@ Lagenda Budak Setan

Tuesday, June 15, 2010

Ibu memang peminat novel masa zaman muda-muda dulu. Pendek kata, kalau buku Ahadiat Akasyah ni, hampir semua Ibu ada. Selain Lagenda Budak Setan (LBS) satu sampai tiga, Cinderella pun best. Ibu siap hantar keratan belakang novel untuk dapatkan surat lagi.

Berbalik pada LBS, Ibu dah pergi tengok ceritanya last week. Memang bessttttttt!!! Wajib tengok tau. Lakonan Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar dan Fazura memang sangat cemerlang. Lisa dan Fazura sangat cantik dalam cerita ni. Saat romantik dan sedih sangat touching.



Sinematografi pun sangat cantik dan lagu best gila. Filem ini umpama kesimpulan bagi LBS 1, 2 dan 3. Cuma yelah bila kita dah baca cerita tu rasa macam scene tu agak melompat sikit sebab die ambil part penting je. Banyak bahagian diubahsuai dan dipendekkan sampai feeling tu jadi kurang. Ibu tak nangis pun sebab dah tau jalan cerita dan tetiba macam takde. Peminat novel tegar mungkin sedikit frust la tapi as a movie alone - LBS memang bestla.

Pelakon yang ganti Lisa pula pelakon baru. Lakonan die oklah cuma sepatutnya kena cari pelakon yang setanding Lisa atau lebih baik lagi untuk bawa watak Emilia tu. Ingatkan Fazura yang bawa rupanya Fazura jadi Kate. Itu jelah buat slack sikit. Sebab bila dah diganti watak Emilia tu, feeling macam kureng sikit. Lisa Surihani punya watak sebagai Ayu sangat mantap jadi bila penggantinya biasa-biasa aje - jadi kureng best sikit la.

Adegan romantik Kasyah dan Ayu sangat menjadi, tersenyum sorang-sorang (sambil riba Ammar yang tengah tidur). Adegan Azmi (Que Haidar) pukul Ayu pun sangat real. Kira hebatlah diorang ni. Ibu sangat galakkan korang pergi tengok. Masa Ibu pergi panggung penuh dan khabarnya dan 3 juta. Bila lagi nak sokong cerita Melayu kan. Lebih-lebih kalau best macam ni.

Ammar terjaga part Fazura aka Kate nangis di toilet time Kasyah bagitahu die nak kahwin. Ingatkan nak meraung sebab gelap. Dalah hati dah - abislah terlepas la part best kalau kena keluar ni. Sekali Ammar tengok skrin pastu kata " kakak nangis" sambil tunjuk Fazura. then Ammar kata " kakak cantik" - huhu kecik-kecik dah pandai. Tapi memang cantik pun. Huhu. Klah sila la pergi tengok ye. Ibu tempek trailer cerita LBS kat sini.


p/s: tak suka sad ending tapi tengok LBS memang berbaloi

OST lagenda Budak Setan



Lirik Lagu Bila Cinta

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
uuuuuuuu…
Dalam harapan

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

best.. memang best!! i likeee..

:: m.u.n.i.r.a :: said...

errr saya banyak mendengar yang memberi komen2 kurang best tentang filem ini!
mungkin harus gi tengok gak nih!

Lin said...

hm..takpela.baca novel je..review byk kata tak best.huhu..

Elyn said...

huwaaa ramai dh tgk!!! ni yg nak nanes ni..... i tah bile zaman dpt tgk.... sob sob

atoyis said...

cayalah siap bawak amar lagik..kak su nak bawak kimi tengok shrek pon takut sebab takut dia melalak dlm panggung huhuhu lagi satu takut kimi suruh kecik kan skit sound system tu..

~MUMMY MARIA~ said...

i always be ur silent reader..kali ni maria nak ngomen lak..
hehehehe...bolehkan babyibu.
maria pun da tgk cite ni mmg best...last sekali meleleh air mata.sob..sob..mungkin sbb maria tak baca buku dia kot.maria pun bawak si kecik..mungkin sbb da biasa so dia tak meragam la dlam wayang tu..mula2 jew jakun sikit bila citew da ditayang dlm 15 minit,dia pun tido...

WAJIB TONTON!!!

mama zharfan said...

me tak pernah baca novel tu zmn me ramaja (me ulat buku, tak baca novel :p)
tp me peminat romance-love story...tak dpt nak tgk kat theatre lah sbb me kat UK, tp me akan tgk dvd lah nanti..and me memang minat giller kat lisa surihani tu..me tengok kat theatre masa dia berlakon 'i'm not single' ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop