@ Alkisah Kuih Raya

Friday, July 30, 2010

Hari tu dah cerita pasal baju raya, kali ni pasal kuih raya pulak. Selalu kuih raya Ibu buat dengan Mama dan adik Ibu. Buat 2,3 hari sebelum raya. Buat kuih simple-simple macam kuih cornflake, semprit dan kek sebiji. Cukupla sebab kami tak beraya di rumah. Kami pergi jalan beraya rumah orang - balik kampung la katakan. Tapi tahun ni Ibu raya di negeri Sembilan. Tak dapatla nak buat kuih sama-sama. Adeh tiba-tiba rasa sayu pulak. Huhu.

Tahun ni, tak pasti lagi macam mana. Rasa macam nak buat sendiri sebab nak test oven baru - ehem Ibu dah test sekali tau masak puding roti - kang korang kata Ibu beli oven buat hiasan pula. Hehe. Tapi, mengenangkan anak Ibu yang perajin dan rajin membantu tu. Macam terbantut la hajat. Huhu. Hari tu buat puding pun bertempik, Ammar sibuk nak tolong tuang la, itu la ini la. Ini kan pula nak gentel-gentel kuih tu. Ada can kuih ke mana, Ibu kemana. Ammar lagi la ke mana-mana. Huhu.

Ibu ingat macam nak beli je. Kawan Ibu ada jual kuih. Ibu dah test drive - memang sedap kuihnya. Murah pun murah. Beli buat habuan nak kasi MIL dan tok kat kampung. Ini kuihnya - klik gambar untuk lebih jelas.


Ibu suka kuih Ice Cream dan Short Bread. Nyum-nyum. Lepas tu ingat nak beli set tupperware pula. Yelah nak simpan kuih kan. Kena la kedap udara supaya tak masuk angin (em alasan kena kuat ye puan-puan). Ibu tengok katalog Ramadhan di blog Tupperware ni cantik-cantik dan murah. Aihh gatal tangan kiri ni.


Tupperware kaler kuning tu cantik kan. Sesuai simpan kuih kan? Kan Ayah kan? kan? kan? kan?

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

This is .... said...

mau tupperware kah? kalau minat hubungi saya.. harga baik punya :) kot ada kawan2, bole recommend lah.. hehe.. nak raya ni, macam2 nak hehe..

deena awanis said...

jual kuih raya gak..made by MIL..jemput laa tengok..=)

Adyshariz said...

saya dh 2 tahun buat kuih sendiri..sebab mak,adik,nenek,makcik smua order kat saya..tapi bagi wet beli brg je..no upah2 ..hu..hu..penat..tapi iklas tolong

BIONIC WOMEN said...

tahun ni kami sekuarga beraya di Pahang umah my mom..so xyah pening2 pikir kuih sebab besenya memang dah x termakan..sebabnya adik2 beradik mymom bergotongroyong wat kuih, sorang 2 jenis..ada 7 org adik beradik..so bayangkanlah.itu blum masuk anak2 mak sedara yg rajin2 tuh...jimat beb..tapi asenya tupperware kena bli gak ni...nak isi kuih bawak balik kl nnti..hahahaha..bertuahnyer anak..

Oyis said...

'spirit of ramadhan' tuh. slogan meniaga sungguh x hengat2 tupperware nih... tp mmg cantiklah bekas nya, sayang nya, mcm raya tahun2 yg lps, x buat kuih apa pon, kalo x gi lab n buat open house masa 1st day tu dah cukup baik la kiranya tuh hehehe... apapon, salam ramadhan buat yana sekeluarga :)

Tupperware Ville said...

thank to yana(babyibu) sbb promosikan blog tupperwareville.

utk pengetahuan semua, harga pos tak mahal coz brangan tupperware tak berat. xsmp rm10 pon ;) so sudi2kan lah jengah ke tupperwareville okes!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop