@ My First Spare

Monday, August 2, 2010

Hari Jumaat lepas, kawan baik Ibu, Cik Meeko ajak main boling. Wah lama gila la tak main. Last main masa kat Skudai Parade, masa belajar di UTM nun ha. Ibu suka nak main boling ni tapi tak tahu la apa salahnya. Kalau baling bola tu memanjang masuk longkang. Tak longkang kiri, longkang kanan. Tak longkang kanan. longkang kiri. Pendek kata bolehla dilabel Ratu Longkang. Huk huk.

Mula-mula dulu Ibu gagahkan juga main. Yelah kata orang practice makes perfect. Tapi percayalah, itu hanya perumpamaan. Asal pergi main je, paling tinggi dapat 24. Selalu belas-belas je. Kadang-kadang sampai malu nak main, sebab nampak score kat atas tu asyik - - - - . Adehh. Selalu Ibu akan paksa Ayah atau sesiapa kat situ tolong baling bila turn Ibu supaya konon-konon ada markah.

Berbalik pada ceita malam Jumaat lepas, kami pun pergila. Pergi main bowling kat One Utama. First time pergi ni. Harga oklah. Kalau biasa RM4.50 tapi sebab malam minggu kena dalam RM6.50. Orang pun tak ramai sangat. Oh ya, bowling centre ni terletak bersebelah dengan panggung wayang yang baru.

Kaunternya - tempat booking, bayar dan ambil kasut

tempat membuat balinga-balingan maut, separa maut atau ke longkang - hukhuk

Ammar pun ikut sekali dengan MIL. Tapi MIL bawa Ammar jalan-jalan so bolehla main ala-ala muda remaja tak de anak lagi. Haha. Mula-mula macam biasa mestila ke longkang. Ayah pun penat train ajar nak kasi kena bola tu. Tunduk lagi la, seret bola la. Adehh susah betul. Dahla Cik Meeko cibet sapa kalah belanja Umbai. Tak dapet deh, Cik Meeko dan En. Ninja sangat power bermain.

Setelah bermain, beberapa kali. Tiba-tiba Ibu mendapat inspirasi. Eceh. Mendapat rhtym la konon. Aisey dah kena bola. Meloncat lupa daratan sekejap lupa diri yang diri ni mak orang. Seklai lagi, aisey boleh spare tu. Wahh hari ini dalam sejarah. Sungguh Ibu berbangga dengan pencapaian diri sendiri. keke. Agaknya dua-tiga tahun ni dok kendong Ammar tangan jadi kuat sikit kot. Huhu.

Dan ini sebagai buktinya Ibu boleh score -walaupun sikit je kan - keke - 

First game - 72 - kalah satu point je ngan Cik Meeko


Aih tak nampak pula - Ibu dapat 87 point mengalahkan Cik Meeko - waah sungguh gembira - ada bakat terpendam rupanya - ke kebetulan keke. Tak kisahla kan. Pendek kata, jom main boling lagi minggu depan. Haha.

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

fieza said...

Ok la tue..fiza lagi tak pandai main..bukan setakat masuk longkang jer nak angkat bola pun macam patah tanagn jer ha..ha..

Rugby rules said...

Looks pretty cut and dry for a platformer/beat'em'up. I'd like to see more since I'm a huge fan of the Digital Distribution games.

BabyIbu said...

fieza- ha-memang berat kan bola bolong tu. yana pn tak mapu. tu yg selalu masuk longkang bila dah satu tgn pegang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop