@ Luahan Cinta

Wednesday, June 9, 2010

Tajuk jiwang sikit hari ni disebabkan tak boleh nak upload gambar. Em bagaimana cara anda menunjukkan cinta anda? Bagi Ibu, cinta ditunjukkan secara fizikal sama ada dari segi:

  • luahan perasaan; sentiasa ucapkan sayang, rindu dan betapa kita menghargai pasangan kita
  • selalu berpegangan tangan (hilang dosa-dosa kecil kalau suami isteri selalu bersentuhan)
  • sentuhan dan belaian seperti pegang bahu atau usapan lembut
  • beri hadiah pada hari istimewa macam hari lahir dan anniversary

Dari kecil Ibu dipupuk begini berdasarkan contoh di depan mata. My parents selalu pegang tangan bila keluar, Abah selalu letak tangan di bahu Mama dan bila hari lahir atau anniversary mesti Mama dapat sejambak bunga. Oleh itu, bila Ibu mula kenal cinta, Ibu harapkan benda yang sama.

Tapi bila Ibu mula kenal Ayah, baru Ibu sedar bahawa luahan cinta tak semestinya seperti yang Ibu faham. Pada mulanya, Ibu selalu tertanya sayangkah Ayah pada Ibu dan jika sayang kenapa tak tunjuk. Ibu selalu tanya (selalu tu bermakna sehari at least sekali - huhu - mesti Ayah tensen je kan) - sayangkah Ayah pada Ibu. Jawab Ayah, sayang sangat. Tapi cara Ayah lain daripada cara Ibu tunjukkan cinta dan sentiasa buat Ibu tertanya-tanya.

Bila Ibu baca buku Men Are from Mars, Women Are from Venus, baru Ibu tahu, ada banyak cara lain untuk tunjukkan cinta dan baru Ibu faham bagaimana Ayah tunjukkan cintanya. Rupa-rupanya cinta juga ditunjukkan dengan:

  • meluangkan masa bersama pasangan
  • sudi hantar pasangan ke sana sini
  • mengorbankan aktiviti kegemaran untuk bersama pasangan
  • sudi teman pergi shopping atau window shopping

Bagi kita perempuan, perkara ini nampak remeh. Tapi bagi lelaki, benda ini begitu bermakna buat mereka. So sejak itu, Ibu sentiasa ingatkan diri bahawa, kalau Ayah bawa jalan ke IKEA, itu tandanya sayang. Kalau Ayah sanggup tak main bola sebab balik kampung, itu tandanya cinta. 

Lain cara, lain tafsiran. Paling penting kita tetap menyayangi dan mencintai. Itu yang Ibu lekatkan dalam hati. Erkk tapi Ibu tetap berharap Ayah buat macam yang kat atas tu juga.  Huhu. 

P/s: Peace Ayah!

11 kawan BabyIbu berkata-kata..:

sywalsimpsons said...

heheheh...very loving gitutau....ibu syawal pun nak gak gitu...tp yang nyata memang kaum lelaki tunjuk sayang n cinta cam2...abah syawal pun cam2 gak...tp yang pnting bl dah bc luahan cinta Babyibu, ibu sayawal pun nak gak cam kat atas 2....hehehhehehe...baru seronok kan...

lailasani said...

aih, kita samelah.. hehehe..
tp kawan2 selalu ckp kalau hubby dh rajin tlg2 kita kat rumah tu pun adalah tanda sayangg gitu. kalau tak, diorg takkan buat semua tu. so, redha ajelah... wpun berharap2 yg bes2 aje.. :)

Drama Mama said...

masing2 ada their own ways of showing their love kan. apa2 pon kena menghargai pasangan sentiasa.and show it to them. :-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com

makdara terdiva said...

setiap org, lain cara meluahkan rasa cinta dan sayang..

kalau hari2 dia ckp sayang tapi dia tak tunjukkan syg tu pun membazir gak..
yg pnting..dalam perhubungan kena faham diri pasangan masing2..

semoga tuan blog bahagia sentiasa :)

maszmadi said...

wah!! tringat lak zman bcinta dolu2.. hikhikhik

Le Chevalier said...

i like....;p

isabelle said...

kalau ayah belikan baju baru, kasut baru utk ibu...tlg masak, cuci baju, mop lantai..mesti lebih ketara cinta itu.kekekeke

Mrs.R @ Emi said...

loveeeeeeeee this topic..my hubby jenis yg mcm satu lg tu la..bkn jenis romantik :)

Diyana Zulkifli said...

hmm,ang mgharapkn dpt sjambak bunga jg ke?haha.aku klu atengla kan bg tiba2 bunga..aku rs dia buang tebiat..ateng lg otai hape.klu bab2 bg hadiah ni,aku tny mn hadiah besday ke, mn hdh annversary ke..ateng tunjuk pd damia ngan ali.dia kata,bkn suma org bleh dapat hadiah montel mcm 2 org tu.apakah..?jd iyakan ajelah..hehe

~~@lyci@~~ said...

gud info BabyIbu..
setiap org ada cara tersendiri utk meluahkan perasaan..

mama zharfan said...

setuju sgt2...nature men-women sgt berbeza..i kalau boleh nak sgt dgr i love u dari mulut hubby..mcm jrg benar dia sebut..ada kot sekali sekala dlm sms ajer pun...tp yg pasti, Mr Hubby sgt2 byk tlg i (housework, jaga anak etc)..supportive in my study, tak pernah say no kalau i ckp i nak beli apa2...all these actions equal to i love u lah kan..:) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop