@ Shopping di Sogo

Wednesday, July 28, 2010

Last week pergi area Sogo jumpa Tok Abah untuk ambil basikal Ammar. Basikal Ammar di kampung bawa ke sini memandangkan basikal kat rumah dihantar ke rumah MIL. Lepas ambil barang, kami pun singgah sekejap ke Sogo. Ibu tengok besar betul banner salesnya. Ibu tahu ramai yang suka shopping di Sogo. Tapi yelah barangnya banyak pilihan dan bila sales memang murah. Tapi rasanya Sogo ni memanjang je sales. Siap kalau mak saudara Ibu turun dari kampung, memanjang singgah Sogo.

Kami sampai dalam pukul 10 pagi jadi tak ramai lagi. Lepas parking terus masuk. Walaupun masih awal, Ibu tengok dah ramai mula sampai. Agaknya orang nak shopping untuk raya dan gaji baru masuk. Kami terus ke bahagian budak-budak. Cari baju raya untuk Ammar. Macam biasa Ibu terus ke Poney je. Itu je brand yang Ibu suka untuk baju Ammar. Dapatlah 2 helai.

Dalam pukul 11.30 pagi orang dah mula ramai. Kami pergi bahagian lelaki pula. Ayah cari belt. Oklah dapat 70%. Masa Ayah belek belt Ibu pergi beli selimut untuk Ammar. Yelah selimut sekarang dah tak padan. Nampak kaki terkeluar. Dah besar panjang anak Ibu ni. Ibu beli selimut Tranformers. Kemudian Ibu pergi naik atas balik. Beli belt untuk Ammar. Lupa lak Ammar takde belt. Ibu beli jenis tarik punya senang pakai. RM 7  je.

Belt Ammar

Banyak salesnya

Macam-macam ada

Baju mengandung pun sales juga

Lepas tu jumpa Ayah balik di area baju lelaki. Ayah beli belt je. Ibu tak beli apa-apa. Baju perempuan kat Sogo terlampau feminin untuk Ibu. Hehe. Ibu prefer shopping Arcadia kat Jusco lagi. Dalam pukul 12 tengah hari, kami jalan ke Jalan TAR untuk makan ikan bakar. Orang ramai giler. Lepas makan terus balik. Oklah setahun sekali shopping di Sogo. Selalu-selalu tak dapat la. Huhu.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

AshAnas said...

shira suka tgk selimut utk budak2... tapi anas ni tak suka selimut... blh tgk je la... beli selimut ikea hr tu pun tak guna lagi... pastu dh serik nk kumpul selimut, hehe...

Drama Mama said...

wah wahhhh bestnya shopping. kitorang gishopping baju raya irfan smalam gak sebab sale kan. complete dah and promise taknak shopping nemore.

tengah cari belt untuk si kenit taktau kat mana nak beli kat penang ni. hiks

Diarihatiku1976 said...

saya paling suka shopping kat sogo.. sbb size badan saya cuma ada di sogo jer... ahhakss

~~@lyci@~~ said...

wah samalah.. alycia pun lebih suka brand poney utk t-shirt adam.. kain kuality & tahan lama..

BIONIC WOMEN said...

kita baru nak cari info bila sogo ni nak sale..alih2 ibu dah g sogo..tapi sogo ni memang salu ramai orang kan? x tau ler bila orang xder..nak cari baju papa Dhiya,dan Dhiya..

Yan said...

sane sini sales...
sedia duit sajelaa

best gift ever said...

Pengunjung Sogo Pondok Indah dikejutkan oleh penemuan janin di salah satu kamar gantinya. Dugaan sementara janin itu berasal dari perempuan yang mengalami keguguran.

Rugby rules said...

So begin your search now to find your favorite shopping graphics, shopping comments, shopping images and more for your myspace, friendster, hi5 profiles as well as your website or blog!

Rugby rules said...

We add new graphics to our site daily, and we are known for being the largest graphics and comments site on the internet.

best gift ever said...

ampin kain modentrend terkini dengan pelbagai warna menarik penyerapan tinggi seperti pampers di pasaran
sangat menjimatkan kerana boleh di guna berulang kali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop