@ Hasil undian anda

Tuesday, May 4, 2010

Korang perasan tak Ibu letak poll kalau En.Nuffnang tu tidur? Poll pasal medium apa yang menjadi pilihan untuk anda menabung bagi anak anda. Dah lama juga la Ibu letak. Ramai juga sudi jawab. Mengikut respon, 174 orang yang sudi menjawab. So meh kita tengok ye.


Wah, rupanya ramai yang menabung dalam Tabung Haji ye (44%). Yelah, senang siap potong zakat. Ibu pun potong duit bulan-bulan daripada Maybank untuk simpan dalam Tabung Haji. Buat schedule payment untuk 24 bulan. Senang, tak payah pergi bank in tiap-tiap bulan.

Kedua tertinggi ialah Amanah Saham Didik (16%). Dulu Ibu pun nak buka Amanah Saham Didik untuk Ammar. Tapi buat masa ni Ibu simpan duit Ammar di ASB Ibu dulu sebab dividen ASB lagi tinggi. Cuma kena simpan buku kira-kira la sikit berapa duit Ammar dan berapa duit Ibu. Hehe. Untuk Ammar, dapat special fixed dividen 10% tiap-tiap tahun (ni Bank Negara Ayah tetapkan).

Seterusnya ialah simpanan melalui Insurans (15%). Ini Ibu baru nak buat. Plan nak cari agen Prudential BSN tu. Ramai cakap yang ini reliable. Budget dalam bulan depan kot nak mula. Sekarang pakai Insurans syarikat Ayah untuk medical. Nanti nak ambil insurans untuk education Ammar pula. Yelah makin hari kos makin meningkat. Duit dalam bank tu, in case jadi apa-apa, sekejap je boleh habis.

Next ialah SSPN (12%). Mula-mula kurang berminat nak daftar sebab Ibu tak plan nak buat pinjaman PTPTN untuk Ammar nanti. Tapi memandangkan dapat pengecualian cukai, mungkin akan daftar juga. Hehe. Last but not least ialah simpanan di akaun bank biasa macam Yippie dan Nuri. Ibu daftar akaun simpanan Nuri di Bank Rakyat. Akaun ni untuk Ammar simpan duit syiling tabungan die. Budget nanti bila die besar, duit sekolah lebih-lebih tu masuk sini. Ini untuk ajar Ammar simpan duit dan juga untuk mendapat banyak free gift yang menarik (itu Ibu Ammar yang suka..keke).

Pendek kata, simpanla duit untuk masa depan anak kita. Sekianla ulasan ringkas daripada Ibu. Terima Kasih.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

BABY said...

saya suamiisteri termasuk 2 anak ada buat account prudential. tapi kami tak amik yg prudential BSN. Kami amik yang biasa. Ini cuma utk info babyibu ye Prudential BSN adalah lebih mahal utk beli benifit dari Prudential biasa.Sbg contoh kalau kita beli insuran dgn amount RM150 untuk pru biasa kita takakan dapat benefit yg sama dgn amount RM150 itu.

Lagi satu belilah dengan agen yang tidak banyak tipu muslihat. Saya dan adikberadaik telah mempunyai pengalaman seperti ini banyakkali. Kadang0kadang sengaja dikurangkan benefit yg kita perlukan selepas itu bila kita sedar kita perlu tambah amount lagi untuk benefit itu.kan rugi>>padahal dgn amount asal sebenarnya kita boleh dapat benefit itu!!

oh saya cakap bukan atas dasar kapasiti agen insuran tetapi pelanggan insuran ye..

kalau babyibu nak tanya lanjut pun boleh tapi jangan minta saya kenalkan dengan mana-mana ejen insuran sebab agen saya pun hampeh!! Saya cuma boleh bagitau benefit apa yg kami ambil untuk anak-anak kami etc etc

marilah kita berkongsi info kerana kita yg akan menggunakan insuran tersebut juga ia akan kekal sehinga berpuluh-puluh tahun!!!

sekian..ikhlas dari saya

fazilzura said...

ibu ..

akil pun zura bukakkan ASD.. pehtu tgh dok simpan nak masukkan tabung aji ..
and also prudential takaful bsn ..

duit dia lg banyak huhuhuhu

AshAnas said...

yana,cmne yana buat potongan dr maybank ke tabung haji, scheduled for 24 months tu? nk tahu gak... shira skrg kumpulkan (asingkan manually je), bila dah banyak br gi tabung haji...

isabelle said...

i sungguh x konsisten nak p bank in kan duit anak. maka simpan bwh bantal jer..
eh, i mean, dlm tabung jer...
bila la nak p bank in nie?

Diyana Zulkifli said...

aku buka tbg nuri ngan sspn.yg tabung nuri tu,aku yg excited bw tabung mia ali pi bank slaloo..sbb dpt mcm2 free gift..haha. mia pun pantang nmpk apepun yg bley disumbat dlm tabung tu,suma die tojoh masuk..bile bukak,kkdg biskut die pun ade..huhu

kinna said...

sy awal2 lg dh buka akaun sspn utk dua2 anak w/pon tak bercdg nk amek ptptn utk mereka. sspn untung utk potongan cukai.dpt jimat byk jugak selain menabung utk education diorg.
tabung haji part husband utk menabung anak2.
insurance setakat ni prudential juga. tp br buka utk sorg anak.
didik pon untung..sy rasa drp buka akaun kt bank biasa, baik buka sspn/th/insurance/didik..*my humble opinion*

Oyis said...

kita simpan ngan prudential. satu tu aje, sbb malas nak handle byk2 akaun sana sini. plus kena fikir jg utk keadilan anak2 yg lain (kalo ada la lps2 ni, hrpnya ada la). kang x adil la utk kakak aisyah ada byk akaun, amaun pon byk, tp adik2 esok x sempat nak menabung. tu yg what me & hubs agree on lah :)

Rugby rules said...

your post is very good and unique contents, i have checked your contents..

Rugby rules said...

nice post really you have..

lin said...

utk sara baru ada 2..tbg haji dengan asd..sspn tu cm tak tegerak hati lagi nk buka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop