@ A new hair cut

Tuesday, June 8, 2010

Kedai potong rambut favourite Ibu terletak di Jitra, Kedah. Kedai Maurice namanya (tak pasti ejaannya pula) yang terletak di berdekatan dengan market Jitra.Setiap kali balik Jitra mesti Ibu akan potong rambut di sini. Walaupun Mama selalu kata kedai tu mahal sebab kedai ni ala-ala kedai rambut Loreal kat Kl tu ha. Tapi kalau banding kedai kat KL tu jauh lagi murah. Lagipun tukang potong rambut tu Ibu dah kenal dari sekolah menengah lagi. 

Ada juga orang kata, buat apa potong rambut cantik-cantik. Last2 dalam tudung juga. Bagi Ibu bila rambut cantik, kita dapat kepuasan diri sendiri. Husband sorang tengok pun cukup la kan.

Last week Ibu pergi potong rambut. Dah panjang sangat dan panas pula kat sini ha. Tukang potong rambut tu siap tegur tanya kenapa lama tak datang. Nak buat macam mana sekarang jarang balik. Selalu Ibu duduk je, cakap nak fesyen rambut kasi nampak muda sikit dan tembam sikit (haha). Alhamdullillah. Puas hati Ibu dengan potongannya.

Tapi kan, Ibu perasan satu perkara. Bila Ibu ada masalah macam tension ke apa, kalau pergi potong rambut dan dapatkan a new look of me. Mesti rasa sangat release. Rasa macam masalah dan beban tu berkurangan. Rasa macam dapat nafas baru setiap kali potong rambut. Haha. Boleh ke camtu. Tapi ye kot, potong rambut adalah salah satu terapi yang berkesan selain pergi shopping. Hehe.

Ibu suka potong rambut layer supaya kasi nampak tembam sikit..hehe

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

potong rambut mmg release tension. saya pon selalu wat gitu. sejak duk UK ni, since ke salon mahal sgt dan unisex pula, saya potong sendiri jek. lg puas hati hahaha

Drama Mama said...

betoi yana! potong rambut memang therapy, bila stress2 potong rambut rasa legaaaa sikit. hiks

http://twinkywinykstars.blogspot.com

isabelle said...

mmg pun. tapi i jarang gak potong rambut.
but still i x berani lagi potong rambut sendiri mcm oyis buat.

Rugby rules said...

I think a short haircut would be better for me, but I've never had a short cut before and don't know what to get. Are there places where I can get advice on what would work best for my hair?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop