@ Kulit cerah vs kulit gelap

Friday, July 30, 2010

Tajuk sensitif sikit ya hari ini. Semalam Ibu sembang dengan kawan Ibu, terkeluar tajuk ni. Rupa-rupanya kami ada pengalaman yang agak sama. Pengalaman apa? Meh sini Ibu nak cerita sikit sejarah lama Ibu. 



Ibu masa dilahirkan dulu kulitnya tak berapa nak cerah atau pendek kata gelap. Mama pula putih melepak dan Abah pula sawa matang. Siap Tok pernah kata (ini dicerita balik la ye), betul ke anak ni ke tertukar bayi. Huhu. Nasib baik kecik-kecik tak paham bahasa lagi. Kalau tak kecik hati. Hehe. Kemudian lahir pula adik kedua ibu, si opy. Opy ni pula putih melepak dan muka ala pak arab. Pendek cite kami ni dah macam kicap dan susu. Memang nampak sangat la bezanya. 

Dalam keluarga, Ibu tak pernah la terasa ke apa. Even pernah juga terasa hati sekali kemudian siap tulis surat kata Ibu ni anak angkat ke apa (itu emo lebih - boleh diabaikan dan tiada kaitan dengan entri ini). Cuma bila dengan orang luar terutama mak cik dan pak cik yang 'ikhlas menegur', itu sangat terasa dan teringat sampai ke hari ni. Banyak juga la situasi di mana bila tak berapa putih tu ramai pula yang menegur. Ingat lagi ada satu pak cik tu, die kata "oo anak lelaki bulan mengambang ya, anak perempuan bulan gerhana". Masa tu dah sekolah menengah. Adehh kecilnya hati. Salah ke kalau kulit macam ni. Nak buat macam mana kan? 

Tapi Mama sentiasa jawab, "eh tak penting semua tu, yang penting anak Mama semua sihat". Mama kata mungkin dulu Ibu kenan, sebab Abah dan Mama pernah jual sate masa Ibu dalam kandungan. kemudia Abah tertegur seorang India tu hitam macam cucuk sate. Mungkin juga sebab Mama suka minum kopi dulu. Hehe. Tu semua kemungkinan la.

Alhamdullilah, makin besar Ibu makin cerah (takla putih cuma makin cerah pada dulu). Siap semua kawan Mama tegur la kalau jumpa. Yelah dulu kan 'hitam' - kata mereka. Adehhh. Thanks to Mama n Abah yang tak pernah membezakan kami. Walaupun dulu Ibu tak berapa putih, Ibu tetap yakin dengan diri sendiri dan tak pernah anggap itu kelemahan. 

Motifnya entri hari ini, jika anak anda kulit tak berapa cerah ke tak berapa pandai ke atau tak secomel ke atau macam-macam lagila, sebagai ibu bapa, anda kena sentiasa menyokong anak anda. Jangan beza-bezakan dengan adik-beradik yang lain. Kasi die keyakinan diri. Tanpa sokongan anda, anak anda akan membesar tanpa keyakinan diri dan ini akan memberi impak negatif dalam kehidupannya. Skema sungguh ayat ni. Huhu.

Kepada yang lain pula, kalau nampak anak orang tu lain daripada yang lain. Tak payah sibuk nak menegur - "apasal yang ni lain ni - kakak hitam, adik putih". Bukan sekadar kulit, hidung tak cantik ke kulit tak gebu ke - takpe tak payah tegur. Simpan je dalam hati. Anda bukan saje buat maknya kecil hati, anda mungkin menyumbang kepada ketensionan si anak. Fikir-fikirkanlah. Sekian entri yang beremosi ini. Till then.

@ Alkisah Kuih Raya

Hari tu dah cerita pasal baju raya, kali ni pasal kuih raya pulak. Selalu kuih raya Ibu buat dengan Mama dan adik Ibu. Buat 2,3 hari sebelum raya. Buat kuih simple-simple macam kuih cornflake, semprit dan kek sebiji. Cukupla sebab kami tak beraya di rumah. Kami pergi jalan beraya rumah orang - balik kampung la katakan. Tapi tahun ni Ibu raya di negeri Sembilan. Tak dapatla nak buat kuih sama-sama. Adeh tiba-tiba rasa sayu pulak. Huhu.

Tahun ni, tak pasti lagi macam mana. Rasa macam nak buat sendiri sebab nak test oven baru - ehem Ibu dah test sekali tau masak puding roti - kang korang kata Ibu beli oven buat hiasan pula. Hehe. Tapi, mengenangkan anak Ibu yang perajin dan rajin membantu tu. Macam terbantut la hajat. Huhu. Hari tu buat puding pun bertempik, Ammar sibuk nak tolong tuang la, itu la ini la. Ini kan pula nak gentel-gentel kuih tu. Ada can kuih ke mana, Ibu kemana. Ammar lagi la ke mana-mana. Huhu.

Ibu ingat macam nak beli je. Kawan Ibu ada jual kuih. Ibu dah test drive - memang sedap kuihnya. Murah pun murah. Beli buat habuan nak kasi MIL dan tok kat kampung. Ini kuihnya - klik gambar untuk lebih jelas.


Ibu suka kuih Ice Cream dan Short Bread. Nyum-nyum. Lepas tu ingat nak beli set tupperware pula. Yelah nak simpan kuih kan. Kena la kedap udara supaya tak masuk angin (em alasan kena kuat ye puan-puan). Ibu tengok katalog Ramadhan di blog Tupperware ni cantik-cantik dan murah. Aihh gatal tangan kiri ni.


Tupperware kaler kuning tu cantik kan. Sesuai simpan kuih kan? Kan Ayah kan? kan? kan? kan?

@ Siapa nak cari perabot dan kain langsir?

Thursday, July 29, 2010

Siapa nak cari perabot dan kain langsir boleh la serbu Fella Design Warehouse Sales di Bukit Subang. Ini warehouse sales kat head quarters die yang besar tu. Ibu pergi hujung tahun lepas. Memang best. Nak tahu Ibu beli apa KLIK SINI.


Maklumat lanjut KLIK SINI

Oh ya. Di sini Ibu nak minta maaf atas ketidak telusan Ibu memberitahu maklumat berkenaan Anakku Warehouse Sales. Ibu dapat tahu daripada seorang kawan melalui email. lalu terus meletakkannya di entri ini. Bila ramai yang bertanya, Ibu pun telefon teus ke Anakku untuk mendapat kepastian. Menurut pihak Anakku, warehouse sales yang sepatutnya diadakan bulan Ogos telah ditukar ke bulan Disember disebabkan sebab-sebab teknikal. Maaf sekali lagi dan harap maklum.

P/s: Maafkan Ibu insan biasa yang membuat kesalahan
P/s 2: Sebagai peringatan untuk mengesahkan maklumat sebelum disampaikan

@ Shopping di Sogo

Wednesday, July 28, 2010

Last week pergi area Sogo jumpa Tok Abah untuk ambil basikal Ammar. Basikal Ammar di kampung bawa ke sini memandangkan basikal kat rumah dihantar ke rumah MIL. Lepas ambil barang, kami pun singgah sekejap ke Sogo. Ibu tengok besar betul banner salesnya. Ibu tahu ramai yang suka shopping di Sogo. Tapi yelah barangnya banyak pilihan dan bila sales memang murah. Tapi rasanya Sogo ni memanjang je sales. Siap kalau mak saudara Ibu turun dari kampung, memanjang singgah Sogo.

Kami sampai dalam pukul 10 pagi jadi tak ramai lagi. Lepas parking terus masuk. Walaupun masih awal, Ibu tengok dah ramai mula sampai. Agaknya orang nak shopping untuk raya dan gaji baru masuk. Kami terus ke bahagian budak-budak. Cari baju raya untuk Ammar. Macam biasa Ibu terus ke Poney je. Itu je brand yang Ibu suka untuk baju Ammar. Dapatlah 2 helai.

Dalam pukul 11.30 pagi orang dah mula ramai. Kami pergi bahagian lelaki pula. Ayah cari belt. Oklah dapat 70%. Masa Ayah belek belt Ibu pergi beli selimut untuk Ammar. Yelah selimut sekarang dah tak padan. Nampak kaki terkeluar. Dah besar panjang anak Ibu ni. Ibu beli selimut Tranformers. Kemudian Ibu pergi naik atas balik. Beli belt untuk Ammar. Lupa lak Ammar takde belt. Ibu beli jenis tarik punya senang pakai. RM 7  je.

Belt Ammar

Banyak salesnya

Macam-macam ada

Baju mengandung pun sales juga

Lepas tu jumpa Ayah balik di area baju lelaki. Ayah beli belt je. Ibu tak beli apa-apa. Baju perempuan kat Sogo terlampau feminin untuk Ibu. Hehe. Ibu prefer shopping Arcadia kat Jusco lagi. Dalam pukul 12 tengah hari, kami jalan ke Jalan TAR untuk makan ikan bakar. Orang ramai giler. Lepas makan terus balik. Oklah setahun sekali shopping di Sogo. Selalu-selalu tak dapat la. Huhu.

@ Third Order Arrived

Tuesday, July 27, 2010

Semalam Ibu pergi ambil stok botol Weego lagi. Alhamdullilah rezeki Ammar. Terima kasih atas sokongan semua. Harga promosi masih sah. Jadi siapa nak order cepat-cepat ya. Lepas ni kembali ke harga asal. Maklumat lanjut mengenai botol Weego KLIK SINI.

Order yang ketiga


Eh model dah datang dah


Ingat tak second order dulu Ammar jadi model, so kali ni nampak je Ibu susun botol die datang. "Pegang, pegang" katanya. Siap posing tutup muka. Huhu. Layan jelah ye.

Untuk pesanan dan pertanyaan email babyibu at gmail dot com. Tq.

@ Bila nak habis?

Jiran sebelah buat renovation. Quite a big one. Tambah bilik dan porch. Rumah jiran lain pun ada satu dua juga tengah renovate. Ibu faham, duduk kawasan baru memang la macam ni. Tapi bila lama-lama kesannya mula la nampak. Ibu selalu sakit kepala terutama jika tertidur petang masa tidurkan Ammar dan kemudiannya terjaga dengar drill. Bab baca buku pun tak payah cakap la. Baru nak baca bunyi drill yang indah pun berkumandang. Ammar juga sikit-skit takut kalau sorang-sorang (even die kat ruang tamu dan Ibu cuma di ruang makan sebelah), sebab bunyi drill kuat sangat. 



Ibu cuba jadi jiran yang memahami. Tapi kalau dok mendrill dari 8 pagi sampai pukul 8 malam memangla agak tensenkan. Ada satu kali Ibu tak tahan. Ammar tengah tidur, bunyi drill makin kuat. Time tu dekat pukul 7pm. Ibu tebalkan muka minta stop anak tidur. Huhu. Takpe Ibu doakan cepat la siap. Kepala asyik sakit je dengar bunyi tu. Aminnnn.

@ Bila Sales Macam Tak Sales

Monday, July 26, 2010

Ibu baca suratkhabar pasal setiap kedai kena lapor dan minta kebenaran pada Kementerian untuk buat sales atau warehouse sales. Kedai-kedai tersebut harus serah senarai harga barang asal dan harga selepas sales. Untuk mendapat kebenaran, kedai juga harus menawarkan potongan 70% kepada sejumlah barangan tertentu. Ini semua untuk mengelakkan pelanggan tertipu.

Yup, Ibu sangat sokong. Semenjak 2,3 tahun kebelakangan ni banyak sales atau warehouse sales yang bunyinya gempak tapi huhu tak kemana. Kedai-kedai juga sekarang banyak letak up to 80% la 70% padahal yang betul sampai 70-80% tu hanyalah selonggok kecil barang yang tak cantik dan outdated. Ada juga kedai-kedai yang menaikkan harga terlebih dahulu kemudian kononnya bagi kita diskaun sampai 70%. Ini Ibu pernah terkena. Ibu pergi warehouse sales kat mana tah, jual baju baby. Konon murah satu RM5, bila Ibu belek-belek, siap ada tanda harga lama lagi yang harganya cuma RM4. Adeh sakit hati betul. Terus tak jadi beli. 

Satu lagi pasal nama warehouse sales. Kalau 3 tahun dulu, kalau namanya warehouse sale, mesti adalah memang warehouse sales. Maknanya barang-barang dijual dalam kuantiti yang banyak dan sangat murah dari harga luar. Contohnya Pureen Warehouse Sales, My Dear Sales, Correll Warehouse Sales dan Adidas Warehouse Sales. Tapi sekarang, Ibu perasan banyak betul warehouse sales sana sini. Ada juga Ibu pergi kalau yang dekat rumah tu, banyak yang tipu je. Ala-ala garage sales pun ada ataupun sekadar nak jual barang yang dah lama. Ada yang harga lagi mahal pada Jusco sebelum sales. Haihh macam mana tu.

Jadi, sebelum anda meredah sales kena la dapatkan feedback dulu. Kadang-kadang nama je gah. Bila pergi buat sakit hati je. Tapi sekarang dah mudah nak tahu mana yang best. Kalau dulu, harap ternampak banner kat tepi jalan. Sekarang masuk je SNS Sales. Register email kat situ. Hari-hari dapat info pasal sales. Kalau berminat, tanya or tunggu feedback dari customer lain. Kalau warehouse sales yang berbaloi pergi, beratus komennya. Kalau yang tidak tu, faham-faham jelah.



Ini juga menjawab persoalan kenapa Ibu dah jarang letak maklumat mengenai sales di BabyIbu. Rasanya semua dah tau dan boleh terjah sendiri SNS Sales ni. Kalau Ibu letak tu maknanya memang berbaloi dan Ibu mungkin pergi. Oh ya, alang-alang dah cerita topik ni, Pureen Warehouse Sales akan berlangsung pada 7-8 Ogos 2010 manakala dengar cerita Anakku Warehouse Sales pun tak lama akan datang (31/7 - 2/8).Apa lagi. Jom jumpa di sana!!

P/s: Kesimpulannya, jadilah pembeli yang berhemah!! Kalau berbaloi kita terjah, kalau tak jangan jengah. Hehe. Till then.

P/s: Pembetulan: Anakku Warehouse Sales akan diadakan pada bulan 12. Harap maklum. Maaf atas ketidaktelusan.

@ Yang Menanti Anda

Ini adalah hadiah-hadiah yang menanti peserta BabyIbu Giveaway: BabyRuffkins:

1- Fisher rice bop & beat drum bernilai RM109.90



2-Fisher Price Pop-Onz Jungle Block bernilai RM39.90


3-Fisher Price Winnie the Pooh Surprise Stacker bernilai RM39.90




4-ELC Blossom Farm Soft Bowling Set bernilai RM25


5- Barney Foaming Castle bernilai RM35


Haa. Menarik bukan. Jadi sertailah BabyIbu Giveaway: BabyRuffkins. Tarikh tamat 6 Ogos 2010 - lambat lagi tu kan. Maklumat lanjut KLIK SINI.

P/s: Beribu-ribu terima kasih kepada sponsor yang baik hati: BabyRuffkins

@ Kuih Frozen

Saturday, July 24, 2010

Zaman sekarang ni mudah.Macam-macam ada. Kuih macam karipap, donat, kuih kacang, cucur bodak, pau dan macam-macam lagi boleh beli yang frozen je. Pagi-pagi bangun goreng/kukus je. Kalau dulu, Ibu pagi-pagi lepas mandi sebelum pergi sekolah tunggu depan rumah. Tunggu motor kuih datang. Nanti dalam gelap-gelap tu pilihla kuih untuk breakfast. Maklumlah Mama kerja, pagi-pagi dah bangun masak lunch jadi breakfast beli jelah. 

Kalau dulu, Ibu selalu beli karipap frozen kat mak cik kat Jitra ni. Kira kami sekeluarga memang pelanggan tetaplah. Dijamin sangat sedap. Sesiapa yang pernah datang rumah Ibu pasti dah pernah rasa (oh Ibu jamu tetamu pakai kuih frozen je, buat sendiri tak reti tak sempat). Tapi, yang sedihnya, tahun lepas mak cik tu meninggal dunia kena langgar (inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ke atasnya). Jadi takde lagilah kuih karipap sedap.

So sekarang masih mencari kuih frozen yang sedap. Karipap belum jumpa tapi hari tu Ibu beli cucur badak jenama Noni. Haa memang sedap. Kuih kacang die pun sedap. Ini ha Ibu ambil gambar kat Giant hari tu. Time ni takde pula Cucur Badak tu. Ibu suka beli buat simpanan. Habuan nak jamu tetamu atau bila lapar pagi-pagi tapi malas nak buat breakfast.


Bila rajin baru buat cucur kentang (em sedapnya bila teringat). Tapi mengenangkan Ibu je nak makan (Ammar akan makan satu dua je, Ayah pula tak suka cucur ni) - malas jadinya. Yelah buat sorang-sorang lepas tu makan sorang-sorang kurang semangatnya.

Ingat dulu kat UTM, bab masak lain tak pandai, pandai masak cucur je. Sekali tu masak cucur jagung, rupanya ramai tak pernah jumpa ye. Hehe. Azza ke yang bawa jagung time tu. Tapi tensen tukang masak, asal angkat gorengan je habis, asal angkat habis. Last-last kena simapn kat dapur. Siap masak baru boleh makan. keke. Manisnya kenangan dulu-dulu.

@ Alkisah Baju Raya

Friday, July 23, 2010

Puasa dah nak dekat. Pasti ramai dah mula cari baju raya kan? Mula-mula kena cari tema dulu. Tema baju raya keluarga kami tahun ni mungkin ungu atau hijau. Itu adalah keputusan based on baju Melayu yang Ayah dan Ammar ada. Hehe. Ibu je kena cari baju baru. Keke.

Tadi melawat blog kain sutera. Nak cari kain la ni. Nak pergi jalan TAR malas. Ramai orang plus dengan Ammar. Kang shopping ke mana, apa ke mana. Ibu berkenan sungguh tengok kain Batik Sutera Terengganu ni. Cantik bangat.

 

Sebelah kiri nampak lembut je, yang sebelah kanan nampak moden. Oh sungguh berkenan. Lepas tu nanti boleh jahit manik kat baju tu. Kasi naik sikit. Macam ni ha - Ibu suka jahit manik tabur.




Cantik kan. Kalau design bawah tu untuk baju kosong mesti menarik. Kalau nak jahit manik bolehla tengok blog jahit manik ni. Harga dalam Rm18 ke RM70. Ikut design la kan. Siap ada harga special untuk reader BabyIbu lagi. So apa tunggu lagi, lambat-lambat nanti orang tak ambil tempahan tau. Ibu dah nak hantar ni. Nanti siap Ibu review lagi. Till then.

@ Dosa-dosa di FaceBook

Untuk renungan bersama (dapat dari email)..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun dikesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. 
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sumber
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Mei 2010

P/s: Ada juga rasanya yang boleh diaplikan dalam penulisan blog.

@ Posto posto

Thursday, July 22, 2010

Setelah berhempas pulas bersama Ammar membalut botol dan juga hadiah, semuanya berjaya dipos pagi tadi. Diharap semuanya selamat sampai.


P/s: Call for third order - Botol Weego. Third order akan dibuat petang Jumaat. Tq.

@ Akhirnya dapat juga barang idaman

Ingat tak Ibu pernah cerita pasal cordless vacuum cleaner idaman hati?


Electrolux Vacuum Cleaner ZB2811 - RM519

Last week, kan ada Maybank Treat Point. Sekali Ibu tengok brochure die, haihh ada pulak Vacuum Cleaner ni. Tapi banyak juga la point die nak. Dalam 105, 000. Ibu pun suruh Ayah check Ayah punya Maybank Point. Alhamdullillah sekali ada 107, 000. Maklumlah time buat rumah dulu kan bayar kabinet , perabot itu ini.

Mula-mula Ayah tak nak. Kata Ayah rugi point Ayah. Kalau beli barang lain dapat 2-3 benda. Huhu. Tapi Ibu tak kata apala. Sekali tu, pagi Sabtu, tiba-tiba Ayah suruh siap. Ayah kata kalau nak pergi Maybank Treat Point tu jomla. Apa lagi melompatla Ibu siap. Hehe. Sampai di Midvalley pukul 11 lebih. Dah agak lewat, parking susah nak cari dan orang memang ramai. Macam semut. 

Di Customer Service. Ayah check point dan isi borang update profile. Dapat la beg free satu. (Ini Ibu paksa suruh Ayah isi - keke)

Banyak booth yang terlibat. Majoriti barang elektronik. Diorang akan letak berapa point yang diperlukan pada barang-barang.



Inilah dia..idaman hatiku..


Check dulu. Suction die kuat ke tidak dan sebagainya.

Akhirnya, kami beli warna ungu tu. Yeayyy. Lepas beli terus balik sebab orang ramai sangat dan dah lapar.


Ammar baik je dalam stroller..

Review selepas guna: Memang bagus produk ni. Bila nampak rambut sikit je. Ibu pun ambil dan vacuum. Tak payah nak pasang wayar dan juga tak terkedek-kedek guna penyapu. Kalau sekadar untuk bahagian bawah rumah mmg lepas. Tapi kalau seluruh rumah tak dapat la. Cons die sebab harga die yang agak mahal. Dari segi lain..Ibu sukaaa.
 

@ Panggilan Pulau

Wednesday, July 21, 2010

Ibu tengah sibuk packing ni. Diharap nama pena (yang digunakan semasa menghantar email contest) yang dinyatakan dibawah dapat email nama, alamat dan no. telefon kepada babyibu at gmail dot com secepat mungkin untuk urusan penghantaran hadiah. Terima kasih.

Putubambu
IbuHasha
Cik Keema

P/s:" Atas sebab teknikal, ada beberapa orang yang tak dapat Ibu email. Kepada peserta yang namanya tidak termasuk di atas, maknanya esok hadiah akan dipos kay. Till then. 

@ Alkisah Telur

Ada satu kisah masa Ibu kecil dulu. Ibu suka makan roti canai telur. Jadi setiap kali kami sekeluarga breakfast di luar, mesti order roti canai telur. Satu hari di satu kedai tu, Ibu pun macam biasala order. Lepas order sembang-sembang dengan adik-adik (ke gaduh-gaduh - keke - masa kecik suka gaduh2). Tiba-tiba Abah bangun. Untuk pengetahuan semua, Abah merupakan orang yang suka observe sekelilingnya. Abah pergi ke tempat orang buat roti canai tu dan sound. 

Saya tak nak roti yang ini. Buat roti baru. Sebelum tu basuh dulu semua telur tu.

Kami pun hairan la (erkk malu pn ada juga sebab Abah sound kuat). Rupa-rupanya, orang jual roti canai tu tak basuh dulu telurnya. Siap boleh nampak lagi tahi tempek. Yelah kalau buat roti canai tu kan diorang macam pecahkan je telur. Silap-silap mau makan tahi. huhu.



Sejak tu, Ibu pun jadi alert bab ni. Kepada kawan-kawan di luar sana, jangan lupa basuh telur anda selepas beli. Kadang-kadang kita tak perasan ada bekas tahi or kotoran. Bukan apa, nanti bila masak takut termasuk dalam makanan kita. Terutamanya kepada yang suka pecahkan telur di tepi kuali tu. Silap-silap nanti ada yang sakit.

Satu kisah lagi, pasal pecahkan telur pula. Ibu mesti pecahkan telur dalam cawan dulu. Ayah pernah tanya kenapa, yelah nape tak pecahkan terus je kan. Kenapa? Sebabnya Ibu pernah tengok satu kejadian di mana bila pecahkan telur ada fetus anak ayam dalam tu. Adehh. Telur lama agaknya. Huhu. Sejak tu memag tak berani lagi direct pecahkan telur dalam food.

Oklah. Nak masak gulai telur jap (hehe itu yang dapat idea cerita telur tu). Hari ini Ibu akan sibuk packing hadiah dan botol Weego tu. till then.

@ JOHNSON’S® Baby ‘Baby of the Year 2010’

Tuesday, July 20, 2010



Pertandingan JOHNSON’S® Baby ‘Baby of the Year’ kembali lagi. Syarat die adalah bayi yang lahir pada atau selepas 1 Oktober 2007. Emm Ammar bole masuk lagi ni. Hehe. Tapi Ibu perasan jarang Malay dapat masuk final. Nape eh? Huhu. Ini cara nak masuk:


Tarikh tutup31 Ogos 2010. Ini pulak hadiah yang menanti anda:


Maklumat lanjut KLIk SINI

@ Pesanan Dah Sampai

Semalam Ibu pergi ambil botol Weego. Warna-warni. Cantikkk kata Ammar. Diharap yang membuat pesanan boleh uruskan pembayaran dan Ibu akan uruskan penghantaran. Hari ni Ibu kursus lagi. Jadi mungkin esok atau lusa Ibu akan mula pos bersama dengan hadiah Warkah Untuk BabyIbu. Harap semua bersabar ye. Oklah nak siap ni.

Nasib baik pergi ambil naik kereta


Warna warni kan?

Model nak masuk gambar tapi tak nak posing diam-diam..

Maklumat lanjut KLIK SINI

@ Pergi Kursus!!

Monday, July 19, 2010

Hari ni ada kursus. Kursus untuk SLAB/SLAI. Dari pagi hingga petang. Jadi sibuklah sikit.

Pasal pergi Sarawak, Ibu tak dapat ikut. Huhu. Ayah pergi sorang je. Tiket mahal kata Ayah. Maklumlah AMmar pun sekarang dah kira Adult. Adeh tak bolehka minta infant sebab confirm die dok atas riba juga. Huhu lagi.

Pasal Weego, Ibu akan dapat barang minggu ni. Maaf lambat. Kawan Ibu terbersalin awal. Lepas tu ada complication. Die kena operate dan anak die masuk ICU. Kita semua doakan semuanya ok ya.

Oklah. Till then.

@ Siapa la punya strategi pemasaran?

Sunday, July 18, 2010

Dalam perniagaan, strategi pemasaran itu penting. Sebab itulah kalau perasan, di tempat susu atau lampin pakai buang, kadang-kadang diorang letak toys. Ini bukan apa, nanti kita pergi beli susu atau lampin pakai buang, anak nampak toys tu. Daripada 10, mesti 2-3 orang akan belikan juga untuk anak mereka. Haa betapa pentingnya strategi pemasaran tu. Yelah, ibu bapa mesti jarang masuk kawasan toys kalau sekadar nak beli barang dapur minggu-minggu. Ye tak?

Tapi kan. Baru-baru ni Ibu pergi hypermarket, Ibu nampak pemandangan seperti di bawah ni. 


Nampak tak yang belah kiri tu. Diletaknya di kawasan yang sangat terbuka. Hadehh. Sungguh tak sensitif. Ibu tengok pun rasa malu. Apatah lagi nak belek-belek. Mungkinla itu satu strategi pemasaran, diletaknya di kawasan semua orang lalu dan di pamernya tinggi-tinggi. Tapi Ibu still rasa tak sesuai. Korang rasa sesuai ke?

@ Sungguh Cantik

Friday, July 16, 2010


Hadiah "Warkah Untuk BabyIbu" dah sampai semalam. Wah..sungguh cantik. Corak-coraknya sangat menarik. Ada wristlet dan ada card wallet. Ibu sangat teruja tengok. Meh sini Ibu tunjuk sikit:

Semua Hadiah

Ni yang sungguh cantik tu

Ibu dah pun email para pemenang. Ada beberapa email bounce jadi kepada sesiapa tak dapat email tu, diharap boleh email Ibu nama, alamat dan nombor telefon untuk proses penghantaran. Maaf juga kerana tak dapat reply panjang-panjang. Masa tak mengizinkan. Insyaallah Ibu akan compile semua dan jawab dalam satu entri khas.

Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat pada yang sudi sertai. Terima kasih tak terhingga juga kepada co-sponsor kali ni. Kak As dari ToteBoutique. Memang sungguh cantik beg-beg buatan Kak As. Ada rezeki kita buat lagi ye. 

P/s: Jangan lupa sertai BabyIbu Giveaway: BabyRuffkins yang tengah berlangsung sekarang sehingga 6 Ogos. Banyak hadiah menarik untuk anak anda.

@ Petua nak anak perempuan?

Since anak sulung lelaki, Ibu teringin nak anak perempuan pula. Yalah, tak tahan tengok baju for girls kat kedai tu. Cantik-cantik. Geram. Hehe. Lagi pun anak perempuan boleh tolong Ibu bila besar nanti. Tapi, ramai orang kata adik Ammar nanti lelaki. Sebab apa? Sebab tengok nipple Ammar. Nipple Ammar dua-dua timbul jadi adiknya lelaki. Kalau salah satu tenggelam, barulah adiknya perempuan. Ini kata-kata orang tua la ye.

Ibu sekarang tengah cari petua nak anak perempuan pula. Banyak juga petua Ibu dapat. Antaranya ialah:

  • tengok kalendar Cina - rujuk sini
  • selepas persetubuhan, tidur miring ke kiri - rujuk sini
  • elakkan makanan laut untuk suami isteri (haih - dahla favourite nih)
  • banyakkan makanan berasid seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, coca cola dan banyak lagi
  • subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati. Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
  • kalau boleh posisi suami berada di atas
  • melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan (errk? tak tahu sangat)
  • guna petua 7-10-10 (7 hari period, 10 hari pertama – anak lelaki, 10 hari terakhir – anak perempuan)
Haa, banyak tak? Kena amalkan dari awal ni. Hehe. Kalau petua untuk anak lelaki apa pula? Senang je, berlawanan la dari yang kat atas seperti makan makanan beralkali, makan banyak seafood dan sebagainya. Petua akhir tu betul la kot, sebab Ammar dulu rasanya lepas period (mengikut petua di mana lepas period adalah time subur). Korang yang dah ada anak perempuan macam mana, ada petua nak share?




@ Alkisah Susu

Thursday, July 15, 2010

Hari ni Ibu agak sibuk. Baru habis dengar talk. Ni dok submit order Weego tu pulak. Berbalik hal susu, em ada seorang reader tanya, berapa lama susu boleh tahan? Sejak Ammar lahir, setiap bancuhan susu Ammar (susu formula la ni) akan Ibu pakai selama 4 jam sahaja. Lebih pada itu, kalau still nampak macam elok lagi pun Ibu akan buang.



Jadi, andai kata sekali minum tak habis sebotol, contohnya buat 8 oz abis 6 oz sahaja. Ibu tak akan buat susu tambahan ke atas botol yang sama. Takut nanti susu lama yang 2 oz tu dah tak elok dan bercampur dengan susu baru. Kita pula kira jam based on susu baru. Kang tak pasal anak kita sakit perut ke apa. Biarla rugi daripada anak kita sakit kan?

@ Dilantik Jadi Duta Produk

Wednesday, July 14, 2010

Saje letak tajuk gempak sikit hari ni. Hehe. Alkisahnya, kawan Ibu yang jual botol Weego tu tak pandai berInternet. Jadi dengan rasminya die melantik Ibu menjadi wakil di dunia maya ini. Ibu pun dengan semangatnya tolong buat blog shop untuk Botol Weego ni. Mudah skit nak promote. 



So selain botol Weego yang korang dah tau macam mana rupanya. Ada beberapa lagi produk Weego ni. Antaranya:


Multi-Sensory Silicone Teether ni bernilai Rm34.90. Special promotion untuk reader BabyIbu - RM30 (limited). Selain itu ada nipple yang dijual berasingan dan beberapa aksesori lain. Nak tahu lanjut boleh rujuk SINI.

Sesiapa yang masih gusar atau was-was pun boleh dapatkan maklumat lanjut di blog WeeGo ni. Ibu dah letak semua. Klah selamat berweego!!

@ Merokok?

Rasanya semua tahu merokok tu merbahaya. Dari budak kecil hinggalah ke pangkat atuk semuanya sedar bahaya merokok. Ini Ibu quote dari email Ibu dapat tentang bahaya merokok.
Penyebab utama kanser adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Satu sedutan rokok adalah 600 kali lebih merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam.
Tapi semua juga sedia maklum masih ramai yang suka merokok. Nak buat macam mana, dah jadi tabiat. Sukar nak dibuang. Entri hari ni juga bukan nak buat kempen jangan merokok. Entri ini adalah kempen jangan merokok di kawasan ada anak kecil/bayi.

Kalau di tempat awam, Ibu tengok ramai yang merokok dengan sesuka hati. Ibu tak kisahla kan. Tapi kalau boleh harap ada yang peka dengan keadaan sekeliling. Janganlah main hembus-hembus tak tentu hala. Kena kita satu hal. Itu boleh la sabar lagi walau dalam hati tu me Ibu memang tahan jelah.  Tak pasal aku bau asap sekali. Tapi yang buat Ibu tak tahan, dah tahu sebelah meja ada budak kecil. Dihisapnya juga sambil hembus-hembus. Abislah anak aku kena asap rokok.

Banyak kali juga Ibu sound kalau ada mamat-mamat yang macam tu. Kalau dulu, Ibu malu nak tegur. Buat-buat isyarat tak suka jelah. Kibas-kibas muka Ammar ke macam tu. Tapi sekarang Ibu memang akan selamba tegur. "Em maaf ye, asap rokok kena anak saya". Biarla die nak kata Ibu apa. Kang tak pasal Ammar sakit pula. Huhu.

Pendek kata. Tak kisahla nak merokok ke tak. Itu hak anda. Tapi bila merokok yang asapnya kena semua, orang tak boleh la kan. Dah kira tempat awam kan. Tapi alhamdullilah, banyak yang suami kawan-kawan Ibu semua bagus, nak merokok mesti pergi jauh-jauh. Semua sedar bahaya kepada anak. Macam tu barula respect. Ye tak?



@ Betul ke ni? Takutnya

Tuesday, July 13, 2010

Latest news: Kawan Ibu check - Electromagnetic won't penetrate into fridge - harap-harap betul.

Ibu dapat email daripada kawan baik Ibu pasal fridge magnet ni:


Subject: FW: Decorative Magnets on Refrigerators - Dangerous 

A number of researchers at Princeton's University have discovered
something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the “radiated” food had as much as 87 % higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food.

Kindly pass this information to your contacts

Isy ada sesiapa boleh confirmkan atau any komen? Takut weh. Dah la Ibu suka kumpul fridge magnet ni. Nampak gaya buat masa ni kena alihkan dulu ke tempat lain. Tak nak ambil risiko. Huhu.

@ Memang Berkesan

Ingat tak entri Ibu pasal semut di rumah? Ramai bagi idea guna racun semut. Ayah pun pergi beli. Ayah beli masa sembahyang Jumaat (ada gerai jual agaknya).


Ini la rupanya. Ibu letak kat tempat laluan semut. Kat hujung-hujung dinding. Takdela kat tempat terbuka takut kena kat Ammar pula. Alhamdullillah dalam 2-3 hari hilang semutnya. Sampai hari ni pun takde. Ibu sukaaa. Ibu kasi 5 bintang. Hehe.

@ Call for order!!

Monday, July 12, 2010

Ibu nak buat second order untuk botol Wee Go botol ni. Sesiapa berminat boleh email babyibu at gmail dot com.



P/s: Sape nak order tapi nak bayar lepas dapat gaji pun boleh. 

@ Kenapa sembunyi?

Ibu perasan setiap kali Ammar nak 'membuang' mesti Ammar akan sembunyi-sembunyi. Kadang-kadang  belakang kerusi, kadang-kadang belakang langsir. Pastinya kalau tiba-tiba lari ke sudut mana-mana sambil sembunyi dengan muka serius tu tak lain tak bukan nak 'membuang' la tu. Ibu ajar duduk cangkung tak nak, Ibu nak peluk sebab kesian muka merah (time 'keras') pun nak ak nak. Adeh kesian betul. Tak tahu nak buat ape. Anak korang ada macam ni tak?

Satu lagi bab bau. Ini paling tak boleh tahan. Semerbak sungguh. Huhu. Tapi tkpela sayang. Janji poopo. Kalau tak, lagi Ibu risau.


@ SusuIbu.com International Lactation Conference 2010

Saturday, July 10, 2010

Ibu dapat email pasal conference yang dianjurkan oleh SusuIbu.com. 



Wah tak sangka, ingat buat paper je ada conference. Tahniah pada SusuIbu.com. Ini Ibu paste dari email.

Buat julung kalinya, SusuIbu.com akan menganjurkan sebuah persidangan laktasi bertaraf antarabangsa di Malaysia yang dinamai SusuIbu.com International Lactation Conference 2010 pada 5 hingga 7 Oktober, 2010.
Di dalam persidangan ini, kami telah membawakan khas 3 orang penceramah utama iaitu Dr Jack Newman, Diana West dan Sue Cox yang masing-masing adalah pakar dan penulis buku terkenal dalam bidang penyusuan ibu.
Mengapa anda perlu hadir?
- Untuk memberi pendedahan tentang isu semasa dan perkembangan terkini dalam ilmu penyusuan dan laktasi
- Untuk menyertai perbincangan bersama pakar laktasi dalam dan luar negara, mengikut kepakaran masing-masing
- Untuk berkumpul dan berinteraksi dengan rakan-rakan laktasi dan berkongsi pandangan, idea serta teknik mengikut trend terkini dalam masyarakat masing-masing.
Antara topik-topik menarik yang akan dibincangkan dalam persidangan 3 hari ini adalah:
- Targetting treatment for Low Milk Production to infant and maternal management cause
- Milk production for preterm baby
- Norms for the breastfeeding baby
- What they didn't teach you about breastfeeding in your training
- Making more milk
- Baby magic and altering hospital breastfeeding culture
- National Health Morbidity Survey on infant feeding
- Building Peer Counselor Network in Malaysia
- Early stimulation for babies
- Strengthening the on going support
- Controversies in breastfeeding

Semua ahli SusuIbu.com akan diberi diskaun sebanyak 10%. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan berdaftarlah hari ini!!

Borang pendaftaran



Jadual Conference

Kalau tak jelas boleh dowload dari: http://www.susuibu.com/siconf2010/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop