@ Berbuka Puasa di Kedah

Wednesday, August 25, 2010

Sila Klik pada Tajuk Entri untuk meninggalkan Komen - Tq


Siang tadi tak post entri. Perut sakit. Baring je. Makan apa tah masa berbuka semalam yang buat sakit ni. Itula beli lagi kat PARAM. Konon takde mood nak masak. Nak makan sikit je. Ayah pun tak sihat sangat nak makan banyak. Itu yang beli je (alasan untuk orang malas -huhu). 

Kalau buka puasa kat Kedah best. Masak ramai-ramai. Makan ramai-ramai. Meriah je. Ini Ibu tempek sikit masakan masa kami berbuka di rumah Mak Tok di Kedah masa balik hari tu. Saje post entri time malam. Kalu siang takut terliur pula. (Erk sape jenis tak tahan tengok makanan bila puasa tu, tengok laju-laju ye).

Baru pukul 7.15 dah ramai beratur nak makan

Cempedak goreng. Feveret Ibu. Kat sini jual 3 ketul singgit. Huhh.


Cucur udang - mak cik masak 


Buah melaka - pun mak cik masak


Sate ni beli kat simpang rumah

Mak tok punya resipe istimewa - ikan goreng sambal. Sedapp.


Resipi kegemaran ramai. Ayam masak kicap.


Resipi khas tuk Mama dan Abah oleh Mak Tok - Ikan Masak Pindang


Resipi Mama - Gulai Udang


Sayur masak lemak


Ulam-ulaman


Kalau ada ulam mestilah ada sambal kan

Balik 3 hari tu, hari-hari makan besar. Ayah kata kalau dok Jitra mau gemuk Ayah. Hehe. Param kat Jitra pun murah dan sedap-sedap. Tak sempat pula nak ambil gambar sebab Paramnya tepi jalan. Macam susah nak pegang AMmar dan nak snap gambar. Mau kena langgar kang. Hehe. Nantilah ye, next year. Tapi memang murah. Air tebu yang plastik kecil satu RM1, ayam percik RM4. Aihhh rasa macam nak balik Kedah lagi la. Huhu. Oklah till then.

Gambar hak milik http://blog.sofimohd.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop