@ Jalan-jalan di Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia

Tuesday, June 22, 2010

Ahad lepas Ibu pergi Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia di PWTC. Ada dua bahagian, atas dan bawah. Bahagian bawah biasa je la bagi Ibu. Ingat ada banyak barangan local yang unik-unik tapi yang banyak daripada kedai seperti JukeBox, Roraine dan Parkson. Paling banyak kasut, handbag dan pakaian la. Untuk baby pun takde sangat.

Beg. Gambar handbeg tak ambil pula.

Kasut perempuan paling banyak. Tapi tak teringin nak belek sebab banyak orang plus dok menjaga si kecik

Mak Su beli kasut Jukebox yang cute ni

Ada kawan kata SimplySiti ni elok. Harga die pun still murah compare tu produk local lain macam Felisa tu. My sis beli pek percubaan. Ibu tak beli pun. Tunggu my sis cuba dulu. Hehe. (Kalau Siti ada situ confirm Ibu terus beli - haha)

Baju Melayu untuk Ammar. RM40 tapi takde saiz pula.

Kemudian, kami naik atas. Mula-mula kami keluar, naik escalator ke atas dan nak masuk melalui luar. Tapi pak guard tak bagi masuk. Lepas tu Ibu mintala kasi Ibu dan Ammar je masuk sebab susah nak turun naik escalator luar tu dengan stroller Ammar. Tapi die tak kasi juga. Padahal ada je orang lain masuk. Kami pun turun balik untuk masuk dari dalam. Sabar jelah.

Kat atas baru menarik. Sebab apa? Sebab kat atas banyak food tester. Haha. kebetulan memang tengah lapare. Jalan seround kat situ kenyang la juga.

Di Boothe biskut Julie's. Makan biskut kat situ. Mula-mula nak beli tapi sebab die macam letak beberapa jenis (tak semua Ibu suka) dalam satu bekas Ibu pun tak jadila. Ammar je sempat posing tupun tak nak duduk elok-elok.

Gerai Upin Ipin. Ingat nak beli baju die. Takde pun. Ada krim mandian, losyen pastu barang stationaries. Ibu beli fridge magnet upin ipin. Satu RM2. Kasi Ammar pegang supaya dok baik-baik dalam stroller.

Ada demo makanan

Lepas tu da lebih dua deret booth jual makanan  (tak sempat ambil gambar, sibuk makan). Kasi sample suh rasa. Air jenama Roselle ke apa memang sedap (ke memang tengah dahaga). Ibu beli Brahim set untuk Nasi Beriani dan Nasi Goreng (buat habuan nak pergi outstation). Beli satu murtabak tu sebab tengah lapar tapi punyala mahal - Rm5.50 sekeping. Huhu.

Kawasan jual coklat. Memang sedap-sedap coklatnya. Mula ingat nak beli tapi bila fikir Ibu tak makan sangat jadi tak jadi beli. Kang berbulan dok dalam fridge tu. Huhu.

Singgah di Booth CSL - handphone local. Kebetulan tengah cari handphone yang ada dua sim untuk my mom. Rupanya diorang ada. Cantik pula tu. Murah pun ye RM400 je. Ayah check-check memang ok handphone die. Terus beli.


Aiseh tak nampak betul handsetnya

Ammar dah boring

Lepas beli handset tu kami pun balik. Orang ramai juga tapi rasanya banyak sebab kebetulan ada konvo OUM di sebelah tu. Kesimpulannya 3 bintang (tu pun sebab bahagian makanan best). Lain kali kena banyakkan lagi produk-produk local yang unik-unik.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

mamaEsya said...

td nampak entry tdg ariani tu...klik2, page not found...mmg sale gile2, ek?hehe...hm, nk try gak set simply siti tu...org cakap krim die best....hehe

atfina said...

eh..eh.. anak teruna baby ibu dah besar rupanyer... dah lama baca blog babyibu mengikuti perkembangan ammar jugak...sedar2 dah besar dah amar..

Sherry said...

my dear x wan go so jam la..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

meng betol yang syok p expo sbb dapt jdik food tester..hehhe..memng kenyang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop