@ Study Mode

Wednesday, June 30, 2010

Kalau korang perasan dua tiga hari ni post ala suam-suam kuku je kan. Ini adalah kerana Ibu dalam study mode. Aih bukan senang nak dapat mood nak study ni. Sejak kenduri adik hari tu, mood study dah ke mana-mana. Penat nak cari balik. Bila dah dapat ni, Ibu kena la maintain dan fokus betul-betul. Ibu tengah settlekan literature review untuk buat modelling. Lepas siap modelling lega la sikit. Dah boleh develop. Lepas develop boleh la tambah adik Ammar   kena buat user testing. Akhirnya, writing. Chewah macam senang je bunyi. Nak buat modelling pun separuh nyawa ni. Keke.



Alhamdullilah Ibu dah dapat SLAB UM (Skim Latihan Akademik Bumiputra). Dulu Ibu dapat Skim Biasiswa UM (SBUM). Apa bezanya? SBUM tak attach dengan UM. Just dapat elaun bulanan dan yuran free tapi kalau SLAB attach dengan UM. Maknanya nanti lepas habis belajar kena kerja dengan UM - Insyaallah. 

Disebabkan ada sedikit masalah dalam pertukaran bidang pengajian, kontrak Ibu dapat lambat sikit. Tapi takpelah janji dapat. Ha Ibu baru tau elaun belajar sekarang tinggi betul ya. Lagi banyak dari gaji tutor. So kawan-kawan, meh la ramai-ramai sambung belajar. Selain tambah pengetahuan, duit poket pun dapat. Cuma bab 'pecah kepala' tu yang tak tahan. Agaknya sebab tu la kerajaan bagi elaun banyak. Nak suruh tampung kos 'pecah kepala' - kata orang Permanent Head Damage. Hehe. Klah tah apa-apa dah tulis ni. Otak tengah kerah idea nak siapkan literature review. Till then.

P/s: Lagi satu jam tarikh tutp contest "Warkah untuk BabyIbu" - cepat-cepat mari join ye..

@ Final Reminder



Final reminder untuk reader BabyIbu. Jangan lupa sertai Warkah Untuk BabyIbu. Ini hari terakhir. Penyertaan diterima sehingga 12 tengah malam ni. Sertai untuk menangi hadiah-hadiah yang menarik di bawah ni. Maklumat lanjut KLIK SINI.


@ Tudung Ariani and Tudung Munawarrah For Sale

Tuesday, June 29, 2010

Memandangkan banyak tudung yang dibeli tapi tak terpakai, Ibu nak let go. Nampaknya bulan ni sesi mengosongkan almari. Di bawah disenaraikan barang-barangnya. Semua barang adalah original yang dibeli terus dari butik.

Harga berbeza kerana ada yang beli masa harga biasa, dan ada juga masa sales. d. Ada juga yang order time hari tu tapi tak jadi beli (huhu). Jika berminat just email babyibu at gmail dot com untuk perbincangan seterusnya. Harga tak termasuk pos and handling ya. Kalau beli lebih 3 baru free pos k. Selamat membeli!! (Warning: Sila abaikan model tu ye)

B007 - Tudung Ariani Hitam (pendek)


 Full Cotton
Awning Thai Silk
Saiz: S dan L
Harga Asal: RM 69

Harga Jual: RM 30

B008 - Tudung Ariani Kelabu (pendek) - SOLD


Full Cotton
Awning Thai Silk
Warna kelabu tahi anjing
Saiz: Freesize (labuh sama seperti B007)
Harga Asal: RM 69

Harga Jual: RM 30

B009 - Tudung Ariani Ungu Muda (pendek) - SOLD


Full Cotton
Awning Thai Silk
Saiz: M (labuh sama seperti B007)
Harga Asal: RM 69

Harga Jual: RM 30

B010 - Tudung Ariani Kelabu - Reserved


Full Lycra
Saiz: S
Harga Asal: RM 69

Harga Jual: RM 40

B011 - Tudung Munawarrah Turqoise


Full Lycra
Saiz: S
Harga Asal: RM 60

Harga Jual: RM 45

B012 - Tudung Munawarrah Kelabu Muda


Full Lycra
Saiz: S
Harga Asal: RM 60

Harga Jual: RM 40

B013 - Tudung Munawarrah Kuning Emas









Full Lycra
Saiz: S
Harga Asal: RM 60

Harga Jual: RM 45

@ Sponsor untuk contest bulan Julai

Untuk contest bulai Julai, sponsornya ialah BabyRuffkins. Bulan ni hadiah untuk mak-mak, bulan depan untuk anak la pula ye. Detail contest akan diberitahu kelak. Hadiah-hadiahnya ialah (saje kasi tunjuk kat korang sikit) lima permainan untuk anak-anak. Bersedia untuk sertai ye kawan-kawan.


bop n beats drum set





elc blossom farm soft bowling set

barney-foaming-fun-castlefp-pop-onz


fp-pop-onz

Satu lagi akan diberitahu kelak. Terima kasih BabyRuffkins.

@ Petua bila anak demam

Pertama kali Ammar demam panas masa berumur 7 bulan. Ya Allah panik je rasa. Tak tau nak buat apa. Memang Ibu pun rasa macam demam sekali. Mula-mula Ibu pakaikan stoking dan selimut, konon nak kasi kebah - yelah sebab bila Ibu demam kan kena kasi peluh-peluh then kasi kebah. Sekali call Tok Mama, kena marah - rupanya kalau baby lain pula caranya. Kena kasi badan sejuk supaya panas badan tu boleh keluar. 

Setelah beberapa kali Ammar demam barula Ibu tahu macam mana nak handle. Kira sekarang tak panik lagi. Meh sini Ibu share sikit petua pada bakal-bakal Ibu di luar sana:

1. Ubat
Pastikan di rumah sentiasa ada bekalan ubat demam. Suhu badan selalunya naik mendadak bila malam dan lebih panas bila time subuh. Kalau dah rasa anak kita demam, terus bagi ubat demam. Selalunya ubat demam 6 jam sekali. Pastikan timing tak miss. Insyaallah kalau bagi ubat tepat pada time dalam masa kurang 48 jam anak kita dah baik demam. Lagi elok kalau ada simpan ubat demam yang masuk bontot tu. Dr kata kalau anak kita panas sangat (dah sampai 40 darjah celcius - selalu time subuh boleh sampai panas macam ni) masukkan je ubat bontot. Ubat ni hilangkan panas dengan cepat.

Ammar tak suka makan ubat. Kena pujuk-pujuk sikit baru nak. Nasib baik la guna picagari, kalau sudu - alamat tumpah lebih.


2. Termometer
Kalau boleh belila satu termometer letak kat rumah. Tak kisahla yang jenis lekat kat dahi atau yang automatik letak kat ketiak tu. Bukan apa - nanti boleh check suhu anak. Kalau dah 39 darjah celsius ke atas boleh masukkan ubat bontot atau bawa ke klinik.



3. Basahkan badan
Sentiasa basahkan badan. Lap guna towel kecil atau lampin. Ammar tak suka Ibu lap-lap. Jadi kalau siang Ibu akan kerap mandikan die kasi badan sejuk. Kalau malam, Ibu guna tangan dan usap kepala dan badan die. Kalau nak lebih sejuk rendamkan air dengan asam jawa atau bunga raya. 

So far, itu jelah Ibu amalkan. Tapi kalau demam sangat panas tak turun-turun suhunya atau demam sampai nak masuk 3 hari, Ibu akan bawa ke Dr. Chua. Biar habis duit janji anak ibu sihat. Kan Ammar kan.

@ Kisah Hari Ini

Monday, June 28, 2010

Hari ni sangat sibuk. Kat fakulti uruskan a few things. Uruskan pasal RA dan juga pasal SLAB. Banyak betul prosedur nak kena buat. Sebab Ibu bz, apa kata pergi jengok blog kawan baik Ibu. Ada cerita pasal kami dulu kala. Ada gambar zaman tok nadok lagi. hehe. Enjoy!

Ammar dan Mia (Anak teruna Ibu dah pandai ambil gambar pegang bahu anak dara orang ni - huhu)

P/s: petang-petang sikit Ibu update cerita ya!!

@ Uptown Kota Damansara

Sunday, June 27, 2010

Malam tadi pergi ke Uptown Kota Damansara. Dekat je dengan rumah. Tidaklah sebesar Uptown Damansara yang popular dahulu tapi okla kalau nak jalan-jalan cari barang. Dibuka pukul 10 malam sampai 3 pagi. Ada jual beg, tudung, kasut, toys, jam dan macam-macam lagi. Tempat makan pun banyak. Kalau sesiapa dok dekat bolehla jalan-jalan. Kalau hari biasa, sikit sangat kedai yang buka tapi kalau weekend memang happening. Satu je tak best, die buat open karaoke. Suara penyanyinya agak ke laut dan menimbulkan pencemaran bunyi. Huhu. Peace!!

Kasut banyak - terutama Crocs dari China


Beg pun banyak pilihan

Tudung macam-macam jenis. Birai tu pun jual juga.

Ammar nak belon Spongebob tapi Ayah tak kasi. Mahal - huhu.

Adik Ibu je beli kasut dan beg. Ibu. Ayah dan Ammar cuci mata je. Ini Ibu kasi Map ke Uptown Kota Damansara.

@ Selamat Hari Lahir Mama

Saturday, June 26, 2010

Hari ni 26 Jun 2010 adalah hari yang istimewa. Hari ni hari lahir Mama. Alangkah seronoknya kalau boleh balik dan celebrate bersama. Tapi apa kan daya. Ibu hanya mampu telefon dan wish dari jauh sahaja. Semalam janji dengan adik-adik ingat nak telefon pukul 12 tengah malam sekali semua tertidur. Huhu. Pagi tadi baru call dan wish. 

Umur Mama tahun ni dah 54 tahun. Tapi kalau tengok Mama secara live, percayalah tiada siapa yang percaya. Mama memang awet muda. Kecil-kecil dulu selalu terfikir, kenapalah aku ni tak cantik macam Mama. Mama ni campuran Siam, Ibu tak dapat pula genetik tu. Pernah juga terfikir, aku ni anak angkat ke (masa kecil Ibu ni hitam, Mama pula putih). Siap pernah tulis surat letak di bawah bantal Mama. Kesian Mama, sedih dengan perangaiku. Kata Mama, kulit tu tak penting, yang penting anak Mama semuanya sihat. 

Masa kecil-kecil, sangat takut dengan Mama. Mama ni jenis yang tegas dan bukan touching-touching punya. Jadi lebih rapat dengan abah. Semakin besar, baru rapat dengan Mama. Mama dah menjadi kawan paling rapat di mana wajib telefon sehari sekali. Nasib baik ada Celcom family tu. Telefon free. Huhu. Kalau tak dulu memang boleh tahan juga bil. Bergayut tak ingat. hehe.



Di kesempatan ni, Ibu nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada Mama tersayang. Semoga Mama panjang umur dan murah rezeki. Ini gambar Mama dan cucu kesayangannya.


@ Anak bercakap?

Friday, June 25, 2010

Ramai yang susah hati bila anak tak boleh bercakap sedangkan anak orang lain yang sama umur sudah pandai berkata-kata. Bagi Ibu, takde apa nak dirisaukan sebab perkembangan anak ni lain-lain. Ada orang kata anak perempuan lagi cepat cakap dari anak lelaki. Ada juga kata budak yang duduk nursery atau ada kakak-abang lagi cepat cakap sebab mereka mendengar dan belajar dari situ. Banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan pertuturan anak kita.

Ammar pun takdela cepat bercakap. Sebelum ni cakap tapi sepatah-sepatah macam car, bird, lori, main, air, etc. Itu pun Ibu sentiasa amalkan ajar die. Contoh macam kalau nampak sesuatu, kita tunjuk dan bagitahu apa benda tu. Buat berulangkali lama-lama die tahu la apa benda tu walaupun mungkin die tak pandai sebut betul-betul (contoh: Ammar selalu sibuk yang akhir je). Bila masuk dua tahun baru die pandai gabung perkataan. Oklah slow-slow. Kita as parents kena banyak luang masa ajar die berulangkali sampai die tahu dan faham. Ni Ibu letak video Ammar (ramai yang rindu tengok Ammar kan - dah besar anak teruna sorang ni).



Anak ni lain-lain perangainya. Ada yang cepat belajar dan ada yang suka main je. Ammar pun kategori suka main dan kurang fokus sikit. So Ibu kena cari ideala nak tarik minat die nak fokus dan belajar. Apa-apa pun perkembangan anak kita, kita kenalah sokong dan fahami die. Jangan stress dengan apa orang kata. Nanti anak kita yang merana. Ini Ibu tempek carta perkembangan bahasa kanak-kanak untuk panduan semua:


@ Guna isyarat

Thursday, June 24, 2010

Entri pendek sebab sibuk sikit hari ni. Just nak share something Ibu jumpa masa Google. Menarik juga untuk diaplikasikan untuk anak kita terutamanya baby yang belum pandai bercakap.

@ Tengok Wayang: Back Up Plan

Wednesday, June 23, 2010

Ingat tak entri Ibu pasal dapat tiket wayang free daripada Nuffnang? Ibu pun pergilah tengok hari Isnin lepas. Tak tengok dengan Ayah (Ayah tak layan cerita romantik komedi ni). Tengok dengan my sis dan semestinya Ammar. Kitaorang sampai dalam 8.45 malam untuk ambil tiket.


Lepas tu pergi jalan-jalan jap kat The Curve. Pukul 9.30 kami pun masuk. Iklan punya la lama. 9.40 baru start iklan cerita akan datang. Sekali semua cerita ganas-ganas. Tembak-tembak. Ibu pun cuak juga. Bunyi sangat kuat. Takut Ammar menangis. Ammar cakap 'takut, takut'. Ibu tutup mata dan telinga die. Nasib baik tak marah. Sambil pujuk dah nak habis dah.  Alhamdulillah Ammar baik saje (mungkin sebab dah mengantuk). Starting cerita Back Up Plan ala-ala kartun so Ammar pun sibuk tunjuk 'kartun, kakak'. Kemudian tak sampai 5 minit die pun tidur. Lega Ibu.

Ceritanya pasal JLo ni single woman. Masih tak jumpa jejaka idaman. Dia kemudiannya decide nak pregnant guna penderma sperma. Hari yang prosedur percantuman itu dibuat, die jumpa dengan hero (yang sangat hensem). Nak dijadikan cerita hero ni berkenan kat die. So diorang mula dating. Jlo harap die tak pregnant sebab kadang-kadang 2,3 kali buat prosedur tu baru berjaya. Sekali die pregnant. Hero tu pula belum bersedia dan kurang suka idea ada anak. Tapi demi cinta die sanggup. Anak kembar pula tu. Kemudian ada kontroversi sikit dan biasalah akhirnya happily ever after.


Selain kisah romantik, kisah parenting juga diselitkan. Contohnya, hero tu jalan kat taman. Jumpa seorang mamat Negro ni. Cerita pasal pengalaman jadi parent. Hero pun tanya - macam mana perasaan jadi ayah. Negro tu jawab "Awful, awful, awful..then something magical happened and then awful, awful.awfu..and then something magical happened".

Katanya, sebab magical moment yang menyentuh hati inilah yang buat kita berbaloi bersusah payah besarkan anak. Bagi Ibu, ada betulnya. Kadang-kadang bila Ibu penat dan marah dok melayan Ammar, alih-alih Ammar datang panggil "Ibu" (dengan nada yang sangat lembut dan kiut), kemudian kiss Ibu. Terus Ibu rasa cair dan Ibu akan peluk dan kiss Ammar. Tak jadi marah.

Kesimpulannya. Cerita ni oklah. Tapi tak leh bawa anak yang dah besar tau. Ada sensored - banyak adegan JLo tunjuk body. Dalam pukul 11 lebih cerita habis. Ngam-ngam Ammar terjaga. "Habis" kata Ammar.

Muka budak baru bangun tidur dengan Mak Cunya

Ayah ambil kami kemudian pergi makan. Malamnya Ammar tak nak tidur sebab tak mengantuk. Padan muka Ibu. huhu.

@ Mari beli handbag, wallet dan wristlet jenama COACH, LC etc.

Kali ni Ibu nak jual a few items. Ada handbeg, ada wristlet dan juga wallet. Majoriti barang baru yang masih dalam kotak lagi. Hobi suka beli beg tapi disebabkan kerja sebagai surirumah dan pelajar (yang takde sape nak tgk dan takde tempat dan masa nak melaram), akhirnya semua dalam almari. Decide to let go sebab sayang tak guna dan Ibu ada perancangan nak beli benda lain (muahaha). 

Di bawah disenaraikan barang-barangnya. Semua barang adalah original yang dibeli terus dari butik dan juga ada yang beli online. Jika berminat just email babyibu at gmail dot com untuk perbincangan seterusnya. 

B001 - SOLD
Liz Claiborne Shiny Croco Wristlet in Black 





Convertible strap with gold tone snap lock slip at one end
Magnetic snap closure
Interior wristlet ; 1 handphone pocket, 1 slip in pocket, 1 centre zippered compartment, 1 backwall zippered compartment
Can be used by itself as a wristlet, clutch, or attach to your belt loop/purse
Approximately: 9 1/2″L X 5 1/2″H X 2″W, Strap 12″
Condition: New
Cun giler. Sayang nak jual tapi dah ada satu lagi wristlet.

Harga Jual: RM 130 (Di butik RM169)

B002 - SOLD
Liz Claiborne Heritage Mosaic Signature Flats 



Flats Boxed Zipped Around Wallet (bone) 
12 credit card slots
1 zippered coin compartment inside
Accordian style
8 "x 4"
With Box

Harga Jual: RM 90

B003
Coach signature pleated gallery tote - 14281



Color: khaki/chocolate
Coach Signature " C " Sateen Fabric with Leather Trim
Top Zipper Closure with Leather Pull
2 Side Pockets with Turn-lock Closure
Interior Large Zipper Pocket and Multifunction Pockets
Double Patent Leather Straps with 8 1/2" Drop
4 Metal Feet on Bottom For Protection
Measurement: L 12 " x H 8 1/4 " x W 5 1/2"
With COACH care card and COACH paper bag
*hang tag memang missing dalam package
sangat cantik cuma dah ada satu lagi COACH beg bersaiz sama

Harga Jual: RM599
Boleh bayar 2 atau 3 kali

B004 - SOLD

Coach Soho Signature New French Purse 42138 



Approx. Measurements: 4.5"(L) x 4"(H) x 1”(W)
Detail Brown Patent Leather Trim
12 Credit card Slots
One I.D. window
Buckle Snap to the Coin Purse
Two Separated Bill Compartments
Condition: Used (9.9/10)
With box and receipt


Harga jual: RM259
Boleh bayar 2 kali

B005 - SOLD
Burberry Ruck Sack Bag


It was a limited edition bag to promote the Burberry Fragrances, thus the labels say Burberry Fragrance on them.
It is mainly black with the gorgeous Burberry Nova Check design on the edges / trims on the pockets, round the bag and on the pull strings. 
Size 15'(H), 13' (W) and 6' (B)

Harga jual: RM180
Boleh bayar 2 kali

B006 - SOLD
Gin n Jacqie: Stripy Alison (Diapers Bag - without changing matt) 







Vinyl printed cotton / cotton lining
36cm x 31 cm x 14cm
STRAP LENGTH: 25cm (adjustable up to 40cm)
Condition: Used (8/10 - semua masih tip top - pakai dalam dua-tiga kali je tapi ada kotor sikit kat luar - gambar attached)

Harga jual: RM98 (Harga asal: RM219.00)

Special Promotion - Taken
First reader yang beli two items ke atas akan dapat buku nota yang sangat cantik daripada Liz Claiborne


@ Lagi hadiah untuk 'Warkah Untuk BabyIbu"

Tuesday, June 22, 2010

Buat masa ini baru ada 16 peserta. Banyak info berguna Ibu dapat tapi baru scan through je belum sempat nak reply satu-satu lagi. Ibu copy paste ke word tanpa nama anda supaya tak bias. Harap lebih ramai yang akan join lagi sebab:

  • Inilah peluang untuk anda komen BabyIbu puas-puas
  • Juga peluang untuk beri cadangan bernas
  • Hadiah sudah bertambah lagi
Ini adalah hadiah untuk "Warkah Untuk BabyIbu". Hadiah utama beg make up dan 12 hadiah sagu hati yang berupa wristlet dan card wallet. 


Menarik bukan? So apa lagi, mari join "Warkah Untuk BabyIbu" sekarang. Sehingga 30 Jun 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop