@ Anak bercakap?

Friday, June 25, 2010

Ramai yang susah hati bila anak tak boleh bercakap sedangkan anak orang lain yang sama umur sudah pandai berkata-kata. Bagi Ibu, takde apa nak dirisaukan sebab perkembangan anak ni lain-lain. Ada orang kata anak perempuan lagi cepat cakap dari anak lelaki. Ada juga kata budak yang duduk nursery atau ada kakak-abang lagi cepat cakap sebab mereka mendengar dan belajar dari situ. Banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan pertuturan anak kita.

Ammar pun takdela cepat bercakap. Sebelum ni cakap tapi sepatah-sepatah macam car, bird, lori, main, air, etc. Itu pun Ibu sentiasa amalkan ajar die. Contoh macam kalau nampak sesuatu, kita tunjuk dan bagitahu apa benda tu. Buat berulangkali lama-lama die tahu la apa benda tu walaupun mungkin die tak pandai sebut betul-betul (contoh: Ammar selalu sibuk yang akhir je). Bila masuk dua tahun baru die pandai gabung perkataan. Oklah slow-slow. Kita as parents kena banyak luang masa ajar die berulangkali sampai die tahu dan faham. Ni Ibu letak video Ammar (ramai yang rindu tengok Ammar kan - dah besar anak teruna sorang ni).



Anak ni lain-lain perangainya. Ada yang cepat belajar dan ada yang suka main je. Ammar pun kategori suka main dan kurang fokus sikit. So Ibu kena cari ideala nak tarik minat die nak fokus dan belajar. Apa-apa pun perkembangan anak kita, kita kenalah sokong dan fahami die. Jangan stress dengan apa orang kata. Nanti anak kita yang merana. Ini Ibu tempek carta perkembangan bahasa kanak-kanak untuk panduan semua:


9 kawan BabyIbu berkata-kata..:

atoyis said...

huhuhu sama la dengan kimi kalau kuar jek mesti sebut "nak air"..tapi sekarang ni bertambah-tambah kuat mengadunya..siap kata "mama abah uwat.."sikit2 abah uwat ;)

Drama Mama said...

irfan jenis suka belajar tapi mak dia tak berapa rajin nak mengajar. all the time nak belajar. nasib maktok dia rajin ajar macam2. huhuhu

i noticed dia cepat bercakap and belajar macam baca doa lah ABC lah...tapi motor skills dia agak slow sikit compare to budak2 lain. lambat skit nak belajar pakai kasut, seluar sendiri. tak minat agaknya benda2 tu, still depends kat kita. huhu

http://twinkywinykstars.blogspot.com

e.l.i.s.s.m.i.e said...

my nuha dah byk vocabnya.pantang nampak apa yang kita ajar mesti dia sebut.bab2 mengadu nombor satu la.

Mummy Zara Sofea said...

gud info..thnks..

laila said...

ank kite pelat cakap sampai skang..dh nk masuk 3 tahun..tp dia pandai jalan dulu..mula2 pelik gak..naper ank jiran sebaya ank kite,diaaam jek..x pandai cakp lagi.rupanya kata org salah satu dia akan pandai dulu..betul ke ek..?hihihi..

BabyIbu said...

kak su..hehe..ammar pn dah pandai mengadu..

drama mama and laila - dengar juga pasal tu. Ada yang pandai jalan dlu, ada pandai cakap dulu.

elis - pandai nuha...

Oyis said...

aisyah berckp dah bole, tp ada je nmpk baby sebaya dia yg ckp lg petah pon ada, lg slow pon ada jg. x kisah la, asal aje sihat kan yana?

btw, ammar nmpk betul2 dah big boy skang!

kinna said...

cepat je bila smp "ten" ye ammar?? hee..geram!
zulfa dh blh ngadu, "abah marah/ mama marah".. byk gak yg dia blh skrg ni..maybe sbb ade adik kot :)

Qaseh said...

ye betul tu...mcm anak sy ayuni boleh dikatakn cepat ckp la..coz anak buah yg sebaya dgn dia xleh ckp lagi..hmm maybe faktor persekitaran kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop