@ Petua bila anak demam

Tuesday, June 29, 2010

Pertama kali Ammar demam panas masa berumur 7 bulan. Ya Allah panik je rasa. Tak tau nak buat apa. Memang Ibu pun rasa macam demam sekali. Mula-mula Ibu pakaikan stoking dan selimut, konon nak kasi kebah - yelah sebab bila Ibu demam kan kena kasi peluh-peluh then kasi kebah. Sekali call Tok Mama, kena marah - rupanya kalau baby lain pula caranya. Kena kasi badan sejuk supaya panas badan tu boleh keluar. 

Setelah beberapa kali Ammar demam barula Ibu tahu macam mana nak handle. Kira sekarang tak panik lagi. Meh sini Ibu share sikit petua pada bakal-bakal Ibu di luar sana:

1. Ubat
Pastikan di rumah sentiasa ada bekalan ubat demam. Suhu badan selalunya naik mendadak bila malam dan lebih panas bila time subuh. Kalau dah rasa anak kita demam, terus bagi ubat demam. Selalunya ubat demam 6 jam sekali. Pastikan timing tak miss. Insyaallah kalau bagi ubat tepat pada time dalam masa kurang 48 jam anak kita dah baik demam. Lagi elok kalau ada simpan ubat demam yang masuk bontot tu. Dr kata kalau anak kita panas sangat (dah sampai 40 darjah celcius - selalu time subuh boleh sampai panas macam ni) masukkan je ubat bontot. Ubat ni hilangkan panas dengan cepat.

Ammar tak suka makan ubat. Kena pujuk-pujuk sikit baru nak. Nasib baik la guna picagari, kalau sudu - alamat tumpah lebih.


2. Termometer
Kalau boleh belila satu termometer letak kat rumah. Tak kisahla yang jenis lekat kat dahi atau yang automatik letak kat ketiak tu. Bukan apa - nanti boleh check suhu anak. Kalau dah 39 darjah celsius ke atas boleh masukkan ubat bontot atau bawa ke klinik.



3. Basahkan badan
Sentiasa basahkan badan. Lap guna towel kecil atau lampin. Ammar tak suka Ibu lap-lap. Jadi kalau siang Ibu akan kerap mandikan die kasi badan sejuk. Kalau malam, Ibu guna tangan dan usap kepala dan badan die. Kalau nak lebih sejuk rendamkan air dengan asam jawa atau bunga raya. 

So far, itu jelah Ibu amalkan. Tapi kalau demam sangat panas tak turun-turun suhunya atau demam sampai nak masuk 3 hari, Ibu akan bawa ke Dr. Chua. Biar habis duit janji anak ibu sihat. Kan Ammar kan.

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

kinna said...

org ckp ramas air daun bunga raya pon menjadi gak..tp tak pernah cuba lg..kang tak pasal2 kna kejar ngn guard sbb amek daun kt taman :)

BabyIbu said...

haha..ada dengar juga. tapi tak pnah buat lagi. selalu letak asam jawa je sbb kat sini tak jumpa pkok bunga raya..

atoyis said...

nak tambah biasanya kalau anak demam boleh terus bagi ubat demam..tapi kalau dlm masa 24 jam lepas tu anak still lagi demam then digalakkan pegi klinik sebab takut ada jangkitan lain yg membuatkan dia demam contohnya sakit tekak ke..dan perlukan ubat seperti antibiotik kalau tak demam maybe berulang bila cukup masa 6 jam lepas mkn ubat

mama_danial said...

assalammualaikum,
saya ingin bertanya kan petua tentang anak demam..anak saya susah mauk makan ubat mauk di letak tawel pun dia marah dah 3 hari dia demam panas tolonglah saya buntu sudah

BabyIbu said...

mama danial - kasi guna picagari pun tak boleh eh? ada juga bagi cadangan etak dalam air sirap/susu. as long die minum. masa ammar kecil susah juga makan ubat. kn paksa guna picagari tu.

kalau die tak nak letak towel - guna tangan kita- basahkan lepas tu usap2 badan die dgn air..time siang mandikan kerap..

kalau demam panas sgt bw ke dr - nnti dr kasi ubat buntut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop