@ Pagar Rumah

Wednesday, July 7, 2010

Hari ni nak cerita pasal pagar rumah. Kat kawasan rumah Ibu, semua dah tukar pagar baru. Cantik-cantik belaka. Pagar sebelah rumah Ibu, dibuat ala-ala kaler emas. Masa first tengok (time tu pula bulan mengambang), mak ai cantiknya disinari bulan. Huhu. Pagar rumah Ibu, pagar standard. Ingat nak tukar, tapi takde budget lagi. Rupanya pagar ni pun ribu-ribu jugak.

Mula-mula dulu orang buat grill offer buat pagar sekali dalam RM1k. Tapi time tu budget tak berapa nak ada. So tahankan dulu. Ingat alang-alang bila buat, nak buat yang elok-elok dan siap dengan pagar elektrik. Yelah, memanjang Ibu kena jadi tukang tutup buka pagar tu. Kalau hujan yang lemah tu. Tapi bila petir guruh, ada gak rumah jiran terus tak boleh buka pagar sebab pagar elektrik terbakar. Susah juga kan. Sekali baiki motor pagar elektrik tu bukan sikit kosnya.

Sebab itulah dok fikir-fikir lagi. Ha kalau sesiapa ada tau tempat buat pagar elektrik yang elok dan dipercayai bagitau la kat sini ya. Em kalau nak cerita pasal pagar pilihan, Ibu suka pagar kayu. Kalau boleh yang bertutup. Ibu ingat kalau macam tu bagus. Sebab orang tak nampak kita dalam rumah ni. Jadi orang tak tahula kita ni pakai kereta apa, anak ada berapa dan takdelah nampak dalam rumah kita ada apa. Dengan harapan takdelah orang masuk kan.



Tapi kata Ayah, pagar macam tu lagi bahaya. Nanti kalau orang masuk, takde sape nampak ada orang tengah dok memecah rumah kita. Perompak pun boleh aman-aman dok godek pintu kita. Better pagar yang nampak dalam. Jadi orang pun tak berani masuk. Emm betul juga tu kan.



Hmm so rasanya nanti Ibu amik pagar dua dalam satulah. Macam kat bawah ni ha. hehe. Tapi tahun depan kot, tahun ni takpelah, Ibu sain kontrak jadi pembuka pagar. Huhu.




7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

AshAnas said...

shira prefer pagar letrik... klu hubby blk lewat mlm, senang je, tekan remote dr dlm rumah... hehe...

Sue said...

husband saya ada buat kontrak pasang pagar letrik ni.. tapi biasanya rumah org tu da siap2 ade pagar.. dia just gi pasang sistem tu je...

Rizziela said...

kita pun pakai pagar yg original lagi...rumah orang lain pagar semua dah cantik2 dah..jeles pun ada ..tapi nak buat mcm mana..RM nya kurang..x blh nak layan perasaan sangat

kinna said...

umah sy takde pagar..akses kt main gate ja..senang..nk msk pak guard buke :)lega xyah pk psl pagar rumah..hehe
(tp sengsara time nk ngankut brg/ budak2 dr parking lot ke rumah..huhu)

Elyn said...

yelah pagar skang mahal2 ek. nk kene prepare budget utk pagar lak nnt huhuh

isabelle said...

a'ah yer..x terfikir lak selama ni pagar letrik leh terbakar.hehe
anyway, kat deret rumah kitorg pun rasanya tinggal 2,3 rumah jer (including ours) yg pagar x lawa.hehe

Oyis said...

rumah kat msia kitaorg tu pon still pagat std. ingt nk tukar pakai kayu mcm yana suka tu la, tp hubby ckp cuaca msia x seswai, lembap, so mudah kulat berhujan dan berpanas tu. betul ke ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop