@ Selamat Hari Lahir Mama

Saturday, June 26, 2010

Hari ni 26 Jun 2010 adalah hari yang istimewa. Hari ni hari lahir Mama. Alangkah seronoknya kalau boleh balik dan celebrate bersama. Tapi apa kan daya. Ibu hanya mampu telefon dan wish dari jauh sahaja. Semalam janji dengan adik-adik ingat nak telefon pukul 12 tengah malam sekali semua tertidur. Huhu. Pagi tadi baru call dan wish. 

Umur Mama tahun ni dah 54 tahun. Tapi kalau tengok Mama secara live, percayalah tiada siapa yang percaya. Mama memang awet muda. Kecil-kecil dulu selalu terfikir, kenapalah aku ni tak cantik macam Mama. Mama ni campuran Siam, Ibu tak dapat pula genetik tu. Pernah juga terfikir, aku ni anak angkat ke (masa kecil Ibu ni hitam, Mama pula putih). Siap pernah tulis surat letak di bawah bantal Mama. Kesian Mama, sedih dengan perangaiku. Kata Mama, kulit tu tak penting, yang penting anak Mama semuanya sihat. 

Masa kecil-kecil, sangat takut dengan Mama. Mama ni jenis yang tegas dan bukan touching-touching punya. Jadi lebih rapat dengan abah. Semakin besar, baru rapat dengan Mama. Mama dah menjadi kawan paling rapat di mana wajib telefon sehari sekali. Nasib baik ada Celcom family tu. Telefon free. Huhu. Kalau tak dulu memang boleh tahan juga bil. Bergayut tak ingat. hehe.



Di kesempatan ni, Ibu nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada Mama tersayang. Semoga Mama panjang umur dan murah rezeki. Ini gambar Mama dan cucu kesayangannya.


2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

kinna said...

muda lg mama ibu ye..happy birthday 2u makcik (suka2 pggl mak org makcik..)
sy pon jenis yg slalu kol emak jugak..tp takde celcom, gayut kt public fon ja..org gayut ngn pakwe, sy ngn 'mak'we :)

Sherry said...

she is young :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop