@ Alkisah Telur

Wednesday, July 21, 2010

Ada satu kisah masa Ibu kecil dulu. Ibu suka makan roti canai telur. Jadi setiap kali kami sekeluarga breakfast di luar, mesti order roti canai telur. Satu hari di satu kedai tu, Ibu pun macam biasala order. Lepas order sembang-sembang dengan adik-adik (ke gaduh-gaduh - keke - masa kecik suka gaduh2). Tiba-tiba Abah bangun. Untuk pengetahuan semua, Abah merupakan orang yang suka observe sekelilingnya. Abah pergi ke tempat orang buat roti canai tu dan sound. 

Saya tak nak roti yang ini. Buat roti baru. Sebelum tu basuh dulu semua telur tu.

Kami pun hairan la (erkk malu pn ada juga sebab Abah sound kuat). Rupa-rupanya, orang jual roti canai tu tak basuh dulu telurnya. Siap boleh nampak lagi tahi tempek. Yelah kalau buat roti canai tu kan diorang macam pecahkan je telur. Silap-silap mau makan tahi. huhu.



Sejak tu, Ibu pun jadi alert bab ni. Kepada kawan-kawan di luar sana, jangan lupa basuh telur anda selepas beli. Kadang-kadang kita tak perasan ada bekas tahi or kotoran. Bukan apa, nanti bila masak takut termasuk dalam makanan kita. Terutamanya kepada yang suka pecahkan telur di tepi kuali tu. Silap-silap nanti ada yang sakit.

Satu kisah lagi, pasal pecahkan telur pula. Ibu mesti pecahkan telur dalam cawan dulu. Ayah pernah tanya kenapa, yelah nape tak pecahkan terus je kan. Kenapa? Sebabnya Ibu pernah tengok satu kejadian di mana bila pecahkan telur ada fetus anak ayam dalam tu. Adehh. Telur lama agaknya. Huhu. Sejak tu memag tak berani lagi direct pecahkan telur dalam food.

Oklah. Nak masak gulai telur jap (hehe itu yang dapat idea cerita telur tu). Hari ini Ibu akan sibuk packing hadiah dan botol Weego tu. till then.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

eliss pulak memang dah tak order roti telur sejak tengok cerita senario yang apek buat roti telur tu..haih..geli geleman bila ingat2..muahahaha

Anasfadilah said...

telur memang kena basuh,yelah macam yana kata ada taik ke apa melekat kat telur,masuk dalam makanan tak ke najis namanya

dekat penang,di seberang prai,ada kuew tiaw telur basuh,ramai gila customer,and each and every egg dalam tray dia basuh,boleh namapk dia basuh telur tu :)

mila.ibunajihah said...

bagus peringatan babyibu, saya pun sama, kena pecahkan telur dlm cawan dulu sbb dah penah kena, elok da pecah 2-3 biji telur dalam mangkuk (sebab nak wat kek) tetiba yg next tu telur busuk..adeii..rusak plan.

MamaYatie said...

betul ckp ibu..saya pun amalkan macam tu,basuh dulu & pecah telur dlm mangkuk..takut nnt sia2 jer masakan dlm kuali/periuk kena buang sbb telur busuk..huhu

Drama Mama said...

haaa betul! i pun memang praktikkan basuh dulu telur tu. tapi bab pecah tu selalu terus masuk kuali. huhuhu

http://twinkywinkystars.blogspot.com

kinna said...

dila, kat penang bukan setakat char kuey teow telur-dibasuh, murtabak pun ade yg telur dibasuh,tau..

teringat telur kemurut (teloq kemuqot)..hehe

Ieja RizaLiza said...

betul ... sya pun pernah pecahkan telur trus dlm makanan tp telurnya dah busuk. serik betul.

Blogger said...

"...upa-rupanya, orang jual roti canai tu tak basuh dulu telurnya."..

TELURNYA tu yang mana satu...

telur ayamkah.. atau "TELUR" si pembuat roti tu..

MAKLONG la teman nih reverse thinker.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop