@ Nak dapat duit Nuffnang punya cerita

Wednesday, June 16, 2010

Dalam Nuffnang, kalau nak duit cepat bertambah kenalah dapatkan CPM (dalam page Nuffnang die tulis Buffered/Metered Earning) yang banyak. CPM ni bergantung kepada berapa banyak unique visitor yang masuk ke blog anda sepanjang iklan ada di blog anda. 

Ramai tanya macam mana nak dapat CPM ni? CPM ni depends on Nuffnag yang pilih blog mana nak lancarkan iklan tu. Jadi masa korang isi blog survey di page Nuffnang, sila isi dengan betul dan tepat target audien dan content blog anda. Diorang akan pilih dari situ.

Bagi yang mula berblog, memang susah nak dapat CPM. Ibu dulu pun takde. Pastu start ada sen-sen, pastu seringgit dua. Dah setahun barulah nampak puluh-puluh sikit. Pendek kata kena banyak sabar dan banyakkan tulis entri yang berkualiti. 

Kalau tiap-tiap bulan macam ni memang la best

Tapi bagi Ibu. Dapat duit tu bonus saje. Kepuasan berblog tu yang lebih penting. Kalau boleh berblog dengan berkualiti tak kisahlah nak kasi info ke nak share kisah hidup ke atau apa-apa aje. Jangan main copy paste dari mana-mana sebab nak update banyak kali dalam sehari. Reader yang baca pun tensen. 

Kalau korang perasan Ibu suka buat giveaway. Ramai kata sebab nak naikkan trafik. Ya ada betulnya. Tapi itu sebab no 3. Sebab pertama ialah Ibu memang suka bagi hadiah kat orang - Ibu suka dapat hadiah so Ibu tahu perasaan orang dapat hadiah. Sebab kedua ialah kepuasan diri. Rasa puas bila boleh dapatkan korang sponsor hadiah yang best-best. Banyak kerja memangla tapi puas hati.

Berbalik pada CPM, pastikan blog anda sentiasa update at least sehari sekali dan banyakkan tulis entri yang berkualiti dan guna pelbagai key word. Contohnya, hari ni cerita pasal perangai anak, esok mungkin boleh cerita pasal anak minum susu apa pula. Kira kena variasi la. Baru trafik naik. Bila trafik naik duit Nuffnang pun naikla. So good luck pada semua. Jangan risau. Usaha tangga kejayaan.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Elyn said...

saya setuju!! heheh

Hanz said...

Me seconded the motion! Hari ni me nampak satu lagi Buffered Earning ditambah mentotalkan 4 berjalan serentak skarang...alhamdulillah...
Dolu2, always wonder naperlah tak gerak2 sen2 Nuff2 tu..tapi dah boleh faham sikit2...koho2..

OT : Yana, nanti join my giveaway tau..pre-invite ni..hehehe...

Mummy Zara Sofea said...

saya pun nuffnang bru sen sen je..huhu

MamaYatie said...

time kasih ibu kongsi info ni..berguna tuk beginner cam saya..

iswatie "colours of life" said...

sy punya nuffnang pun sen sen ja but im blogging just for fun n catatan tuk anak2 actually..nanti dioarg besaq mesti confirm tersenyum bc balik blog nih...but dah alang2 berblogging why not we earn the money kan....

Yan said...

tiap2 minggupn naik posen2 jek.. huhuu tp tak kesahla.. adela jugak tu..

Drama Mama said...

bestnya buffered earning u bole dapat sampai 20 hinggit 30 hinggit. my buffered tak pernah lebih rm10 huhu. camna nak buat bagi banyak eh?

yana, cita sikit pasal camna nak guna keywords tu bole?

BabyIbu said...

Hnaz - insyaallah

Drama Mama - ok - nanti yana buat entri khas pasal tu

mama zharfan said...

hehe me pun nuffnang baru seringgit lebih..me baru register bln feb yg lps..traffic memang ciput :) apa2 hal pun me suka join contest :) :) yeehaaa

me impressed tgk follower yana dh nak cecah 1000 org..boleh share tips tak ;)

ibuaimy said...

ibu aimy br nk start ni...hehe..hrp2 dpt la gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop