@ Bila Sales Macam Tak Sales

Monday, July 26, 2010

Ibu baca suratkhabar pasal setiap kedai kena lapor dan minta kebenaran pada Kementerian untuk buat sales atau warehouse sales. Kedai-kedai tersebut harus serah senarai harga barang asal dan harga selepas sales. Untuk mendapat kebenaran, kedai juga harus menawarkan potongan 70% kepada sejumlah barangan tertentu. Ini semua untuk mengelakkan pelanggan tertipu.

Yup, Ibu sangat sokong. Semenjak 2,3 tahun kebelakangan ni banyak sales atau warehouse sales yang bunyinya gempak tapi huhu tak kemana. Kedai-kedai juga sekarang banyak letak up to 80% la 70% padahal yang betul sampai 70-80% tu hanyalah selonggok kecil barang yang tak cantik dan outdated. Ada juga kedai-kedai yang menaikkan harga terlebih dahulu kemudian kononnya bagi kita diskaun sampai 70%. Ini Ibu pernah terkena. Ibu pergi warehouse sales kat mana tah, jual baju baby. Konon murah satu RM5, bila Ibu belek-belek, siap ada tanda harga lama lagi yang harganya cuma RM4. Adeh sakit hati betul. Terus tak jadi beli. 

Satu lagi pasal nama warehouse sales. Kalau 3 tahun dulu, kalau namanya warehouse sale, mesti adalah memang warehouse sales. Maknanya barang-barang dijual dalam kuantiti yang banyak dan sangat murah dari harga luar. Contohnya Pureen Warehouse Sales, My Dear Sales, Correll Warehouse Sales dan Adidas Warehouse Sales. Tapi sekarang, Ibu perasan banyak betul warehouse sales sana sini. Ada juga Ibu pergi kalau yang dekat rumah tu, banyak yang tipu je. Ala-ala garage sales pun ada ataupun sekadar nak jual barang yang dah lama. Ada yang harga lagi mahal pada Jusco sebelum sales. Haihh macam mana tu.

Jadi, sebelum anda meredah sales kena la dapatkan feedback dulu. Kadang-kadang nama je gah. Bila pergi buat sakit hati je. Tapi sekarang dah mudah nak tahu mana yang best. Kalau dulu, harap ternampak banner kat tepi jalan. Sekarang masuk je SNS Sales. Register email kat situ. Hari-hari dapat info pasal sales. Kalau berminat, tanya or tunggu feedback dari customer lain. Kalau warehouse sales yang berbaloi pergi, beratus komennya. Kalau yang tidak tu, faham-faham jelah.



Ini juga menjawab persoalan kenapa Ibu dah jarang letak maklumat mengenai sales di BabyIbu. Rasanya semua dah tau dan boleh terjah sendiri SNS Sales ni. Kalau Ibu letak tu maknanya memang berbaloi dan Ibu mungkin pergi. Oh ya, alang-alang dah cerita topik ni, Pureen Warehouse Sales akan berlangsung pada 7-8 Ogos 2010 manakala dengar cerita Anakku Warehouse Sales pun tak lama akan datang (31/7 - 2/8).Apa lagi. Jom jumpa di sana!!

P/s: Kesimpulannya, jadilah pembeli yang berhemah!! Kalau berbaloi kita terjah, kalau tak jangan jengah. Hehe. Till then.

P/s: Pembetulan: Anakku Warehouse Sales akan diadakan pada bulan 12. Harap maklum. Maaf atas ketidaktelusan.

13 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Atia Adina said...

hmmm..ibu n ayah saya pun banyak kali terkena...ada gak yang betul2 warehouse sale..hati2

Diyana Zulkifli said...

bestnya..sini paling gempak pun borong sakan la kan..hoho

kinna said...

kazen sy pnh keje jd salesgal. dia ckp a day b4 'sales' tu, derang uat keje cabut tagging(tukar hrga lebih tinggi, bila diskaun dpt harga yg sama b4 sales) keji,kan?

Nigina said...

tulah.. so nak pi warehouse sale pun kena bijak.. sebagai pengguna kita harus bijak... tak sabar nak tunggu pureen sales 2 minggu lagi...

BIONIC WOMEN said...

kita sokong ngan kinna...dulu pernah gak kerja kat 1 store..sebenarnya harga gempak sampai 70% tu sebenarnya skit jer kurang dari harga biasa..memang dowang tukar price tag..so kena hati2..beli kalau betul2 yakin memang murah than before

MamaYatie said...

ibu, tq for the good info..mmg tngh planning nak shopping baju raya anak weekend ni..

Lin said...

PEnah gak tekena camni..bila selak tag belakang mmg dorg naikkan arga lepas tu buat konon ada diskaun..saje je tau!

Zila Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Zila Ahmad said...

Selamat bershopping semua..!! :-)

atfina said...

betulke anakku warehouse sale hujung minggu ni ?! mana dapat info er ? yg dekat kg jawa tu ker?

BabyIbu said...

ada dpt email tapi tak pastila. ada org area kg jawa boleh bg confirmation?

noormala said...

nak tanya sikit anakku warehouse sales...bila tu...kat mana saya nak pergi ni nak cari baju wat baby yang coming soon nak keluar...

best gift ever said...

Saya pun tak tawu macam mana saya boleh tercakap macam tuh. Lepas tuh tadi mula la die pesan, balik rumah mandi mangi-mangi taw. Kalau tak u ushuk macam skunk. Eyh! Kita pulak kena... Die yang perasan nyanyi macam Stink? Hik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop