@ Kulit cerah vs kulit gelap

Friday, July 30, 2010

Tajuk sensitif sikit ya hari ini. Semalam Ibu sembang dengan kawan Ibu, terkeluar tajuk ni. Rupa-rupanya kami ada pengalaman yang agak sama. Pengalaman apa? Meh sini Ibu nak cerita sikit sejarah lama Ibu. 



Ibu masa dilahirkan dulu kulitnya tak berapa nak cerah atau pendek kata gelap. Mama pula putih melepak dan Abah pula sawa matang. Siap Tok pernah kata (ini dicerita balik la ye), betul ke anak ni ke tertukar bayi. Huhu. Nasib baik kecik-kecik tak paham bahasa lagi. Kalau tak kecik hati. Hehe. Kemudian lahir pula adik kedua ibu, si opy. Opy ni pula putih melepak dan muka ala pak arab. Pendek cite kami ni dah macam kicap dan susu. Memang nampak sangat la bezanya. 

Dalam keluarga, Ibu tak pernah la terasa ke apa. Even pernah juga terasa hati sekali kemudian siap tulis surat kata Ibu ni anak angkat ke apa (itu emo lebih - boleh diabaikan dan tiada kaitan dengan entri ini). Cuma bila dengan orang luar terutama mak cik dan pak cik yang 'ikhlas menegur', itu sangat terasa dan teringat sampai ke hari ni. Banyak juga la situasi di mana bila tak berapa putih tu ramai pula yang menegur. Ingat lagi ada satu pak cik tu, die kata "oo anak lelaki bulan mengambang ya, anak perempuan bulan gerhana". Masa tu dah sekolah menengah. Adehh kecilnya hati. Salah ke kalau kulit macam ni. Nak buat macam mana kan? 

Tapi Mama sentiasa jawab, "eh tak penting semua tu, yang penting anak Mama semua sihat". Mama kata mungkin dulu Ibu kenan, sebab Abah dan Mama pernah jual sate masa Ibu dalam kandungan. kemudia Abah tertegur seorang India tu hitam macam cucuk sate. Mungkin juga sebab Mama suka minum kopi dulu. Hehe. Tu semua kemungkinan la.

Alhamdullilah, makin besar Ibu makin cerah (takla putih cuma makin cerah pada dulu). Siap semua kawan Mama tegur la kalau jumpa. Yelah dulu kan 'hitam' - kata mereka. Adehhh. Thanks to Mama n Abah yang tak pernah membezakan kami. Walaupun dulu Ibu tak berapa putih, Ibu tetap yakin dengan diri sendiri dan tak pernah anggap itu kelemahan. 

Motifnya entri hari ini, jika anak anda kulit tak berapa cerah ke tak berapa pandai ke atau tak secomel ke atau macam-macam lagila, sebagai ibu bapa, anda kena sentiasa menyokong anak anda. Jangan beza-bezakan dengan adik-beradik yang lain. Kasi die keyakinan diri. Tanpa sokongan anda, anak anda akan membesar tanpa keyakinan diri dan ini akan memberi impak negatif dalam kehidupannya. Skema sungguh ayat ni. Huhu.

Kepada yang lain pula, kalau nampak anak orang tu lain daripada yang lain. Tak payah sibuk nak menegur - "apasal yang ni lain ni - kakak hitam, adik putih". Bukan sekadar kulit, hidung tak cantik ke kulit tak gebu ke - takpe tak payah tegur. Simpan je dalam hati. Anda bukan saje buat maknya kecil hati, anda mungkin menyumbang kepada ketensionan si anak. Fikir-fikirkanlah. Sekian entri yang beremosi ini. Till then.

12 kawan BabyIbu berkata-kata..:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak2 saya lahir mmglah putih
tapi dalam pantang -4 bulan lebih kurang semua hitam

tapi makain besar makin cerah (sekarang dah 9 bulan)
baru2 ne achik jiran umah siap cakap
"ehhhhhh ne yg baru lahir ke? kenapa putih.rasanya masa lahir hit..."

dia tak habiskan ayat saya yang sambung "aahla cik inilah yang lahir hitam tue...."

lalala..anak2 saya mmg pesen hitam sbb kena jemur sampai hitam oleh neneknya masa kena kuning dulu hihik

Mrs.R @ Emi said...

eeee...xske betol mulut2 yg kekurangan ajaran nih..kih3x
putih hitam sume anugerah Allah..
janji sihat fizikal dan akal..

mcm sy la..bila org tgk emily sume cam.."eh..putihnye..xsama pon mcm mak die" mcm nk cili2kan mulut org tu pon ada...yela..xkan kita nk bukak kitab cite susur galur family kita nih..nenek moyang dr siam ke..arab ke...cina kee...dendiam sudah la..kan dikata poyo laks..sudahnya buat tatau je..janji kita ada anak comel sudahhh...

Nigina said...

yup betull kekadang anak tu akan jadi rendah diri ....

Drama Mama said...

haaa irfan awal2 cerah gak skang dah tanned. tak kisah lah apa2 pon tetap darah daging kita kan.

eh tapi minum kopi tu tak betul tau. sebab my mom masa preggy kan i suka MAKAN BIJI KOPI. tapi i kluar2 putih melepak (my mom said lah) sampai cina semua dok kerumun kat spital tu. hahaha

http://twinkywinkystars.blogspot.com

KambingBujang said...

aahh mmg btl pun..sbb ank 1st i lelaki tapi berkulit cerah and anak 2nd girl berkulit gelap.. n org igt yg laki tue girl and yg girl tue boy.. ishhh geram btl la

Adyshariz said...

haris masa kecik itam..byk bulu lagi..cam anak org lain..bila besar skit dh salin kulit baru kulit tu rupa ayahnya..he..he..kejadian Allah..trima dgn terbuka..

CaDLyNN said...

saya smpi skrg kene jawab soalan2 tu sbb saya plg hitam antara adik2...ehehe..adoi..sabar je :)

deena awanis said...

dina ni plak kes ketinggian..dah ler anak sulung tapi paling kecik..yang lain2 sume tinggi2..hukhuk..sabo jer laa..

aNnAsUe'G said...

saya time sekolah rendah dulu ade je bebudak lelaki yg akan perli2 ckp gelap la ape la. mmg down sgt time tu. tp bile dah besar ni xde plak jadi ape2, persepsi org malaysia ni teruk sket. asal gelap je tak lawa. padahal org putih jeles je dgn kaler kulit kita.

Mommy Lyna said...

Bagus kulit tak putih ni (i la tu), melanin (apasal aku rasa lain macam je nama dia) banyak. Kurang risiko kena sakit kulit. Yg kulit putih tu jap2 ekzema, jap2 jeragat, jap2 itu jap2 ini. Hehehe.

BIONIC WOMEN said...

saya mengalami situasi ni..tapi bezanya saya putih mak saya gelap (mak saya ada keturunan india)tapi saya banyak ikut susur galur keluarga abah..org bugis..saya berkulit cerah dan idung x berapa mancung macam mak...saya ad sorang adik pompuan dan dia sebijik2 muka mak.bila kami keluar bersama org x pernah percaya kami adik beradik sampai ler skrang...dan bila keluar ngan mak, org kata saya tipu itu mak saya..huhu..sedih kan? dan dalam family saya jer yg putih.memang ramai kata saya anak angkat..huhu. Tapi bila saya duduk bersama sepupu sepapat blah abah org akan percaya kami bersaudara..hehe..semuanya kejadian Allah..tapi mak kata masa ngandung saya, xleh minum air lain kecuali soya, dan mak xleh makan semua yg berwarna itam..hahaha..bertuah lah saya kan?

BabyIbu said...

gelap salah..putih pun salah juga rupanya yer..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop