@ Bengkak Susu

Friday, July 2, 2010

One of the reader tanya masalah berkenaan bengkak susu ni. Ini Ibu post email dari die:

slm sis..
tau tak cam ne nak ilangkan sakit bengkak susu..?anak sy dah tak nak bf lg.
dah cari info pasal ni..tp if sist yana ade pengetahuan lbh pasal ni plz kongsi..
yg sy tanya n baca diorg bgtau:
1. tuam ngn air suam n perah susu tu..
2. org ckp biarkan aje susu tu..jgn perah..
ok sist...tq..
Berdasarkan pengalaman Ibu, kita kena urut untuk keluarkan susu ni. Takut nanti bengkak teruk dan boleh sampai demam. Tak salah ada dengar petua letak daun kubis  - ada sesiapa boleh verify? ingat-ingat lupa. Bila Ibu Google, ada info pasal rawatan bengkak susu Ibu dapat dari sini:

Bengkak Susu
Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza di antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara. Rujuk halaman sebelah untuk resipi berkaitan.

Rawatan Bengkak Susu

Rawatan Tuaman

Bahan:
1 genggam halba
1 genggam jintan hitam
1 genggam ketumbar biji
12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar
1 cekak daun sirih

Cara menyediakan:
1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.
2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.
3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

Amalan minuman

Rendam satu genggam halba di dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan tambahkan madu lebah asli. Jika mahu, halba boleh direndam di dalam susu lembu atau susu kambing dan ditambahkan madu. Minum satu hingga dua cawan setiap hari.

13 kawan BabyIbu berkata-kata..:

BIONIC WOMEN said...

ibu...eily dulu xder masalah bengkak susu pun even Dhiya dah lepas susu..caranya first: nak lepas susu tu biar slow2, kurangkan waktu bagi susu, kalau benti trus memang sakit..then amalkan tiap kali pas bagi susu lap B ngan tuala suam..yg daun kobis tu pun mak ajar suh buat bila nak benti susu..

nieda said...

thanx info..kdg2 terjadi gak bengkak susu

Oyis said...

psl daun kobis tu kita pernah dgr gak. tp x tahu la kena tumbuk dan tepek ke, terus main tepek je kat breasts..

Ibu_Khalish said...

Bagi saya daun kobis tu tak berkesan langsung. Bila breast rasa nak bengkak, mak ajar sapu dgn pekatan air asam jawa. Insyaallah, sejuk n lega sangat pas tu.

Wan Anie said...

2 anak sebelum ni xde bengkak susu sebab berenti slow dan diorg sendiri tak mahu... agknyer sebab dah xde susu kut :D

anak ke3 ni tak tahu lah cemana, hope ok juga...

jika bengkak susu, elok dikeluarkan sikit susu , lepas tu oleh ikut petua yg macam2 tu... InsyaAllah akan hilang dengan sendiri...

Blog Tinta Comellote

Sherry said...

can also try put on warm towel on breasts before express.

shikin said...

tq sist..
skrg rase sakit makin kurang..
tp sedih bila anak dah tak nak bf lg..

HangNawa said...

Salam Buat Blogger Baby Ibu...
Isteri saya mahani sekarang ni menghadapi masalah bengkak susu.Sampai dah naik kaler merah dia punya bengkak dan kadang2 dah macam berkilat.Bila malam,saya akan menolong isteri saya memerah susu...tapi sikit saja yang keluar.Dah bermacam cara kami guna,demah dengan air suam,letak kobis,letak ais pun penah try...tapi tak jugak hilang dan masalah ni dah berlanjutan hampir 2 minggu.Minta nasihat sekiranya BabyIbu ada cadangan?

Hang-Nawa

BabyIbu said...

salam

mungkin boleh jumpa dr. Nanti dr akan bagi ubat. ADa kawan pernah kena, dr bagi ubat kecil2 warna hijau.

Hang-Nawa said...

ooo...tak pe ke....takut risau effect kat susu badan punya produce je

BabyIbu said...

kawan saya pun menyusu lagi. die ok. makan sampai surut pastu stop. better consult dr pap pun. takut nnti wife demam bengkak susu ke apa.

Hang-Nawa said...

hmm...tima kasih.....nanti try bawak wife pegi klinik.....mintak2 tadak apa2 la

Rakan Farmasi said...

Akak nak kongsi petua yang akak gunakan untuk mengurangkan penghasilan susu ibu secara semulajadi. Apabila susu dalam payu dara sudah penuh, perah untuk keluarkan susu, TETAPI.. perah sekadar untuk mengeluarkan jumlah susu agar tidak bengkak payu dara. Otak kita akan menafsir bahawa susu badan mencukupi dan penghasilan susu akan menjadi kurang dari semasa ke semasa. Akak juga rekomen bagi para ibu yang ingin mencuba, boleh ambil sejenis ubat dari farmasi. Amat berkesan, tapi kalau para ibu yang nak cuba cara semulajadi, akak rekomenkan cara yang akak kongsikan awal tadi. Semoga berjaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop