@ Cita-cita dan Anak

Tuesday, May 4, 2010

Masa kecil, kita selalu disogokkan dengan soalan, "Dah besar nanti nak jadi apa?". Dan kita juga ditrain menjawab, nak jadi Doktor la, Engineer la, Polis la. Padahal time tu bukan ketahuan sangat pun skop kerjanya. Selalunya kita dipengaruhi oleh sekeliling sama ada kerja mak ayah atau pun sanak saudara. Ada juga yang jenis mak ayah dah train dari kecil - nanti besar jadi Doktor tau.

Apa yang Ibu tengok, ramai parent expect tinggi pada anak-anak mereka. Nak anak mereka berjaya dan menjadi 'orang besar'. Itu memang standard la kan.Tapi ada sesetengah yang terlampau takzub sampai memaksa anak membuat sesuatu di luar kemampuan diorang sendiri. Paksa anak baca buku siang malam. Pergi tuisyen sampai balik malam budak tu melepek.


Kadang-kadang parent kena sedar, setiap orang ada limitation dan kemampuan tersendiri. Kalau anak kita standard exam dapat C, janganla pulak marah-marah die dan banding dengan orang dapat A. Tak adil la kan. Walaupun kita kena rajin belajar, tapi parent kena sedar kadang-kadang 'kebijakan' tu diwarisi daripada genetik. Ada yang kuat study pun, tapi limited keupayaan die nak buat macam mana. Contohnya, kalau budak tu memang jenis lembab pick up, janganla nak marah-marah sangat sampai tensen, kita kena terima dan ajar setakat kemampuan dia.

Entri ni bukan nak bagitahu parent supaya tidak berusaha memajukan anak. Intipati sebenar ialah kita perlu memahami anak kita punya minat dan kelebihan. Kalau budak tu tak pandai dan suka matematik. Janganla paksa ambil engineering. Percayalah nanti masuk tahun dua budak tu menonggeng-nonggeng struggle nak study. Biarla mereka belajar sesuatu yang mereka yakin dan mereka suka. Tak semestinya ambil course tak gempak tak boleh berjaya.

Contohnya, my brother kat sekolah dulu sungguhla hampeh. Selalu dapat nombor last di kelas last di sekolah. Tapi Abah dan Mama tak pernah marah kalau result teruk. Cuma nanti buat janji, kalau die dapat nombor baik atau naik kelas, akan dapatla hadiah macam basikal ke apa. Bila keluar result SPM pun ok-okla. Pun Mama dan abah tak marah. Sama-sama berusaha pilih course yang my brother minat dan apa yang die suka. Alhamdullillah sekarang my brother dah jadi lecturer kat UITM dan tengah nak sambung Masters. Bak kata die, kalau cikgu sekolah menengah jumpa mesti tak percaya. hehe.

Contoh di atas menunjukkan tak semestinya kena jadi pelajar straight A untuk berjaya dalam hidup. Yang penting kita kena minat apa kita buat. Sebagai parent, kita kena bimbing anak kita dan dalami die untuk tahu minat dan cita-citanya. Bukan paksa die menjadi apa yang kita nak. So sama-sama la kita belajar menjadi parent yang baik. Jangan jadi sampai budak tak dapat straight A dalam UPSR pun bunuh diri (kes tahun lepas rasanya - huhu).

Kesimpulannya, kita bimbing dan didik anak kita jadi yang terbaik dalam dirinya. Nilai dan kenal potensi anak kita. Dan biarkan die menikmati hidup ini secara seimbang dengan gembira. Amin

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

BIONIC WOMEN said...

ibu@yana...
baca entry ni mengingatkan saya pada kes diri sendiri, masa sek rendah dulu saya antara pelajar cemerlang, so parent and sedara2 mara expect to be cemerlang selamanya..but at the same time ia membuatkan saya tertekan bila ada yg bising bila result saya kekadang tidak baik..huhu
dan bila saya parent saya tetapkan u maner saya kena masuk, course kena amik..sudahnya result diploma saya tdk cemerlang..huhu..but bila kawin husband faham apa yg saya minat buat saya bersemangat utk membaiki hidup..kesimpulannya anak2 memerlukan sokongan dan bimbingan bukannya arahan..

Oyis said...

betul kata2 yana. kena ingatkan diri sendiri supaya x push anak2 melebihi kemampuan mereka. yg susahnya, masyarakat kita suka betul membanding2kan kebolehan dan kelebihana anak2 dari awal lg, e.g. anak ko bole berjalan umur brp? dah pandai ckp apa? dah bole membaca ke? etc... lebih payah lg kalo ibu bapa nya pon ahli akademik or kalo keja besar2, mesti org expect anak2 nya berjaya dgn lebih lg. even before they were borne mereka telah diberi expectation yg tinggi! walahal Allah dah bg bahagian masing2 sama rata. kesian kan? semoga kita x terpengaruh, kalo x kesian anak2 kita...

Diyana Zulkifli said...

aku dl nk jd tukang jahit..hehe

Rugby rules said...

child is looking is very smart in the role of Mahatma Gandhi Ji..

Rugby rules said...

is the baby really know to read?

Rugby rules said...

here is a great stuff in this book which is learn by the child..

Nurziani said...

Salam ibu... my eldest is seven yrs old... he's smart tp x suka sgt menulis.. very frustrating at times bcoz sistem pendidikan kita very exam orientated.. we all selalu suruh dia tulis, tulis, mesti rajin n bla..bla..bla.. sampai satu pg tu dia ckpn kat i, mummy, enough.. i know.. masa tu cian sgt kat dia sebab kita paksa dia buat something yg dia x brp suke.. so now, i buat sume moderately... i xnak preassure2 dia sampai dia rebel n pastu give up.. lg susah kan... so i rasa d best is to accept our children as they are n just guide them along the way...

Nad @ MamaZN said...

thanks yana buat entry pasal ni
sedikit sebanyak bagi kesedaran pada saya jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop