@ 'Kenan'

Thursday, June 3, 2010

Erk korang tau ke apa maksud 'kenan' tu? Nanti Ibu cuba jelaskan. Semasa mengandung, banyak pantang larang kena ikut. Takut 'kenan' atau terlekat/tempias kesannya. Contohnya, orang tua-tua cakap jangan pukul/bunuh haiwan, nanti takut 'kenan' binatang tu. Tak pasti la betul atau tidak, tapi bagi Ibu benda tak mudarat kita ikut sajalah kan.

Ada juga orang yang tempek gambar baby comel ke, gambar hero hindustan ke atau gambar orang cantik-cantik. Alasannya, supaya nanti 'kenan' muka diorang tu. Yelah mana tau lekat mata bulat ke hidung mancung ke. Pun tak pasti sahih ke tidak tapi ada juga yang berkesan. 


Masa Ibu mengandung dulu, takdela Ibu lekat mana-mana gambar. Tapi ada satu peristiwa yang Ibu ingat sangat time pregnant tu. Korang tau tak cerita Bakekang? Ala masa tu cerita Bakekang ni, cerita Filipina bersiri hari-hari tunjuk kat tv kul 2 petang. Ibu pulak time tu full time house wife. Memang kerja tengok tv je. Cerita ni sangat best tapi muka heroin die ni ada pelik sikit kat hidung die.


Ibu teringat pesan orang tua-tua jangan tengok pelik-pelik takut 'kenan' tapi tulah cite ni sangat best. So setiap kali tengok cerita ni, asal si Bakekang tu keluar Ibu akan tutup mata sikit bahagian hidung die. Yelah kononnya takut 'kenan'. Hari-hari doa cerita ni cepat habis supaya takdelah Ibu tengok lagi. Bila cerita kat Ayah, Ayah pun geleng kepala je. Tapi yelah bila fikir-fikir memang kelakar. Sanggup tengok tv celah jari mengalahkan tengok cerita hantu. 

P/s: Nak buat macam mana, ikut pesan orang tua2. Huk.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Mrs.R @ Emi said...

yana..sama la..sy pon xtgk tang muka die..ki3x..

isabelle said...

haha..sanggup buat mcm tu krn nak tengok gak ye? lawak la yana ni

mummy_adam said...

hahaha..lawaklah, boley ek tgk tv camtu..hehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kelakar sungguh.tu la orang tua2 banyak btol pantang larat dan kdg2 menyusahkan.hidup biar senang :)

Drama Mama said...

hahahahha. i pun pernah gak..time preggy tu cita apa tah...raksaksa? ka raksasa? drama melayu lah. ada perempuan tu muka dia macam berkudis kot sebelah. so i kalau everytime dia keluar takut nak tengok, tengok ngn sipi2 mata ja. kelakar tul! hahahaha

http://twinkywinykstars.blogspot.com

BIONIC WOMEN said...

haha...lucu la ibu ni..kalau ammar besar nanti, baca entry ibu ni mesti dia ketawa..hehe
eily plak masa peknen dulu x suka tv..pening pala tgk tv..hari2 asyik nak kuar jengjalan jer..pastu tangkap syok tengok poster2 baby kat soping kompleks(kat kawasan jual baju bby banyak poster baby kan?)

Ieja RizaLiza said...

saya pun suka tgk cerita tuh !

Oyis said...

mmg byk la cerita2 best semasa ngandung yg x dpt pergi, antaranya harry potter sbb superstitions nih. tp dah pesan org tua2 ikut je la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop