@ Tengok Wayang: Back Up Plan

Wednesday, June 23, 2010

Ingat tak entri Ibu pasal dapat tiket wayang free daripada Nuffnang? Ibu pun pergilah tengok hari Isnin lepas. Tak tengok dengan Ayah (Ayah tak layan cerita romantik komedi ni). Tengok dengan my sis dan semestinya Ammar. Kitaorang sampai dalam 8.45 malam untuk ambil tiket.


Lepas tu pergi jalan-jalan jap kat The Curve. Pukul 9.30 kami pun masuk. Iklan punya la lama. 9.40 baru start iklan cerita akan datang. Sekali semua cerita ganas-ganas. Tembak-tembak. Ibu pun cuak juga. Bunyi sangat kuat. Takut Ammar menangis. Ammar cakap 'takut, takut'. Ibu tutup mata dan telinga die. Nasib baik tak marah. Sambil pujuk dah nak habis dah.  Alhamdulillah Ammar baik saje (mungkin sebab dah mengantuk). Starting cerita Back Up Plan ala-ala kartun so Ammar pun sibuk tunjuk 'kartun, kakak'. Kemudian tak sampai 5 minit die pun tidur. Lega Ibu.

Ceritanya pasal JLo ni single woman. Masih tak jumpa jejaka idaman. Dia kemudiannya decide nak pregnant guna penderma sperma. Hari yang prosedur percantuman itu dibuat, die jumpa dengan hero (yang sangat hensem). Nak dijadikan cerita hero ni berkenan kat die. So diorang mula dating. Jlo harap die tak pregnant sebab kadang-kadang 2,3 kali buat prosedur tu baru berjaya. Sekali die pregnant. Hero tu pula belum bersedia dan kurang suka idea ada anak. Tapi demi cinta die sanggup. Anak kembar pula tu. Kemudian ada kontroversi sikit dan biasalah akhirnya happily ever after.


Selain kisah romantik, kisah parenting juga diselitkan. Contohnya, hero tu jalan kat taman. Jumpa seorang mamat Negro ni. Cerita pasal pengalaman jadi parent. Hero pun tanya - macam mana perasaan jadi ayah. Negro tu jawab "Awful, awful, awful..then something magical happened and then awful, awful.awfu..and then something magical happened".

Katanya, sebab magical moment yang menyentuh hati inilah yang buat kita berbaloi bersusah payah besarkan anak. Bagi Ibu, ada betulnya. Kadang-kadang bila Ibu penat dan marah dok melayan Ammar, alih-alih Ammar datang panggil "Ibu" (dengan nada yang sangat lembut dan kiut), kemudian kiss Ibu. Terus Ibu rasa cair dan Ibu akan peluk dan kiss Ammar. Tak jadi marah.

Kesimpulannya. Cerita ni oklah. Tapi tak leh bawa anak yang dah besar tau. Ada sensored - banyak adegan JLo tunjuk body. Dalam pukul 11 lebih cerita habis. Ngam-ngam Ammar terjaga. "Habis" kata Ammar.

Muka budak baru bangun tidur dengan Mak Cunya

Ayah ambil kami kemudian pergi makan. Malamnya Ammar tak nak tidur sebab tak mengantuk. Padan muka Ibu. huhu.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Drama Mama said...

wahhh...ammar tengok back up plan. hebat hebat!

macam best eh cerita nih. nak tengok jugak lah.

http://twinkywinykstars.blogspot.com

mama zharfan said...

bestnya citer ni...nak kena beli dvd nanti :) me suka jlo :)

Oyis said...

jeles dgr org tgk wayang bwk anak masuk panggung. sini kalo wat mcm tu konfem x leh masuk (unless citer kartun), so mmg x tertgk2 la lg la sebarang cerita. aisyah dah 2 thn, so dah 2 thn la x jejak kaki, huhu... but it sounds like my kind of movie (but totally not Hubs!- typical org lelaki huhu)

kinna said...

mcm best ja..layan dvd je la nti(susah nk bw anak2 kecik..huhu)

Rugby rules said...

I found out later that her computer is not broken at all. She knows im planning a surprise but she doesn't know what it is. Does any one have any ideas for a back up plan??

Rugby rules said...

You can either prepare them beforehand by dipping them in melted chocolate and placing them on wax paper and then putting them in the fridge, or prepare it after dinner and dip with the malty warm chocolate.

pawan tekchandani said...

Your site is awesome for all people. knowledge area on web.
i would like to comment on your blog.

website designer india said...

Nice blog with great post.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop