pesan satu - Mama and MIL pun akan pesan juga. Kira dah jadi hobi bersama. Tapi yela collection Ibu baru sikit. Takpe, nanti Ayah pergi beli lagi ya.

@ Mehla join

Wednesday, May 26, 2010

Korang ada FB?Pernah dengar networkedblogs?  Dengan register kat sini, setiap kali anda update blog, die akan announce kat FB kita. So sertailah ye. Bagi yang ada FB, mehla follow BabyIbu. Kalau nak Ibu follow balik, tinggalkan link di komen ini ya. Tq...

@ Deko bersama IKEA - part 1

Tuesday, May 25, 2010

Kawan Ibu cakap rumah Ibu dah macam disponsor oleh IKEA sebab banyak barang IKEA. Yelah rumah 10 minit je dr IKEA. So asal lalu, singgah. Bila dah singgah, ehem, apa lagi - belilah. Huhu. Meh Ibu tempek sikit gambar. Sila abaikan barang yang bersepah-sepah yang menjadi background gambar. Ibu letak nama sekali eh kalau ada dan harga Ibu letak harga asal. Masa beli murah sebab Ibu tunggu sales/promotion baru pergi.

Set meja (tak ingat nama - harga asal dalam RM49 - harga beli RM15)

Trofast Series (Storage box biru RM19, Putih RM16, Penutup RM5)

Safety Plug (RM8.90) - Bagus untuk elakkan anda bermain dengan plug

GRUNDTAL towel holder (RM49) - sangat bagus untuk letak towel dan telekung

MARKOR TV BENCH (RM1159) - Ibu dapat harga RM389 je

MARKOV Bookcase (RM1299) - Ibu beli RM800 - sekali lagi pesanan penaja, buat-buat tak nampak la buku yang bersepah itu ye

Kalau MARKOV series ni kayu die elok dan solid. Sesuai le nak letak benda berat mcm tv dan buku. Oklah esok sambung lagi ya.

@ Nak tahu pasal contest sikit ni

Ibu ingin anjurkan satu contest bulanan kecil-kecilan (selain Giveaway - yang lebih besar). Jadi, Ibu ingin nak tahu beberapa perkara pasal contest demi memantapkan lagi contest yang bakal dianjurkan. Diharap semua sudi luangkan masa untuk menjawab soalan di sidebar Ibu ni eh. Tq in advanced.

@ NUK - Hadiah

Masa pergi Expo Parenthood tahun 2008, Ibu beli botol susu untuk Ammar. Masa tu register untuk NUK Baby Club. Tak sangka mereka ini sungguh aktif. Memang brand lain tak lawan punyalah. Tiap-tiap tahun hantar artikel (setahun adalah 2-3 kali) dan hadiah birthday untuk Ammar. Tahun lepas kasi hadiah 3 sudu warna-warna. Tahun ni berus gigi. 


Patutnya semua brand terutama diapers dan susu (bulan-bulan melabur dekat ratus tu) kena aktif macam ni la juga.Barula kita sayang. Tak gitu?

@ Shoutbox

Monday, May 24, 2010

Ramai suka tinggalkan jejak di shoutbox. Tapi Ibu jarang sempat nak baca. Seminggu sekali baru nak belek. Tapi feature shoutbox sekarang Ibu tak puas hati la. Ini adalah shoutbox di BabyIbu:


Tapi Ibu tidak puas hati sebab beberapa perkara:

  • tidak boleh nak reply terus di sesuatu komen tu so nak kena scroll atas bawah (pening nak me'reply')
  • bila dah banyak sangat komen, older post die sikit je yang boleh archive balik
So memang selalu la Ibu jarang dapat membalas komen di situ. Sebab tensen nak scroll sana sini. Maaf sangat-sangat pada semua. So, di kesempatan ini Ibu nak tanya. Ada sesiapa ada link ke shoutbox yang lebih baik featurenya dan memudahkan kita untuk me'reply' komen?

@ Sila semak nama anda

Kepada peserta BabyIbu Giveaway: SecretBargains, sila semak nama anda ada tak dalam senarai ini. Senarai ini dihantar kepada juri. Sila juga semak sama ada anda telah memenuhi syarat penyertaan (seperti letak banner di sidebar dan link2 yang sepatutnya) untuk mengelakkan penyertaan anda dibatalkan. Ini adalah senarai terkini (24/5/2010):
  1. http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  2. http://zaikulim.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  3. http://afazilzura.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  4. http://busanaeila.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  5. http://awjan84.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  6.  http://catchupcontest.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  7. http://missniz4.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  8. http://onshoppershop.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  9. http://suzie284.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  10. http://izancute.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  11. http://segalanyerkuterima.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  12. http://cadlynn.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  13. http://violetgloves.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  14. http://rechoncho.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  15. http://usharapa.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  16. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  17. http://nisajijah.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains_28.html
  18. http://kokoadik.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  19. http://aishah-megahasz.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  20. http://imalife.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  21. http://shaparin.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  22. http://secondtimeparenthood.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  23. http://adamnigina.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  24. http://atoyis-san.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  25. http://asma-rizal.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  26. http://erynaraisyajoincontest.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  27. http://ilhanryan.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  28. http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/05/baby-ibu-giveaway-secret-bargains.html
  29. http://ummuabdullahdanhajar.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  30. http://diari-maklong.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  31. http://asfaliza.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  32. http://sujuez.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  33. http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  34. http://mamaawisy.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  35. http://nieylanadia.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  36. http://arielaina.blogspot.com/
  37. http://adyshariz.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  38. http://narizan.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  39. http://thehoneybunch.blogspot.com/2010/05/baby-ibu-giveaway-secret-bargains.html
  40. http://asfaliza.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  41. http://tiefazatie.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  42. http://shiedashaeda.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  43. http://anato1608.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html?zx=396b34045394befa
  44. http://yanadzulcontest.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  45. http://aimymardhiah.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  46. http://meluvdcontest.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway.html
  47. http://thesnowwybear.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  48. http://wansteddy.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  49. http://mama-sohayl.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveawaysecret-bargains.html
  50. http://sukasukadotcom.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html
  51. http://show-me-the-love.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secret-bargains.html
  52. http://kisah-ahmoichantek.blogspot.com/2010/05/babyibu-giveaway-secretbargains.html

@ Must watch

Sunday, May 23, 2010

Dapat from my friend, emy di FB. Video clip yang sangat lucu alkisah seorang anak meluahkan perasaannya sempena hari Ibu.  Layan jelah di petang ahad ni.

@ Sales di Ikano - sampai 23 Mei 2010

Ibu pergi Ikano belikan DVD untuk kawan Ibu di UK. Alih-alih ada sales pula. Ada FOS sales depat Cold storage Ikano (tapi Ibu tak masuk tengok pun sebab nak cepat). Sebelah die pula ada jual peralatan dapur dan barang hiasan.. MIL masuk Ibu pun join. Memang murah sampai 70%. 



Menurut MIL, pakar membeli pinggan mangkuk - memang berbaloi. Tapi lupa pulak nak check brand apa.


Ibu beli mangkuk bulat kecil belah kanan di gambar bawah. Satu RM20. Ibu beli 2. MIL beli sudu-sudu di atas.


Ramai yang borong sebab murah sangat. So sape dok area situ bolehla serbu.

@ Terima Kasih

Saturday, May 22, 2010

Terima kasih kepada semua kerana sudi menyertai BabyIbu Giveaway: Secret Bargains. Sokongan anda sangat dihargai. Para juri tengah buat penilaian. Insyaallah keputusan akan keluar pada 1 Jun 2010. Tunggu!!

@ Penyangkut tudung ala di Kedai Ariani

Friday, May 21, 2010

Ibu sekarang kan peminat tudung macam Ariani dan Munawarah. Masalahnya ialah untuk menyimpan. Ibu tak suka lipat nanti jadi peronyok sikit. Nak gantung kat penyangkut tudung IKEA takut terpenyek pula kepala die. Sekali ibu pergi rumah mak cik, ahaa terjumpa solution. Taraa..


Ibu pun pesan kat die. Die beli kat kedai borong (Ibu pun tak pasti di mana). Satu RM2 (satu plastik tu RM20). Ayah kata mahal. Mahal pun mahal la. 


Jeng-jeng. Saje susun ikut warna konon-konon kat kedai Ariani. hehe.

@ Terpilih - Youthsays

Thursday, May 20, 2010

Ingat tak Ibu buat pengumuman pasal projek Uncovering the voices of young, Malaysian Malay Housewives. Alhamdullilah Ibu terpilih. Bai yang tidak terpilih, takpe nanti kalau die buat lagi Ibu akan warwarkan. Nama projeknya Beautiful Woman Diary.


Peserta yang terpilih akan dibayar RM300 seorang dan ekstra RM500 akan diberi pada blog terbaik. Blognya adalah rahsia kerana soalan-soalannya memerlukan jawapan yang agak sulit (dari hati ke hati gitu). Satu hari empat soalan diberikan. Peserta kena buat entri berdasarkan soalan-soalan tu.Hari ini dah hari ketiga dan alhamdullilah Ibu berjaya jawab semuanya walaupun dalam keadaan tak sihat. 

P/s Thanks Monica for the opportunity dan terima kasih juga pada Nana yang bagitahu projek ini pada Ibu.

@ BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

Dah lama nak join contest ni tapi tak sempat. Sibuk sikit sekarang jadi nurse. Huhu. Contest ini dianjurkan oleh mekchu.

Gambar yang dipertaruhkan diambil semasa pergi Cameron Highland tahun lepas. Gambar ini dipilih sebab rasa macam happy bila tengok gambar ni. Ammar suka betul letak kepala kat situ. Tersengih-sengih die. Penat kawan-kawan yang lain panggil nama die nak suruh tengok kamera.


Nama glamer: BabyIbu
Tarikh: 30/10/2009
Tempat percutian: Cameron Higland

Tarikh tamat adalah hari ni. Cepat-cepat sertai. Maklumat lanjut KLIK SINI.

@ JCard Day di One Utama - borong jangan tak borong

Wednesday, May 19, 2010

Ibu dah terlepas JCard Day di One Utama bulan Mac lepas dan di Midvalley baru-baru ni. So kali ini wajibla pergi. Tapi pergi sekejap saja sebab Ayah tak sihat. Kali ni tak ramai orang sangat pun. Mungkin sebab tak gaji lagi.

Ibu kali ni pergi beli baju Ammar. Baju yang satu set untuk siang dan malam serta jeans (pendek dan panjang) untuk jalan-jalan. Dulu borong kat pureen tapi Ammar dah takde saiz. Seperti biasa mesti sembat baju Poney. Dapat dua helai. Ibu suka brand Poney sebab kain die sedap dipakai. 

Ammar sabar menunggu

Paling best rasanya toys. Sehingga 70% untuk mainan. Ammar dapatla laptop baru. Tapi memang ramai la borang sebab mainan yang berjenama seperti Vtech dan Fisher Price sampai 70%. Barbie dan Hot Wheel pun ada juga. Sori tak sempat ambil gambar sebab nak cepat.

Untuk Ibu, macam biasa sambar Scarlet (korang tahu la kan beli apa) dan sepasang kasut bertutup. Senang nak naik motor. Kalau pakai sandal biasa sakit bila kena batu (alasan beli kasut baru nih - hehe). Baju tak tengok pun. Banyak 70% tapi tak sempatla nak belek lagi nak cuba lagi. Ayah pula beli baju dan seluar kerja. 70% juga. Memang berbaloi.



Masa nak pergi claim voucher, ada pulak lelong beg (Happy Hour) kat kawasan bawah. Tersangkut la pulak. Ibu beli beg nak pergi travel. Beg lama dah patah tempat pegangnya. Oklah 70% jadi tinggal RM139 je. (Beg dah beli tiket tak boleh booking2 lagi - huhu).


Inilah barang-barang yang dibeli hari ini. tak sebanyak masa pergi JCard last year. Ayah kata bankrup Ayah asal datang JCard Day ni. Tapi Ayah pun mengaku berbaloi-baloi.

Beg travel

Sumbat barang dibeli dalam beg

So apa lagi. Esok last day. Sempat lagi nak borong apa-apa yang patut.

P/s: Oh ya, LCD 42 inci dijual 50% (dari RM3199). Ramai borong.

@ Free La Sangat

Tuesday, May 18, 2010


Em malas nak cakap banyak-banyak. Iklan gempak habis. Kata free tapinya nak buka website lembab nak mampus. Lepas boleh buka, berapa kerat je yang ada freenya. Itu pun separuh nyawa Ibu klik satu-satu. Sabar jelah. Itulah namanya pun free kan. Huhu.


P/s: Ada sesiapa kerja Airlines boleh kasi Ibu discount best2 tak? nak pergi Hong Kong ni..huhu

@ Saya suka Victoria Secret

Ibu mula kenal Victoria Secret masa Ayah belikan Ibu EDT Sweet Temptation Secret Garden. Masa tu Ayah outstation ke US. Dan ya masa tu Ibu masih tak tak tahu apa itu VS, Coach, LC, Nine West dan sebagainya. Jadi apa Ayah beli Ibu suka je (bukan suka je tapi ala-ala sengih-sengih sambil cakap tq). Ayah pergi tahun 2006 kalau tak salah Ibu dan belikan Ibu EDT Victoria Secret, handbag NineWest dan seluar jeans Levi (yang sampai sekarang tak padan sebab besar - huhu).

Berbalik pada Victoria Secret, sejak itu Ibu jadi peminatnya sebab sangat wangi. Rupa-rupanya baru Ibu tahu kat Malaysia ni takde kedainya. Kalau nak beli pun kena cari online atau ada jual sikit-sikit kat mana-mana kedai. Last year, Ibu pesan kat kawan, Body Mist dan Hand and Body Lotion. RM30 je beli kat negara Arab sana. Tapi yelah, die pun pesan kat kawan mak die, maka susahla nak pesan selalu, sekadar tumpang-tumpang jelah.

Baru-baru ni Ibu cari lagi, ingat nak pesan kat kawan Ayah kat Saudia. Tapi die tak jumpa katanya. Kemudian Ibu pun memulakan pencarian secara online. Rupa-rupanya wangian yang Ibu suka dah discontinued di US. Huwaaaaa. Boleh pulak camtu ye. Nasib baik jumpa satu blog jual Victoria secret ni. Dia ada stok. ibu pun apa lagi borong sakan.


Ibu beli Sweet Temptation EDT, Body Wash and Body Lotion. Puas hati. ini kira stok 2-3 tahun punya. Kepada yang berminat boleh layari Victoria Secret Heaven atau kalau nak free masuklah contest Ibu ada hadiah EDT VS.

Confirm wangi ni

@ Bersedialah para wanita

Monday, May 17, 2010

Got this from FB. Very funny and maybe very true. So marilah kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi makan bola, tidur bola ni. Huhu.

P/s: Last World Cup, Ibu tak kahwin lagi. Tak tahulah macam mana gayanya nanti. sekarang pun ala-ala bebola dah. Huhu

@ Reminder To All

Pesanan pada semua, jangan lupa sertai BabyIbu Giveaway: Secret Bargains. Tinggal 4 hari je lagi. Hadiah sungguh menarik. Rugi kalau tak masuk. So tunggu apa lagi. Jom!!!




@ My Google Adsense Earning

Sunday, May 16, 2010

Em one of the reader minta Ibu tunjuk sikit Ibu punya Google Adsense. Ini betul tau bukan tipu. Lambat lagi pun boleh keluarkan duit sebab die kena USD100 baru boleh checkout. 6 kali keluar Nuffnang baru boleh keluar Google Adsense ni. Syaratnya: blog anda hendaklah ditulis dalam bahasa Inggeris (campur-campur pun boleh) - macam blog BabyIbu ni takdela hasilnya. Earning ni dari blog Ibu yang lain yang dirahsiakan identitinya. Sebab apa rahsia? Rahsia jugalah - Huhu.


Macam tunggu buah durian jatuh nak dapat USD100 - keke - bila dapat leh senyum lebar sikit..hehe..

P/s: Kesimpulannya, kalau nak buat duit daripada blog memang boleh sangat-sangat. Cuma kena gigih betul-betul (Ibu tak berapa gigih - part time only - duit pun masuk part time jelah - hehe)

@ 'Men'

Saturday, May 15, 2010

'Men' mengikut kamus Ammar ialah Ultraman. Ini adalah kesan selalu tengok cerita Ultraman di rumah Grandmanya. Sejak minggu lepas dah pandai fire-fire sambil tepuk dada bagitau yang die tu 'Men'. Sabar jelah. Siap tergolek-golek ala Ultraman kalah lawan dengan raksasa. 

'Men' pakai pistol - Ibu cakap mana 'Men' pakai pistol terus nangis

Walaubagaimanapun, cerita Ultraman telah diband oleh ayah sebab Ammar telah men'fire' Iman (anak kawan baik Ibu, Reen - yang baru pandai jalan) sampai tergolek. Sori la Iman, Ammar ingat Iman ni geng 'Men' die agaknya. Huhu. So bye-bye to 'Men'.

'Men' yang tak sihat 

P/s: Kesimpulannya di sini: Sila pantau cerita anak anda tengok di TV. Pengaruh TV sangat kuat pada anak-anak tanpa kita sedari. Huhu. 

@ Dah lama teringin

Friday, May 14, 2010

Ibu dah lama teringin nak buat photobook ni. Cantik je kan tapi itulah mahal. Ibu teringin nak buat untuk Ammar. Letak gambar dari lahir sampai sekarang. Sejak zaman digital ni, semua gambar terperap dalam lap top. Ada juga print tapi kemana-mana tah.


Tengah blogwalking, Ibu nampak ada contest daripada KedaiGambarKami. Hadiahnya adalah free photobook. Erkk macam best je kan. So ni Ibu nak sertai la ni. Contest apa? Jadi top referrer dan menang photobook.


Untuk sertai sila ke KedaiGambarKami, maklumat lanjut pertandingan sila KLIK SINI.

@ Anda surirumah? Peluang untuk anda di sini




Update: Penyertaan sudah ditutup. Harap Maklum.

Research Project: Uncovering the voices of young, Malaysian Malay Housewives




Challenge:
Many products and services do not meet the real needs of the new generation of Malaysian Malay housewives. Too many stereotypes, their unique voice needs to be heard!



Solution:
We are choosing a mix of 15 Malaysian Malay housewives (with kids) under the age of 35 to form a panel.



Each mom will be paid RM 300 to share their thoughts on 7 topics from the comfort of their home.
One topic a day, 15 minutes a day, via a private blog we set up for them, or email.

On top of the RM300, one of these moms will walk away with an extra bonus of RM500 at the end of the week.



The candidates need to have at least one child, and must be STAY AT HOME MOMS (who do not have full time jobs). Writing in English / Malay is fine. The project is conducted and paid for by a trusted professional research agency.
Know anyone for the project?
Please call MONICA : 012-9612827 now if you know some moms, or if you’d like to apply. We need to confirm these moms by Sunday 16th May, midnight.

@ Today Ups and Downs

Thursday, May 13, 2010

Downs

  • Ammar demam dan batuk
  • Ibu pun demam dan selsema
  • Terantuk di kabinet - dahi bengkak sakit
  • Memory card handset rosak - habis gambar dan bahan untuk blogging


Ups

  • Dapat hadiah Top Referral dari Byzura
  • Ingat tak Ibu pernah cerita pasal temuduga SLAB/SLAI? Alhamdullilah Ibu dapat. Semalam Ibu dapat call. Nanti Ibu cerita detailnya ye.
Oklah nak sambung golek dengan Ammar. Kesimpulannya, Allah itu Maha Adil. Diberi sakit sana, diberi lebih sini. Kita kenala bersyukur dengan ujian dan pemberiannya.

@ Tak Adil

Wednesday, May 12, 2010

Pernah ke korang alami situasi begini - 

Ada orang tu marah/selisih faham/tak sependapat dengan one of your family member (contoh hubby, parents,pil). Kemudian, dengan anda-anda sekali mereka tak nak cakap atau bertegur sapa. Siap buat muka lagi. Padahal sebelum ni sembang baik, senyum bagai. Pernahkah?

Ibu rasa ini tak adil dan Ibu sangat tak suka. Apala salahku dibuat begini padahal seumur hidup Ibu sangat menjaga hati dan perasaan orang. Huhu.


Sumber: as stated

@ Ni sape takde keje ni?

Tuesday, May 11, 2010

Lelaki mana yang tidak ada kerja buat ni? 

Emm nasib baik la matematik Ibu agak hancur kalau tak sudah kukeluarkan equation baru. Huhu. Lelaki kena sedar, diorang hanya perlukan masa dan wang tapi kita ni perlukan masa, wang (nak dressing lawa-lawa), effort (belajar masak la, belajar itu ini mengikut kriteria yang diorang nak) dan pengorbanan (kena jaga hati die dan juga hati sendiri - ni kes sendiri merajuk sendiri pujuk). Makanya (ada setuju?) - keke

@ Dari CIMBClicks ke Tabung Haji

Monday, May 10, 2010

Daripada poll menabung hari tu, ada yang tanya macam mana nak transfer daripada CimbClicks ke Tabung Haji secara schedule payment. Maknanya, anda boleh set tiap-tiap bulan potongan ke Tabung Haji. Ok mudah saje. Mula-mula log in ke http://www.cimbclicks.com.my/. Perg ke Manage My Accounts.


Kemudian, pilih Schedule Transactions.


Kemudian pilih Schedule Bill Payment. Dari situ pilih la Lembaga Tabung Haji sebagai Payee (boleh juga diset sebagai favourite dari awal). Masukkan no akaun dan juga no IC anda. Anda boleh set berapa RM dan juga berapa bulan nak schedulekan transfer tu. Mudah kan? Nanti bila ada masa baru pergi update buku Tabung Haji tu. 


Lepas ni nak set untuk ASB pula. Belum cuba lagi. Senang sebab harap nak pergi bank tu nak masukkan tiap-tiap bulan susah la pulak kan. Lain le korang kerja tetap boleh buat potongan gaji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop