@ Betul ka tipu?

Saturday, August 28, 2010

Korang pernah dapat surat dari Reader Digest? Email ke? Ibu dapat dua-dua. Kononnya anda berpeluang memenangi 250, 000. Wah teruja membaca. Keke. Hmm betul ke tipu? Entahla tak dapat la Ibu nak pastikan. Bagi Ibu itu hanya satu strategi pemasaran untuk tarik ramai pelanggan melanggan majalahnya. Yelah, siapa tak teruja nak dapat duit, siap bagi kunci kereta bagai. Tapi belek-belek, last sekali kesimpulannya ialah "langganlah Reader Digest". Ini surat Ibu dapat:




Kalau tak salah Ibu, dulu Abah pernah langgan Reader Digest ni. Asyik dapat surat macam nilah sampai dah Top Ten bagai. Akhirnya? Emm takdela menang duit or kereta tu pun cuma kat rumah tu banyak la majalah ni dan siap ada beg, pen dan macam-macam lagi. Kesimpulannya? Tepuk data tanya selera nak percaya ke tak. Yelah mana tau memang betul-betul rezeki kan. Tak rugi juga nak langgan Reader Digest kalau baca. Tak gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop