@ Selamat Hari Merdeka!

Tuesday, August 31, 2010

Selamat hari merdeka kawan-kawan. Tapi tahun ni rasa kurang semangatnya. Semangat Merdeka tu sudah makin pudar agaknya dari hati anak Malaysia. Kalau dulu mesti pasang bendera di rumah dan juga di kereta tapi tahun ni bendera pun tak beli. Kenapa agaknya ye? 

Agaknya ramai tidak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Rasuah makin menjadi-jadi - kira sampai semua rakyat dah tahu tapi makin meluas juga. Kes jenayah macam ragut pun makin meluas. Kat depan rumah MIL ada je kes rompak dan ragut. Yang meragutnya anak muda Malaysia. Apalah nak jadi kan. Namun, kita masih perlu bersyukur kerana kehidupan kita di bumi Malaysia ni jauh lebih baik dari kebanyakan orang di tempat lain. 

Sempena menyambut kemerdekaan tahun ini, mari kita doakan semoga negara kita sentiasa aman dan dirahmati Allah. Sayangilah negara kita dan mari kita berusaha dan berharap semoga ada perubahan yang positif di masa depan. Amin.


P/s: Kepada semua rakyat Malaysia, janganlah kita melatah dengan apa yang orang luar buat pada 'bendera' kita. Kerana jika kita balas benda yang sama, umpama kita pun sama 'kurang cerdiknya'.

@ 'Ekor' Ammar

Monday, August 30, 2010

'Ekor' apa? Ini 'ekor' rambut ye. Rambut Ammar ni jenis kasar tapi ada ekor rambut di depan dan di belakang. Rambut Ammar bila panjang akan berpusing-pusing di ekor. Jadi nanti takkan ada masalah rambut lebih kolar. Ekor lebih kolar je kot. Huhu. Kata Mak Tok dan juga ada beberapa orang tua, budak ada ekor ni kalau bela kambing menjadi. Rezeki murah. Ada orang Cina cakap, budak ada ekor ni garang. Err Ammar garang ke? Garang jugala. Huhu. Apa-apa pun inila rambut spesel Ammar. 

Ekor depan

Ekor belakang - nampak tak rambut tu berpusing-pusing

P/s: Kata Ayah nanti Ayah dah pencen, Ayah nak buka perniagaan jual kambing, pastu suruh Ammar jaga kambing. Huhu. Ada ke suruh anak Ibu jaga kambing. Penat ajar baca buku hari-hari tau.

@ Warna Warni Ammar Suka

Semalam pergi ambil stok Botol Weego. Macam-macam warna ada kali ni. Meriah betul. Ammar dok belek-belek. Botol cantik katanya. Siapa berminat boleh order sekarang promosi Hari Raya FREE penghantaran. Boleh bawa masa jalan beraya nanti. Hehe. Siapa nak Free pun boleh. Masuk contest BabyIbu Giveaway: Weego Bottles. Tapi tak sempatla pakai raya.




Maklumat lanjut pasal botol Weego ni boleh klik sini.

@ Banyak blog kena Malware?

Sunday, August 29, 2010

Dua tiga hari ni susah betul nak blogwalking. Banyak blog bila buka keluar macam kat bawah ni ha. Malware katanya. Erk korang buka blog Ibu keluar ni tak?

@ Testing

Test Post
 
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati: http://kedaibabyibu.blogspot.com/

@ DO NOT STOP!!!

Sumber: Email

For your information. ( Very Urgent )

If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country). 


 
cid:image001.jpg@01CB4397.4ECD6F40  

These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. Please forward this message to the people you care about. 

Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Tel: +6012-4308125 +6012-4308125 +6012-4308125 +6012-4308125

@ Cup Cake Yang Sangat Cantik

Saturday, August 28, 2010

Salah seorang mak saudara sebelah Ayah sangat pandai buat cup cake yang sangat cantik, detail dan sedap. Ibu selalu kagum dengan ketelitian dan kehalusan hiasan cup cakenya. Sampai sayang nak makan. Huhu. Ini gambar yang diambil masa majlis cukur jambul sepupu.


Cantikkan? Kalau nak buat hantaran kahwin memang cun sangat. Kat bawah ni gambar yang Ibu ambil dari websitenya. Nak tengok lagi or nak order ke boleh pergi melawat Anita Jamal. Gerenti puas hati.



@ Demi Anak

Sejak tengok cerita The Pacific dan Band of Brothers (cerita perang), Ibu selalu terbayang. Andai kata tiba-tiba negara kita dalam keadaan begitu (jauhkanlah Ya Allah), bagaimanakah Ibu nak selamatkan Ammar. Ibu tak nak Ammar jadi macam kanak-kanak dalam tv tu. Ibu akan buat everything untuk jauhkan Ammar dari sebarang perkara macam tu. 

Agaknya, bila dah jadi mak-mak dan ada anak ni, memang itulah keutamaan kita. Diri sendiri dah tak kisah. Anaklah nyawa. Biar tak makan dan tak pakai. Tapi kita nak semuanya sempurna untuk anak kita. Ini Ibu dapat dari email..just nak share di sini. 



P/s: Membuatkan kita tertanya, manusia apakah yang sanggup membuang anak yang mereka kandung dan lahir tanpa rasa belas pada anak itu. Huhu.

@ Betul ka tipu?

Korang pernah dapat surat dari Reader Digest? Email ke? Ibu dapat dua-dua. Kononnya anda berpeluang memenangi 250, 000. Wah teruja membaca. Keke. Hmm betul ke tipu? Entahla tak dapat la Ibu nak pastikan. Bagi Ibu itu hanya satu strategi pemasaran untuk tarik ramai pelanggan melanggan majalahnya. Yelah, siapa tak teruja nak dapat duit, siap bagi kunci kereta bagai. Tapi belek-belek, last sekali kesimpulannya ialah "langganlah Reader Digest". Ini surat Ibu dapat:




Kalau tak salah Ibu, dulu Abah pernah langgan Reader Digest ni. Asyik dapat surat macam nilah sampai dah Top Ten bagai. Akhirnya? Emm takdela menang duit or kereta tu pun cuma kat rumah tu banyak la majalah ni dan siap ada beg, pen dan macam-macam lagi. Kesimpulannya? Tepuk data tanya selera nak percaya ke tak. Yelah mana tau memang betul-betul rezeki kan. Tak rugi juga nak langgan Reader Digest kalau baca. Tak gitu?

@ Rumah Azhar Sulaiman Yang Cantik

Friday, August 27, 2010

Rumah kawan MIL berdekatan dengan rumah Azhar Sulaiman. Katanya rumah bapa mertua Azhar Sulaiman. Kalau tak salah la. Setiap adik beradik ada satu blok. Memang luas dan besar kawasan rumah ni. Sangat cantik. Siap ada pak guard. Ibu ambil gambar dari tepi jelah.Ambil dari depan kena kejar pak guard lak kang. hehe.


Nak tengok lagi lanjut gambar rumah Azhar Sulaiman KLIK SINI

@ Sembunyi konon!

Thursday, August 26, 2010

Pernah tak korang simpan barang (contohnya barang berharga macam barang kemas ke duit ke geran tanah ke) di satu tempat tersembunyi. Konon kalau pencuri cari pun tak jumpa la. Sekali, korang pulak tak ingat kat mana dan carik tak jumpa-jumpa. Pernah? Ibu tengah alami ni..waaaaaaaaaaaaaaaaa. 

P/s: Tulah pandai sangat. Sembunyi konon. Last-last sendiri cari pun tak jumpa. Padan muka. Huhu. Kena call Los dan Faun ni suruh tolong cari..

@ Aksi Ammar masa Photoshoot

Sila Klik pada Tajuk Entri untuk meninggalkan Komen - Tq


Eceh bunyi macam pergi photoshoot majalah je lagaknya. Photoshoot kat rumah je dengan cameramennya ialah Pak Ngah Opy. Photoshoot ni diambil masa balik Kedah hari tu. Tapi kali ni tak letak lagi gambar photoshoot tu. Nak letak gambar Ammar dulu. Aksi Ammar yang macam-macam. Layan....

Ammar di set penggambaran dengan baju tidur ultraman yang dibeli di Padang Besar

Suruh posing - ini gaya yang dibuatnya

Ultraman Moss mula nak keluar

Mossss..kata Ammar

Buat-buat gelak tau ni

Lakonan semata

Dah boring

Senyum sikit sayang

Huh..lagi Ammar tak nak senyum bila disuruh

Tok Abah masuk scene. Raksasa serang Mosss.

Moss serang balik. Adehh..bertuah punya cucu..huhu

P/s: kesimpulannya, kalau nak kena bayar photographer profesional, sure rugi. hukhuk. Takde bakat model. Takpe anak Ibu tak yah jadi model. Jadi la doktor ka enginer ka. Huhu. till then.

@ Berbuka Puasa di Kedah

Wednesday, August 25, 2010

Sila Klik pada Tajuk Entri untuk meninggalkan Komen - Tq


Siang tadi tak post entri. Perut sakit. Baring je. Makan apa tah masa berbuka semalam yang buat sakit ni. Itula beli lagi kat PARAM. Konon takde mood nak masak. Nak makan sikit je. Ayah pun tak sihat sangat nak makan banyak. Itu yang beli je (alasan untuk orang malas -huhu). 

Kalau buka puasa kat Kedah best. Masak ramai-ramai. Makan ramai-ramai. Meriah je. Ini Ibu tempek sikit masakan masa kami berbuka di rumah Mak Tok di Kedah masa balik hari tu. Saje post entri time malam. Kalu siang takut terliur pula. (Erk sape jenis tak tahan tengok makanan bila puasa tu, tengok laju-laju ye).

Baru pukul 7.15 dah ramai beratur nak makan

Cempedak goreng. Feveret Ibu. Kat sini jual 3 ketul singgit. Huhh.


Cucur udang - mak cik masak 


Buah melaka - pun mak cik masak


Sate ni beli kat simpang rumah

Mak tok punya resipe istimewa - ikan goreng sambal. Sedapp.


Resipi kegemaran ramai. Ayam masak kicap.


Resipi khas tuk Mama dan Abah oleh Mak Tok - Ikan Masak Pindang


Resipi Mama - Gulai Udang


Sayur masak lemak


Ulam-ulaman


Kalau ada ulam mestilah ada sambal kan

Balik 3 hari tu, hari-hari makan besar. Ayah kata kalau dok Jitra mau gemuk Ayah. Hehe. Param kat Jitra pun murah dan sedap-sedap. Tak sempat pula nak ambil gambar sebab Paramnya tepi jalan. Macam susah nak pegang AMmar dan nak snap gambar. Mau kena langgar kang. Hehe. Nantilah ye, next year. Tapi memang murah. Air tebu yang plastik kecil satu RM1, ayam percik RM4. Aihhh rasa macam nak balik Kedah lagi la. Huhu. Oklah till then.

Gambar hak milik http://blog.sofimohd.com/

@ Ke Arah Lebih Mesra Pengguna

Tuesday, August 24, 2010

Ramai komen Ibu ni jarang reply komen di entri atau shoutbox. Aduh, ampun maaf dipinta. Bukan sengaja tapi masa membataskan. Ibu limitkan masa untuk blog ni sejam sehari. Jadi kalau buka betul-betul untuk post entri sahaja. Kalau tak, memanjang terbabas. Maka nanti lagi terbabasla PhD Ibu. Disebabkan itu Ibu jarang reply komen. Reply tau, baca tetap baca. Apa yang korang komen dan tegur tersimpan di hati, tersemat di otak. Kalau yang ada pertanyaan, boleh terus email. Itu memang Ibu akan reply on the dot.

Tapi sebagai penyelesaian kepada masalah Ibu itu. Ibu dah install dua widget baru. Harap dengan dua widget ni, korang lagi rajin mengomen dan insyaallah Ibu akan lebih-lebih rajin membalas komen. Hari ni adalah sesi testing kedua-dua widget.

Ramai cadang guna Oggix untuk shoutbox. Baru ada masa nak install.Bagus juga, boleh reply di komen yang sama.


Ini baru testing untuk komen di entri mulai entri ini. Erkk korang cubala komen. Katanya boleh reply melalui email. 

Harapnya kedua-dua widget ni boleh mengeratkan lagi ukhwah di antara BabyIbu dan anda semua. Aminn.

@ Masih Saiz M?

Monday, August 23, 2010

Semalam Ammar genap 2 tahun 4 bulan, tapi diaper Ammar masih saiz M. Budak sebaya Ammar terutama laki dah lama masuk L. Silap-silap dah ada yang tukar XL. Kadang-kadang Ibu cuak juga. Nak kata Ibu silap pakai, kalau size M tu, bila lekat hanya sampai aras dua je paling jauh. Kira tak ketat la kan. Pernah juga beli saiz L, tapi Ammar pakai macam besar sangat. Em tahla. Agaknya anak teruna Ibu ni slim kot, peha dan bontot kecil. Anak korang dah saiz apa eh?


P/s: Ayah suka Ammar maintain size M, lagi murah harga diapersnya. Hehe.

@ Laporan 1 Projek Ko Yang

Jika tak tau apa itu Projek Ko Yang, KLIK SINI.

Ibu dah mula dari semalam. Sapu guna air asam jawa (ambil asam jawa sebesar dua Ibu jari dan letak air sikit). 

Kisah 1 (tengah hari)
Ammar: Ibu, nak tutu.
Ibu: Tutu sakit.
Ammar: Nak tutu (Sambil terus isap). Erkkk (muka dah senget benget) - terus ammar jilat baju Ibu nak hilangkan rasa masam agaknya.
Ammar: oo tutu akit. (Sambil angguk-angguk).

Kisah 2 (Petang)

Ammar: Ibu, nak tutu
Ibu: Tutu sakit
Ammar: Nak tutu (Sambil raba-raba).
Ibu: Tutu sakit. Nak hisapla.
Ammar: Tak nak, tutu akit (Tapi tangan tak lepas pegang).

Petang tu agak susah nak tidur. Ammar merengek-rengek. Dekat sejam jugala baru tertido. Tu pun die pegang n****e letak kat tepi mulut. Huhu. Kesian sangat masa ni. Tabahkan hati Ibu.

Kisah 2 (Malam)
Ammar: Ibu, nak tutu
Ibu: Tutu sakit
Ammar: Egang-egang (Ammar nak pegang je katanya).

Satu malam Ammar tido dengan tangannya dalam baju. Sayu sebab tiap kali Ammar jaga die minta tutunya. Bila Ibu kata sakit. Ammar pun pegang jelah sambil merengek-rengek. Masa pagi tu time Ibu tak sedar rasanya Ammar berjaya juga hisap tutu. Agaknya rasa masam tu dah hilang. Bila Ibu sedar, Ibu tarik balik. Baru die pun macam tersedar dan minta tutu. Bila cakap tutu sakit, Ammar pegang jelah.

Muka nak tutu ni



Kesimpulan 
Projek Ko Yang ni memang perlukan kekuatan ketabahan hati Ibu. Rasa sayu dan kesian sangat bila Ammar merengek-rengek. Ammar peluk jelah Ibu bila die tiba-tiba teringat tutunya. Harapnya Ammar semakin boleh ekjas. Huhu.

P/s: Ibu pula rasa Ibu yang susah nak ekjas. Yelah dah 2 tahun 4 bulan Ammar asyik bertutu dengan Ibu. Rasa hilang satu nikmat keiibuan. Huhu. Ok tunggu laporan seterusnya ya. Till then. 

@ Tangga Serbaguna

Sunday, August 22, 2010

Masa nak pindah hari tu Ayah beli tangga. Senang beli satu untuk kegunaan di rumah. Siling kat kawasan rehat kat tingkat atas agak tinggi. Boleh juga guna untuk panjat masa simpan barang kat kabinet atas. Masa ni survey kat Houz. Ini yang Ayah beli. Multi-Purpose Folable Ladder jenama Winsir. Kat Tesco pun ada rasanya. 

Harganya ehem memang boleh tahan dalam RM300. Kalau sales dapatla RM200++. Masa nak beli tu dok congak-congak jugalah. Tapi Ibu kata kat Ayah, kalau barang tu elok dan praktikal apasalahnya melabur. Memang nak guna pun kan. Jadi Ayah pun beli. Satu kelebihan tangga ni yang mungkin buat die mahal ialah sebab die boleh dilipat jadi senang nak simpan. Ia juga boleh diguna dalam tiga tahap ketinggian

Inilah rupanya

Ini ketinggian tahap satu dan tahap dua. My MIL siap test lagi tahap ketahanan tangga tu. Stabil ke tidak. Lulus ye sebab tu beli.

Ini tahap ketiga ketinggian. Sangat berguna ye. Ini guna masa pasang kuali Astro hari tu.

Berbaloi kan Ayah? Ibu punya konsep memang kalau boleh semua barang yang praktikal nak ada. Contohnya set drill ke set tool box tu ke. Yelah bukan apa, time nak guna senang sebab dah ada. Tak payah nak pinjam kat orang.

P/s: Kat sekolah pun Ibu guna konsep tu. Ibu ada semuala alat macam gunting, gam, stapler, penebuk lubang, klip - pendek kata semua ada dalam satu beg. Ramai panggil beg Doraemon. Hehe.

@ 6th Parenthood Expo 2010

Rasa macam baru buat je hari tu. Oh hari tu penganjur lain patut la kurang sikit barangnya. Bagi sesiapa nak yang rajin boleh la jengah 6th Parenthood Expo 2010. Selalunya time ni breastpump macam Madela memang sangat murah. Dulu Ibu pergi berbaloi-baloi. Klik sini untuk baca review lama.

Ibu? Tak pergi kot. Bulan puasa ni tak larat deh nak jalan banyak-banyak. Penat balik dari Kerteh pun belum hilang lagi - nanti lepas Ibu transfer gambar Ibu cerita ye alkisah di sana. Till then.

@ Projek Besar Yang Buat Ibu Sedih

Saturday, August 21, 2010

Hari ini satu projek besar akan dilaksanakan

Nama Projek
Ko Yang (Ayat kegemaran Ammar yang sampai sekarang kami tak dapat decode)

Objektif Projek
Supaya Ammar Berhenti Menyusu Badan 

Latar Belakang Masalah
Ibu selalu sakit badan sebab Ammar asyik menyusu
Tulang belakang Ibu dah senget

Tempoh Berlangsung
Mulai hari ini sampai berhenti

Cara Pelaksanaan
Langkah Pertama - Guna asam jawa
Langkah kedua (Sekiranya langkah pertama gagal) - Guna kunyit
Langkah seterusnya akan difikirkan kemudian

P/s: Sayu rasanya nak laksanakan projek ni..huhuu - wish me luck!!

@ Siapa nak beli Friso Gold murah?

Friday, August 20, 2010

Nak let go satu tin Friso Gold Step 3 dengan harga RM30 sahaja (tak termasuk pos). Lebih bagus boleh ambil sendiri di Kota Damansara. Expired date susu 2/12/2011.

SOLD

Friso GOLD 3 (900g Tin)

@ Puasa: Ganti Puasa dan Bayar Fidyah

Dapat info dari Mirah, thanks Mirah. Mari kita berkongsi ilmu.

Hukum puasa ketika mengandung atau menyusukan anak adalah wajib puasa tapi harus (tidak salah) berbuka.

  • Jika berbuka kerana fikirkan diri maka hanya wajib ganti puasa, tidak wajib fidyah.
  • Jika berbuka kerana fikirkan anak maka wajib ganti dan bayar fidyah.

Kadar Fidyah ialah sehari tinggal puasa bersamaan secupak beras. Boleh rujuk sini untuk pengiraan fidyah. Boleh bayar menggunakan duit di pusat pungutan zakat - kawan Ibu bayar di kaunter yang diorang sediakan.



Contoh 1:
Tinggal puasa 10 hari kerana risaukan kesihatan anak (bagi ibu mengandung atau menyusu)
maka
wajib ganti puasa 10 hari puasa dan fidyah 10 cupak beras.

Contoh 2:
Tinggal puasa 10 hari (bg ibu mengandung) bukan kerana risaukan anak tapi risaukan diri sendiri
maka 
wajib ganti puasa 10 hari puasa dan tidak perlu bayar fidyah.

Contoh 3:
Ibu mengandung tinggal puasa 10 hari pertama ramadhan kerana risaukan anak. melahirkan pada 11 ramadhan dan terpaksa tinggal puasa kerana nifas
maka


Tahun pertama: 30 hari tinggal puasa. maka wajib ganti puasa 30 hari dan bayar 10 cupak beras. Tahun pertama wajib bayar 10 cupak sahaja, tinggal puasa kerana nifas tidak dikenakan fidyah.

Tahun kedua: jumlah fidyah menjadi 40 cupak, kerana asal fidyah 10 cupak digandakan menjadi 20 cupak (tinggal puasa kerana anak). Tambahan 20 cupak lagi kerana tidak ganti puasa 20 hari kerana nifas. Andai suami tolong membayar fidyah sahaja pada tahun itu sebanyak 40 cupak, tapi isteri belum ganti puasa, maka tahun seterusnya isteri kena ganti puasa 30 hari dan fidyah 30 cupak beras.

YANG BERGANDA CUMA BERAS, BUKAN BILANGAN HARI...
FIDYAH TIDAK LAGI DIKIRA SELEPAS PUASA DIGANTI...
SELAGI BELUM GANTI PUASA, FIDYAH BERGANDA...
GANTI PUASA ADALAH WAJIB, FIDYAH PUN WAJIB DIBAYAR..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop