@ JCard Day di One Utama - borong jangan tak borong

Wednesday, May 19, 2010

Ibu dah terlepas JCard Day di One Utama bulan Mac lepas dan di Midvalley baru-baru ni. So kali ini wajibla pergi. Tapi pergi sekejap saja sebab Ayah tak sihat. Kali ni tak ramai orang sangat pun. Mungkin sebab tak gaji lagi.

Ibu kali ni pergi beli baju Ammar. Baju yang satu set untuk siang dan malam serta jeans (pendek dan panjang) untuk jalan-jalan. Dulu borong kat pureen tapi Ammar dah takde saiz. Seperti biasa mesti sembat baju Poney. Dapat dua helai. Ibu suka brand Poney sebab kain die sedap dipakai. 

Ammar sabar menunggu

Paling best rasanya toys. Sehingga 70% untuk mainan. Ammar dapatla laptop baru. Tapi memang ramai la borang sebab mainan yang berjenama seperti Vtech dan Fisher Price sampai 70%. Barbie dan Hot Wheel pun ada juga. Sori tak sempat ambil gambar sebab nak cepat.

Untuk Ibu, macam biasa sambar Scarlet (korang tahu la kan beli apa) dan sepasang kasut bertutup. Senang nak naik motor. Kalau pakai sandal biasa sakit bila kena batu (alasan beli kasut baru nih - hehe). Baju tak tengok pun. Banyak 70% tapi tak sempatla nak belek lagi nak cuba lagi. Ayah pula beli baju dan seluar kerja. 70% juga. Memang berbaloi.



Masa nak pergi claim voucher, ada pulak lelong beg (Happy Hour) kat kawasan bawah. Tersangkut la pulak. Ibu beli beg nak pergi travel. Beg lama dah patah tempat pegangnya. Oklah 70% jadi tinggal RM139 je. (Beg dah beli tiket tak boleh booking2 lagi - huhu).


Inilah barang-barang yang dibeli hari ini. tak sebanyak masa pergi JCard last year. Ayah kata bankrup Ayah asal datang JCard Day ni. Tapi Ayah pun mengaku berbaloi-baloi.

Beg travel

Sumbat barang dibeli dalam beg

So apa lagi. Esok last day. Sempat lagi nak borong apa-apa yang patut.

P/s: Oh ya, LCD 42 inci dijual 50% (dari RM3199). Ramai borong.

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

sirna said...

takut nak gi Jcard, takut tak boleh control nafsu membeli yang banyak, tapi teringin sgt..tahun ni tak da pegi lagi..huhu

mummy_adam said...

i pun suka poney, cantik n kain nyer best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop